Mazmur
Untuk pengarah muzik. Lagu yang digubah oleh Daud.
139 Ya Yehuwa, Engkau menyelidiki aku, dan Engkau mengenali aku.+
2 Engkau mengetahui fikiranku dari jauh.+
Engkau tahu bila aku duduk dan bila aku berdiri.+
3 Engkau memperhatikan aku semasa aku berjalan dan semasa aku berbaring;
Engkau mengetahui segala perbuatanku.+
4 Ya Yehuwa, sebelum lidahku mengucapkan sepatah kata pun,
Engkau sudah mengetahui apa yang akan aku katakan.+
5 Engkau mengelilingi aku dari segala penjuru;
Engkau melindungi aku dengan tangan-Mu.
6 Pengetahuan-Mu tentang diriku terlalu dalam* bagiku,
Tidak terjangkau oleh akal fikiranku.+
7 Ke manakah aku dapat pergi untuk menjauhkan diri daripada kuasa suci-Mu?
Ke manakah aku dapat lari untuk bersembunyi daripada-Mu?+
8 Jika aku naik ke langit, Engkau ada di sana.
9 Seandainya aku terbang dengan sayap sinar fajar
Ke laut yang paling jauh dan tinggal di situ,
10 Di sana pun Engkau akan memimpin aku,
Dan tangan kanan-Mu akan melindungi aku.+
11 Jika aku berkata, “Kegelapan akan menyembunyikan aku!”
Maka malam yang menyelubungi aku akan menjadi terang.
12 Bagi-Mu, kegelapan itu tidak gelap,
Dan malam itu cerah seperti siang;+
Bagi-Mu, kegelapan tiada bezanya dengan cahaya.+
14 Aku memuji-Mu kerana Engkau menciptakan aku dengan baik dan luar biasa.+
Segala perbuatan-Mu mengagumkan.+
Aku benar-benar menyedarinya.
15 Ketika aku dibentuk secara rahsia, Engkau sudah melihat aku;
Ketika aku membesar di dalam rahim ibuku,*
Engkau melihat tulang-tulangku.+
16 Semasa aku dalam kandungan ibuku,* Engkau sudah melihat aku.
Sebelum bahagian-bahagian tubuhku wujud,
Sebelum anggota tubuhku dibentuk,
Hari-hari pertumbuhannya sudah tercatat dalam kitab-Mu.
17 Ya Tuhan, betapa berharganya fikiran-Mu bagiku,+
Dan betapa banyak jumlahnya!+
18 Jika dihitung, bilangannya lebih banyak daripada butir pasir.+
Ketika aku bangun, aku masih bersama-sama-Mu.*+
19 Ya Tuhan, bunuhlah orang yang jahat+
Dan jauhkanlah orang yang ganas daripadaku.
20 Mereka sengaja bercakap buruk tentang-Mu;
Mereka memusuhi-Mu dan menyalahgunakan nama-Mu.+
22 Aku betul-betul membenci mereka;+
Mereka sudah menjadi musuh ketatku.
23 Ya Tuhan, selidikilah aku dan selamilah hatiku.+
Periksalah aku dan ketahuilah kerunsinganku.+