Pengenalan kepada Bahagian 7
Bahagian ini meliputi jangka masa 80 tahun dan mengandungi kisah Raja Saul dan Raja Daud. Mula-mula, Saul rendah hati dan takut kepada Tuhan. Tetapi, dia mula berubah dan enggan mentaati Yehuwa. Jadi Yehuwa tidak lagi menerimanya sebagai raja. Kemudian, Tuhan menyuruh Samuel untuk melantik Daud sebagai raja Israel yang baharu. Saul berasa cemburu lalu mencuba untuk membunuh Daud. Namun, Daud tidak membalas dendam. Anak Saul, iaitu Yonatan, sedar bahawa Yehuwa telah memilih Daud. Dia tetap setia kepada Daud. Walaupun Daud telah melakukan kesalahan yang besar, dia sudi menerima disiplin daripada Yehuwa. Jika anda ialah seorang ibu atau bapa, bantulah anak anda untuk memahami kepentingan untuk selalu menyokong aturan Tuhan.