PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN Watchtower
PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN
Watchtower
Melayu
  • BIBLE
  • BAHAN BACAAN
  • PERJUMPAAN
  • w26 Disember ms. 27
  • Ingatkah Anda?

Tiada video untuk bahagian ini.

Maaf, terdapat masalah memainkan video.

  • Ingatkah Anda?
  • Menara Pengawal (Pembelajaran)—2026
  • Bahan yang Berkaitan
  • Ingatkah Anda?
    Menara Pengawal (Pembelajaran)—2025
  • Ingatkah Anda?
    Menara Pengawal—2015
  • Bahagian 1
    Nikmati Hidup Selama-Lamanya!—Kursus Perbincangan Bible
  • Ingatkah Anda?
    Menara Pengawal (Pembelajaran)—2017
Menara Pengawal (Pembelajaran)—2026
w26 Disember ms. 27

Ingatkah Anda?

Sudahkah anda membaca majalah-majalah Menara Pengawal tahun ini dengan teliti?

Bagaimanakah kita dapat melawan perasaan negatif?

Kita patut kekalkan rutin rohani yang baik, berdoa kepada Yehuwa untuk bantu kita memahami perasaan sendiri, dan sesuaikan pembelajaran peribadi kita mengikut keperluan kita.—w26.01, ms. 10-13.

Bilakah bangsa-bangsa, atau kuasa-kuasa politik, akan mengumumkan bahawa “semuanya damai dan selamat”? (1 Tes. 5:3)

Pengumuman itu mungkin akan dibuat sejurus sebelum agama palsu dimusnahkan, atau mungkin akan dibuat selepas agama palsu dimusnahkan. Kita perlu tunggu dan lihat apa yang bakal berlaku.—w26.02, ms. 30-31.

Apakah beberapa cara kita dapat meningkatkan kemahiran mengajar kita?

Kita cuba memahami keperluan pendengar kita, menghalakan perhatian mereka kepada Yehuwa dan Bible, dan menjadi pendengar yang baik.—w26.03, ms. 3-6.

Apakah yang membantu kita untuk memiliki pandangan yang betul terhadap cabaran?

Kita akan menghadapi cabaran selagi kita hidup di dunia Syaitan. Biarpun Yehuwa mengizinkan hal buruk berlaku, cabaran kita dapat mengajar kita untuk bergantung pada-Nya dan bukannya pada diri sendiri.—w26.04, ms. 14-16.

Bagaimanakah kita dapat menerapkan Galatia 6:5 dalam soal pendidikan tambahan?

Setiap orang mesti membuat keputusan sendiri. Namun, ibu bapa bertanggungjawab untuk membuat keputusan bagi anak mereka yang di bawah jagaan mereka. Hal-hal yang perlu dipertimbangkan ialah niat anda, jadual kursus, tempoh masa, lokasi, kos, dan peluang pekerjaan.—w26.05, ms. 15-18.

Apakah manfaat yang kita raih daripada aturan kumpulan aktiviti penyebaran?

Satu manfaat yang kita raih ialah kita mendapat penggembalaan daripada penyelia kumpulan kita. Tambahan lagi, kita mendapat bantuan secara emosi dan secara praktikal dengan menjalin persahabatan dengan saudara saudari di dalam kumpulan kita.—w26.06, ms. 18-19.

Bagaimanakah Yesaya 38:17 dapat melegakan hati kita?

Apabila kita bertaubat, Tuhan seperti melemparkan dosa kita ke belakang-Nya. Dia tidak akan melihat atau mengungkit dosa kita lagi.—w26.07, ms. 11.

Apakah aktiviti yang dilakukan di pintu gerbang kota pada zaman Bible?

Pasar berada berdekatan pintu gerbang kota. Maka, orang selalu berkumpul dan menjual barang-barang mereka di situ. Para hakim membicarakan kes berdekatan pintu gerbang. Selain itu, wakil Tuhan sering menyampaikan mesej-Nya di situ.—w26.08, ms. 31.

Apakah perlindungan yang dijanjikan di Mazmur 91 bagi umat Tuhan?

Mazmur 91 ialah janji bahawa Tuhan akan melindungi umat-Nya secara rohani. Mazmur ini juga ialah janji bahawa Yehuwa akan memberikan perlindungan fizikal dan emosi kepada kita sebagai satu kumpulan. Semasa perang Armagedon, Yehuwa bukan sahaja melindungi kita sebagai satu kumpulan, tetapi juga secara individu.—w26.09, ms. 3, 7.

Apakah manfaat membaca ayat harian?

Kita belajar untuk bertumpu kepada Yehuwa, gunakan masa dengan bijak, dan kuatkan tekad kita untuk tetap setia biarpun menghadapi masalah. Kita juga dapat buat kemajuan rohani dan persiapkan diri untuk tugasan teokratik pada masa depan.—w26.10, ms. 25-27.

Bagaimanakah para penatua dapat meniru ciri-ciri seorang gembala pada zaman Bible?

Seorang gembala perlu rajin untuk memastikan biri-birinya ada makanan yang cukup. Dia juga boleh diharapkan untuk menjaga ternakannya dan berani untuk melindungi mereka.—w26.11, ms. 9.

Mengapakah Yesus menyuruh para rasul untuk membeli pedang? (Luk. 22:36)

Pada malam sebelum Yesus mati, dia menasihati para rasulnya untuk membawa sebilah pedang. Tujuannya adalah kerana dia ingin mengajar mereka agar tidak menggunakan kekerasan semasa dianiaya.—w26.12, ms. 16-17.

    Bahan Bacaan Bahasa Melayu (2004-2023)
    Log Keluar
    Log Masuk
    • Melayu
    • Kongsi
    • Pilihan
    • Copyright © 2026 Watch Tower Bible and Tract Society of Pennsylvania
    • Syarat Penggunaan
    • Polisi Privasi
    • Tetapan Privasi
    • JW.ORG
    • Log Masuk
    Kongsi