PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN Watchtower
PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN
Watchtower
Melayu
  • BIBLE
  • BAHAN BACAAN
  • PERJUMPAAN
  • wcg bab 8 ms. 44-47
  • Dia Menolak Godaan

Tiada video untuk bahagian ini.

Maaf, terdapat masalah memainkan video.

  • Dia Menolak Godaan
  • Sembahlah Tuhan dengan Berani
  • Tajuk Kecil
  • Bahan yang Berkaitan
  • Kajilah
  • Fikirkan Pengajarannya
  • Renungkan Secara Menyeluruh
  • Belajar Lebih Banyak
  • Hamba yang Mendengar Cakap Tuhan
    Belajar daripada Cerita-Cerita Bible
  • Dia Seorang Bapa yang Berani
    Sembahlah Tuhan dengan Berani
  • Yehuwa Membantu Anda Berjaya
    Menara Pengawal (Pembelajaran)—2023
  • Dia Bertanggungjawab dan Setia
    Tirulah Iman Mereka
Lihat Selanjutnya
Sembahlah Tuhan dengan Berani
wcg bab 8 ms. 44-47

8 YUSUF

Dia Menolak Godaan

Edisi Cetak
Edisi Cetak

SEMASA Yusuf muda, dia sangat dikasihi dan diperkenankan oleh bapanya Yakub dan Tuhannya Yehuwa. Namun itu tidak bermaksud kehidupan Yusuf senang-lenang. Sebaliknya, dia dibenci oleh abang-abangnya. Oleh sebab Yakub memberi Yusuf layanan yang istimewa, mereka berasa cemburu dan melayannya dengan kejam. Semasa Yusuf berumur kira-kira 17 tahun, Yehuwa memberinya mimpi-mimpi yang menubuatkan bahawa suatu hari nanti keluarganya akan bersujud kepadanya. Maka, abang-abang Yusuf semakin membencinya.

Pada suatu hari, Yakub menyuruhnya mengadakan perjalanan selama beberapa hari untuk melihat keadaan abang-abangnya. Apabila dia tiba di sana, mereka menyerangnya dengan kejam dan mencampakkannya ke dalam sebuah lubang yang kering. Mereka langsung tidak mempedulikan Yusuf semasa dia meminta tolong. Walaupun pada mulanya mereka berniat untuk membunuhnya, mereka memutuskan untuk menjualnya kepada beberapa orang pedagang yang lalu di situ. Kemudian, mereka memperdaya Yakub dengan meyakinkannya bahawa anak kesayangannya Yusuf telah dibunuh oleh seekor binatang buas. Tetapi sebenarnya, Yusuf dibawa jauh ke selatan, iaitu ke Mesir. Di sana, dia telah dijual sebagai hamba Potifar, iaitu seorang pegawai Firaun.

Memang senang bagi Yusuf untuk menjadi tawar hati. Namun, Yusuf menunjukkan keberanian dan bekerja keras. Oleh itu, Yehuwa terus “menyertai Yusuf” dan memastikan Yusuf berjaya dalam segala pekerjaannya. Akhirnya, Potifar melantik Yusuf untuk menguruskan seluruh rumah tangganya.

Namun, sesuatu yang buruk bakal berlaku. “Yusuf ialah seorang yang berbadan tegap dan kacak,” dan hal itu telah menarik perhatian isteri Potifar. Wanita itu juga tidak segan-silu menunjukkan minatnya terhadap Yusuf. Dia bahkan berkata, “Tidurlah dengan aku.” Apakah yang akan dilakukan oleh Yusuf? Keluarganya jauh daripadanya. Lagipun dia seorang hamba, dan tuannya dapat buat apa saja terhadapnya. Wanita itu sememangnya boleh membuat kehidupan Yusuf lebih susah jika Yusuf menolak kehendaknya. Jadi, adakah Yusuf akan menyerah kepada godaannya, atau adakah dia memiliki keberanian untuk menolaknya?

Yusuf berjalan di rumah Potifar sambil membawa bekas air tembikar dan memandang ke depan. Isteri Potifar berdiri di luar bilik tidurnya dan memandang Yusuf untuk menggodanya.

Yusuf tahu bahawa isteri tuannya dapat membuat hidupnya lebih susah. Jadi, apakah yang membantu Yusuf untuk menolak godaan itu?

Bible menyatakan bahawa “Yusuf menolak.” Yusuf memberitahu bahawa dia tidak akan mengkhianati suami wanita itu yang sangat mempercayainya. Yang terpenting, Yusuf berkata, “Bagaimana mungkin aku melakukan perbuatan sejahat ini dan berdosa terhadap Tuhan?” Oleh sebab Yusuf sangat mengasihi Bapanya Yehuwa, dia berani untuk menolak godaan itu dengan tegas. Tetapi isteri Potifar tidak berputus asa. Dia terus menggoda Yusuf “hari demi hari.” Akhirnya pada suatu hari, semasa tiada hamba lain yang berada di sana, dia menarik baju Yusuf dan berkata, “Tidurlah dengan aku!” Yusuf melarikan diri, tetapi bajunya tertinggal di tangan wanita itu. Kemudian, wanita itu menunjukkan baju itu kepada Potifar dan menuduh bahawa Yusuf cuba merogolnya. Potifar menjadi sangat marah lalu memasukkan Yusuf ke dalam penjara.

Kini, Yusuf berada di sebuah penjara yang gelap. Untuk suatu jangka masa, kakinya diikat dengan rantai dan lehernya dibelenggu dengan rantai besi. (Mzm. 105:​17, 18) Pada masa itu, adakah Yusuf hilang harapan? Adakah Yehuwa telah meninggalkannya? Tidak! Yusuf terus menaruh kepercayaan kepada Tuhannya. Dia bekerja keras di dalam penjara dan Yehuwa memberkatinya. Tidak lama kemudian, ketua penjara telah memberinya tanggungjawab yang besar. Tahun demi tahun, Yusuf terus menunjukkan keberanian dan tetap tabah.

Oleh sebab Yusuf menunjukkan iman dan keberanian, dia dapat terus digunakan oleh Yehuwa. Pada kemudian hari, Tuhan telah memberi Firaun dua mimpi yang menunjukkan apa yang akan berlaku pada masa depan dan memberi Yusuf keupayaan untuk menjelaskan erti mimpi itu. Yusuf memberitahu raja bahawa akan ada kelimpahan makanan selama tujuh tahun, kemudian kebuluran akan melanda selama tujuh tahun yang berikutnya. Firaun sangat kagum kerana Tuhan membolehkan Yusuf mentafsirkan mimpi dan memberikan cadangan yang baik. Maka, dia memilih Yusuf untuk mempersiapkan seluruh negeri Mesir untuk menghadapi kebuluran yang bakal berlaku. Firaun melantik Yusuf untuk menjadi orang yang kedua berkuasa di Mesir selepas dirinya. Hasilnya, Yusuf bukan sahaja telah menyelamatkan rakyat Mesir daripada kebuluran, tetapi juga keluarganya sendiri. Semasa abang-abangnya datang ke Mesir untuk mendapatkan makanan, mereka tidak sedar bahawa mereka telah bersujud kepada adik mereka. Ya, mimpi yang Yehuwa berikan kepada Yusuf semasa dia muda telah menjadi kenyataan. Namun, abang-abang Yusuf juga membuktikan bahawa mereka telah menjadi orang yang lebih baik. Adik yang mereka pernah benci itu, kini telah menyelamatkan mereka, bapa mereka, dan keturunan mereka. Semua itu kerana Yusuf menunjukkan keberanian dan tetap beriman kepada Yehuwa.

Baca kisah Bible:

  • Kejadian 37:​1-36; 39:​1-23; 41:1–45:28

Untuk perbincangan:

Bagaimanakah Yusuf menunjukkan keberanian?

Kajilah

  1. 1. Apakah bukti yang menyokong ketepatan kisah tentang kehidupan Yusuf di Mesir? (g 11/10 15 ¶2-wcgr)

  2. 2. Bagaimanakah Yusuf tahu bahawa dalam pandangan Yehuwa, perzinaan merupakan ‘perbuatan jahat’? (Kej. 39:9; w22.08 26 ¶2)

  3. 3. Mengapakah Yehuwa membiarkan Yusuf menjadi perdana menteri Mesir? (w96 1/5 11 ¶4-wcgr) A

    Yusuf, yang kini merupakan perdana menteri Mesir, memberikan arahan kepada dua orang hamba Mesir.

    Gambar A

  4. 4. Apakah yang menunjukkan bahawa iman Yusuf tetap teguh bahkan semasa dia berumur 110 tahun? (Kej. 50:​25, 26; w07 1/6 28 ¶10-11-wcgr) B

    Lelaki Israel mengangkat keranda yang mengandungi tulang-tulang Yusuf untuk dibawa ke tempat perkuburan di Tanah yang Dijanjikan.

    Gambar B

Fikirkan Pengajarannya

  • Bagaimanakah anda dapat meniru Yusuf jika anda dilayan dengan buruk oleh seorang rakan seiman? (Kej. 45:​4, 5; 50:​19-21)

  • Yusuf tetap setia kepada Yehuwa bahkan semasa dia jauh dari rumah. Bagaimanakah teladannya membantu kita . . .

    • semasa di sekolah? C

      Seorang saudari muda berjalan kaki untuk pulang ke rumah dan dia lalu berdekatan rakan sekolahnya yang sedang menghisap rokok elektronik. Mereka memandangnya seraya dia berjalan dengan yakin.

      Gambar C

    • semasa pergi ke tempat lain? D

      Atas urusan kerja, seorang saudara muda yang sudah berkahwin mendaftar masuk hotel. Seorang wanita muda bukan Saksi yang cantik juga sedang mendaftar masuk dan memandang ke arahnya.

      Gambar D

    • semasa menggunakan telefon pintar atau alat elektronik lain? E

      Seorang saudara muda sedang baring di katil sambil melihat skrin telefon.

      Gambar E

  • Bagaimanakah anda dapat meniru keberanian Yusuf dalam kehidupan anda?

Renungkan Secara Menyeluruh

  • Apakah yang saya belajar tentang Yehuwa daripada kisah ini?

  • Bagaimanakah kisah ini berkaitan dengan tujuan Yehuwa?

  • Apakah yang saya ingin tanya kepada Yusuf selepas Yehuwa membangkitkannya?

Belajar Lebih Banyak

Walaupun Yehuwa tidak melindungi Yusuf daripada cabaran, Dia membantu Yusuf untuk bertabah. Lihatlah bagaimana Yehuwa juga dapat membantu anda.

“Yehuwa Membantu Anda Berjaya” (w23.01 14-19)

Bagaimanakah anak-anak dapat meniru Yusuf semasa dilayan dengan buruk?

Bertabah meskipun Menghadapi Ketidakadilan (1:31)

    Bahan Bacaan Bahasa Melayu (2004-2023)
    Log Keluar
    Log Masuk
    • Melayu
    • Kongsi
    • Pilihan
    • Copyright © 2026 Watch Tower Bible and Tract Society of Pennsylvania
    • Syarat Penggunaan
    • Polisi Privasi
    • Tetapan Privasi
    • JW.ORG
    • Log Masuk
    Kongsi