PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN Watchtower
PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN
Watchtower
Melayu
  • BIBLE
  • BAHAN BACAAN
  • PERJUMPAAN
  • wcg bab 47 ms. 212-215
  • “Wanita Ini Melakukan Apa yang Dapat Dilakukannya”

Tiada video untuk bahagian ini.

Maaf, terdapat masalah memainkan video.

  • “Wanita Ini Melakukan Apa yang Dapat Dilakukannya”
  • Sembahlah Tuhan dengan Berani
  • Tajuk Kecil
  • Bahan yang Berkaitan
  • Kajilah
  • Fikirkan Pengajarannya
  • Renungkan Secara Menyeluruh
  • Belajar Lebih Banyak
  • Dia Berani Menerima Tugasan yang Berat
    Sembahlah Tuhan dengan Berani
  • “Aku Hamba Perempuan Yehuwa!”
    Tirulah Iman Mereka
  • “Aku Sudah Melihat Tuan!”
    Sembahlah Tuhan dengan Berani
  • “Aku Sudah Melihat Tuan!”
    Tirulah Iman Mereka
Lihat Selanjutnya
Sembahlah Tuhan dengan Berani
wcg bab 47 ms. 212-215

47 MARIA KAKAK LAZARUS

“Wanita Ini Melakukan Apa yang Dapat Dilakukannya”

Edisi Cetak
Edisi Cetak

MARIA sangat berterima kasih kepada Yesus kerana Yesus telah banyak membantunya, kakaknya Marta, dan adik mereka Lazarus. Yesus amat mengasihi tiga orang adik-beradik ini. Dia sering menumpang di rumah mereka di Betania dan mengajar mereka banyak hal tentang dirinya dan Yehuwa. Semasa Lazarus meninggal, Yesus telah membangkitkannya.

Maria ingin melakukan sesuatu yang istimewa untuk menunjukkan penghargaan kepada Yesus, maka dia menyediakan “kira-kira setengah liter minyak wangi yang sangat mahal. Minyak itu merupakan minyak akar wangi tulen” yang disimpan dalam botol alabaster. Pada zaman itu, harga minyak ini hampir sama dengan gaji seorang pekerja buruh selama setahun. Bible tidak memberitahu kita bila atau bagaimana Maria mendapat minyak ini, tetapi barangkali itulah hartanya yang paling mahal.

Dia ingin memberi Yesus hadiah yang paling bernilai biarpun dia tahu dia mungkin dikritik kerana berbuat demikian

Pada suatu hari, Yesus berada di Betania dan sedang makan di rumah Simon. Ketika itu, Maria memutuskan bahawa itulah masanya untuk memberi Yesus hadiah tersebut. Dia datang kepada Yesus, membuka botol itu, dan menuangkan minyak wangi ke atas kepala Yesus dan pada kakinya. Kemudian, dia membuka tudungnya dan mengeringkan kaki Yesus dengan rambutnya. Sesetengah orang Yahudi mungkin berpendapat bahawa Maria tidak patut membuka tudungnya di depan orang ramai, tetapi Maria tidak mempedulikan pandangan orang. Dia sanggup merendahkan dirinya untuk memberikan penghormatan yang tertinggi kepada tuannya Yesus.

Bau minyak wangi itu harum semerbak di rumah, tetapi ada orang tidak senang hati. Yudas Iskariot sangat marah, dan nampaknya dia berjaya memujuk sesetengah rasul untuk menyokong pandangannya. Yudas berkata, “Mengapakah minyak wangi ini tidak dijual dengan harga 300 denari dan wangnya diberikan kepada orang miskin?” Bayangkan betapa terlukanya hati Maria! Dia bersusah payah menyediakan hadiah ini kerana mengasihi Yesus, tetapi dia dimarahi para rasul Yesus. Syukurlah Yesus segera mempertahankan Maria.

“Janganlah ganggu wanita ini,” kata Yesus. Kata-katanya pasti buat semua orang terdiam. Yesus menambah, “Dia melakukan sesuatu yang baik untuk aku.” Barangkali, Maria tidak sedar betapa istimewanya perbuatan dia. Tidak lama lagi Yesus akan mati, dan minyak wangi yang dituangkan Maria merupakan persiapan untuk pengebumiannya. Yesus dapat melihat kasih dan keberanian di sebalik perbuatan Maria, maka dia berkata, “Wanita ini melakukan apa yang dapat dilakukannya.” Dia menyambung, “Sesungguhnya aku berkata kepada kamu: Di mana sahaja berita baik disebarkan di seluruh dunia, perbuatan wanita ini juga akan diceritakan untuk mengenang dia.” Ya, Maria harus dipuji, bukannya dikritik.

Yesus membela Maria di hadapan para rasulnya semasa Yudas mengkritik Maria. Kaki Yesus sudah dilumuri minyak, dan Maria duduk berhampiran kakinya sambil memegang botol alabaster.

Selepas itu, tiada orang berani membantah lagi. Yudas meninggalkan rumah itu dan mencari jalan untuk mengkhianati tuannya, tetapi Maria pasti sangat tersentuh kerana Yesus mempertahankannya. Beberapa hari kemudian, Yesus difitnah, dibunuh, dan dikebumikan. Semasa melihat hal itu berlaku, barulah Maria faham sepenuhnya apa yang diucapkan oleh Yesus di Betania. Maria seorang yang baik hati dan berbelas kasihan. Jadi, hatinya tentu hancur luluh semasa melihat Yesus diseksa dan dibunuh. Tetapi semasa mengenang kembali kata-kata Yesus, dia pasti sangat dilegakan.

Tiga hari selepas Yesus mati, sesuatu yang menakjubkan berlaku: Dia dibangkitkan! Tidak lama kemudian, dia menampakkan diri kepada lebih daripada 500 orang pengikutnya. Barangkali pada masa itulah dia memberi mereka amanah untuk menyebarkan berita baik “kepada semua bangsa.” (Mat. 28:​19, 20) Yesus pernah berkata bahawa di mana sahaja berita baik dikhabarkan, orang akan tahu tentang kerendahan hati dan kasih Maria. Sudah tentu, Maria tidak menyesal kerana memberanikan diri untuk memberi Yesus yang terbaik. Sampai akhir hayatnya, kata-kata Yesus ini pasti terngiang-ngiang di telinganya: “Wanita ini melakukan apa yang dapat dilakukannya.”

Baca kisah Bible:

  • Matius 26:​6-13

  • Markus 14:​3-9

  • Lukas 10:​38-42

  • Yohanes 11:​5, 6, 31-35, 41-45; 12:​1-8

Untuk perbincangan:

Bagaimanakah Maria kakak Lazarus menunjukkan keberanian?

Kajilah

  1. 1. Apakah yang kita tahu tentang keperibadian Maria dan Marta? (Luk. 10:​39, 40; Yoh. 11:20; ia 173 ¶5-6; 176 ¶17) A

    Maria dan kakaknya Marta. Maria sedang memikirkan sesuatu sementara Marta senyum sambil memegang sebakul roti.

    Gambar A

  2. 2. Yesus sudi mengajar Maria dan wanita-wanita lain. Bagaimanakah sikap Yesus berbeza daripada ramai guru pada zamannya? (w99 1/9 30 ¶1-4-wcgr)

  3. 3. Mengapakah minyak wangi yang dituangkan Maria ke atas Yesus begitu mahal? (nota pembelajaran untuk “minyak wangi yang mahal” di Mat. 26:​7, nwtsty-wcgr) B

    Indian nard: © Haijie Lu, licensed under CC BY-NC 4.0. Source; dried jatamansi: wasanajai/stock.adobe.com; alabaster jar: © The Trustees of the British Museum. Licensed under CC BY-NC-SA 4.0. Source

    Gambar B: Bunga dan akar tumbuhan Nardostachys jatamansi. Barangkali inilah bahan untuk menghasilkan minyak wangi yang dituangkan Maria ke atas Yesus, dan ini ialah botol alabaster yang digunakan untuk mengisi minyak wangi

  4. 4. Maria bukan hanya menuangkan minyak ke atas kepala Yesus, tetapi juga pada kakinya. Apakah maksud di sebalik perbuatan ini? (w10 1/11 6 ¶4, nota kaki-wcgr)

Fikirkan Pengajarannya

  • Yesus berkata bahawa “Maria sudah memilih perkara yang terbaik” kerana dia mengutamakan hal-hal rohani. (Luk. 10:42) Bagaimanakah kita dapat meniru Maria? C

    Kolaj: Seorang saudari muda mengutamakan hal-hal rohani. Gambar-gambar berikut menunjukkan apa yang berlaku. Semasa gathering, saudari muda itu balik awal sementara orang lain masih bermain permainan. Saudari itu tidur nyenyak di katil. Biblenya berada di meja di sebelah katilnya. Pada keesokan paginya, saudari muda itu menikmati kesaksian awam bersama seorang lagi saudari.

    Gambar C

  • Yesus memuji Maria kerana dia “melakukan apa yang dapat dilakukannya.” Daripada hal ini, apakah yang dihargai Yehuwa dalam diri kita? (Mrk. 12:​29, 30; 14:8)

  • Bagaimanakah anda dapat meniru keberanian Maria dalam kehidupan anda?

Renungkan Secara Menyeluruh

  • Apakah yang saya belajar tentang Yehuwa daripada kisah ini?

  • Bagaimanakah kisah ini berkaitan dengan tujuan Yehuwa?

  • Kemungkinan besar, Maria kakak Lazarus dipilih untuk menjadi raja bersama Kristus di syurga. Mengapakah anda bersyukur akan hal ini?

Belajar Lebih Banyak

Apakah yang dapat dipelajari kanak-kanak daripada Maria, Marta, dan Yesus semasa memilih kawan?

Siapakah Harus Jadi Kawan Saya? (13:14)

Yesus menghargai hadiah mahal yang diberikan Maria dan dua keping wang syiling kecil yang diberikan seorang balu. Apakah yang kita pelajari tentang Yesus?

“Adakah Anda Menunjukkan Kesyukuran?” (w99 15/4 16 ¶3-7-wcgr)

    Bahan Bacaan Bahasa Melayu (2004-2023)
    Log Keluar
    Log Masuk
    • Melayu
    • Kongsi
    • Pilihan
    • Copyright © 2026 Watch Tower Bible and Tract Society of Pennsylvania
    • Syarat Penggunaan
    • Polisi Privasi
    • Tetapan Privasi
    • JW.ORG
    • Log Masuk
    Kongsi