Rujukan untuk Lembaran Kerja Kehidupan dan Kegiatan Kristian
7-13 NOVEMBER
HARTA KARUN DALAM FIRMAN TUHAN | AMSAL 27-31
Mencari Permata Rohani
(Amsal 27:21) Emas dan perak diuji dengan api; orang dinilai menurut sikapnya terhadap pujian.
w11-IN 1/8 29 ¶2
Hari yang Penuh dengan Harapan dan Sukacita
Kemudian, Saudara Morris membaca Amsal 27:21: “Emas dan perak diuji dengan api; orang dinilai menurut sikapnya terhadap pujian.” Dia menjelaskan bahawa keperibadian kita dimurnikan apabila kita dipuji, sepertimana emas dan perak dimurnikan. Bagaimana? Pujian dapat menguji keperibadian kita. Pujian boleh menyebabkan kita menjadi sombong dan jatuh secara rohani atau mendorong kita untuk mengakui bahawa kita terhutang budi kepada Yehuwa. Hal ini akan membantu kita untuk tidak melanggar standard-Nya. Maka, Saudara Morris menggesa para pelajar Gilead untuk mempunyai pandangan yang betul mengenai pujian yang diterima, iaitu sebagai peluang untuk menunjukkan bahawa mereka takut kepada Yehuwa.
w06-IN 15/9 19 ¶11
Sorotan daripada Buku Amsal
27:21. Pujian dapat menyingkapkan diri kita yang sebenar. Kita bersikap rendah hati jika pujian yang diterima mendorong kita untuk mengakui bahawa kita terhutang budi kepada Yehuwa dan ingin terus menyembah-Nya. Seseorang tidak mempunyai sikap rendah hati jika pujian menyebabkannya bersikap angkuh.
14-20 NOVEMBER
HARTA KARUN DALAM FIRMAN TUHAN | PENGKHUTBAH 1-6
Mencari Permata Rohani
(Pengkhutbah 3:16, 17) Selain itu, aku nampak juga bahawa di dunia ini, di tempat yang seharusnya ada keadilan dan kebaikan, di situ terdapat kejahatan. 17 Aku berfikir, Tuhan akan mengadili orang baik dan orang jahat, kerana setiap perkara dan setiap tindakan akan berlaku pada waktunya yang tertentu.
w06-IN 1/11 14 ¶8
Sorotan daripada Buku Pengkhutbah
3:16, 17. Adalah tidak munasabah untuk mengharapkan keadilan dalam semua perkara. Kita tidak perlu asyik khuatir akan apa yang sedang berlaku hari ini. Sebaliknya, kita harus menantikan Yehuwa untuk membetulkan keadaan di dunia ini.
21-27 NOVEMBER
HARTA KARUN DALAM FIRMAN TUHAN | PENGKHUTBAH 7-12
Mencari Permata Rohani
(Pengkhutbah 10:1) Bangkai lalat boleh merosakkan sebotol minyak wangi, demikian juga kebodohan kecil boleh menghilangkan hikmat yang tertinggi.
w06-IN 1/11 16 ¶4
Sorotan daripada Buku Pengkhutbah
10:1. Kita harus berhati-hati dengan tutur kata dan tindakan kita. Perbuatan yang tidak bijaksana, seperti ledakan kemarahan, penyalahgunaan alkohol, atau perbuatan yang tidak bermoral, dapat merosakkan nama baik seseorang.
28 NOVEMBER–4 DISEMBER
HARTA KARUN DALAM FIRMAN TUHAN | KIDUNG AGUNG 1-8
Mencari Permata Rohani
(Kidung Agung 8:6) Jadikanlah aku buah hatimu; jangan peluk sesiapa pun selain aku, kerana cinta itu sekuat maut, dan nafsu berkuasa seperti kematian. Nyalanya seperti nyala api [“Yah,” NW], yang berkobar dengan dahsyat.
Adakah Kasih yang Berkekalan Wujud?
ADAKAH CINTA SEJATI WUJUD?
3 Baca Kidung Agung 8:6. Cinta diterangkan sebagai “nyala api Yah.” Mengapa? Kerana sifat Yehuwa yang paling agung ialah kasih. Dia juga menciptakan kita dengan keupayaan untuk menunjukkan kasih seperti-Nya. (Kej. 1:26, 27) Setelah Yehuwa menciptakan lelaki yang pertama, Adam, Dia mengurniainya seorang isteri yang cantik. Apabila Adam melihat Hawa pada kali pertama, dia berasa sangat gembira sehingga meluahkan perasaannya dalam sebuah pantun. Hawa juga berasa rapat dengan suaminya. Hal ini adalah kerana Yehuwa menciptakannya daripada Adam. (Kej. 2:21-23) Yehuwa telah menciptakan lelaki dan perempuan dengan keupayaan untuk menunjukkan kasih sejati yang berkekalan.
w06-IN 15/11 20 ¶7
Sorotan daripada Buku Kidung Agung
Cinta sejati diterangkan sebagai “nyala api Yah” kerana sifat Yehuwa yang paling agung ialah kasih. Yehuwa telah menciptakan lelaki dan perempuan dengan keupayaan untuk menunjukkan kasih sejati yang berkekalan. Dalam buku Kidung Agung cinta antara seorang lelaki dan wanita dikatakan “sekuat maut.”—Kidung Agung 8:6.