-
Raja Mesias Memurnikan Umatnya Secara RohaniKerajaan Tuhan Kini Memerintah!
-
-
1-3. Apakah yang dilakukan oleh Yesus apabila dia mendapati bahawa Rumah Tuhan dicemari orang?
YESUS mempunyai hormat yang mendalam terhadap Rumah Tuhan yang terletak di Yerusalem kerana dia tahu bahawa Rumah Tuhan sudah lama menjadi pusat ibadat sejati di bumi. Namun ibadat sejati mesti murni dan suci kerana Tuhan Yehuwa ialah Tuhan yang suci. Bayangkan perasaan Yesus semasa dia mengunjungi Rumah Tuhan pada 10 Nisan 33 M dan mendapati tempat suci itu dicemari. Apakah yang telah berlaku?—Baca Matius 21:12, 13.
2 Di Halaman Orang Bukan Yahudi, para peniaga dan penukar wang yang tamak sedang mengambil kesempatan ke atas para penyembah yang datang untuk memberikan persembahan kepada Yehuwa.a Yesus “mengusir semua orang yang berjual beli di sana” dan “menterbalikkan meja para penukar wang.” (Bandingkan Nehemia 13:7-9.) Dia mencela mereka yang tamak itu kerana menjadikan rumah Bapanya “sarang perompak.” Tindakan Yesus menunjukkan bahawa dia menghormati Rumah Tuhan dan Tuhan yang disembah di situ. Kesucian ibadat Bapanya mesti dipertahankan!
-
-
Raja Mesias Memurnikan Umatnya Secara RohaniKerajaan Tuhan Kini Memerintah!
-
-
a Mata wang yang tertentu harus digunakan untuk membayar cukai tahunan Rumah Tuhan. Maka para pengunjung perlu membayar penukar wang untuk menukar duit syiling asing mereka. Selain itu, mereka mungkin perlu membeli binatang untuk persembahan. Yesus memanggil para pedagang itu “perompak,” kerana mereka mungkin telah mengenakan bayaran yang melampau untuk perkhidmatan atau barangan mereka.
-