-
Belajar daripada Perumpamaan TalentaMenara Pengawal—2015 | 15 Mac
-
-
HAMBA YANG JAHAT DAN MALAS
14, 15. Adakah perumpamaan Yesus bermaksud bahawa banyak orang terurap akan menjadi jahat dan malas? Jelaskan.
14 Perumpamaan itu juga memberitahu kita tentang seorang hamba yang menerima satu talenta. Dia tidak berniaga atau menyimpan talenta itu dalam bank untuk mendapat bunga. Sebaliknya, dia menanam wang itu. Maka, tuannya berkata kepadanya, “Kamu hamba yang jahat dan malas.” Dia mengambil talenta daripada hamba yang jahat itu dan memberikannya kepada hamba yang pertama. Kemudian, hamba yang jahat itu dibuang “ke tempat yang gelap di luar,” dan di situ hamba tersebut menangis.—Mat. 25:24-30; Luk. 19:22, 23.
15 Apabila Yesus mengatakan bahawa seorang daripada tiga hamba itu adalah jahat dan malas, dia tidak bermaksud bahawa satu per tiga daripada kaum terurap akan menjadi jahat dan malas. Cuba bandingkan perumpamaan ini dengan perumpamaan yang lain. Dalam perumpamaan mengenai hamba yang setia dan bijaksana, Yesus menyebut tentang hamba jahat yang memukul hamba-hamba lain. Yesus tidak bermaksud bahawa sebahagian daripada hamba yang setia dan bijaksana akan menjadi jahat. Sebaliknya, dia memberikan amaran kepada kaum terurap agar mereka tidak menjadi seperti hamba yang jahat. Kemudian, dalam perumpamaan 10 anak dara, Yesus menyebut tentang lima anak dara yang bodoh. Dia tidak bermaksud bahawa separuh daripada kaum terurap akan menjadi seperti anak dara yang bodoh. Sebaliknya, Yesus memberikan amaran tentang apa yang akan terjadi jika mereka tidak bersedia dan berjaga-jaga.h Dalam perumpamaan talenta pula, Yesus tidak bermaksud bahawa banyak orang terurap akan menjadi jahat dan malas. Sebenarnya, Yesus memberikan amaran agar kaum terurap tidak bersikap seperti hamba yang jahat. Sebaliknya, mereka digalakkan untuk terus menginjil dengan rajin.—Mat. 25:16.
-