-
Anak yang Telah DijanjikanYesus—Jalan, Kebenaran, dan Kehidupan
-
-
Pada hari ke-40 selepas Yesus dilahirkan, ibu bapanya membawanya ke Rumah Tuhan. Hukum Tuhan menyatakan bahawa 40 hari selepas seorang ibu bersalin, dia perlu mempersembahkan korban penyucian.—Imamat 12:4-8.
Hukum Tuhan juga menyatakan bahawa seekor bebiri jantan yang muda dan seekor burung harus dipersembahkan. Namun jika seorang ibu tidak mampu berbuat demikian, dia boleh mempersembahkan dua ekor burung tekukur atau burung merpati. Maria telah membawa dua ekor burung kecil sebagai korban. Hal ini menunjukkan bahawa Yusuf dan Maria bukanlah orang kaya.
-