-
Siapakah yang Dijemput oleh Tuhan?Yesus—Jalan, Kebenaran, dan Kehidupan
-
-
‘Seorang lelaki mengadakan jamuan malam dan dia telah menjemput banyak orang. Dia mengutus hambanya untuk berkata kepada orang yang dijemput, “Datanglah, semuanya sudah siap.” Tetapi mereka semua mula memberikan alasan. Yang pertama berkata, “Aku sudah membeli sebidang tanah dan hendak melihatnya. Maaf, aku tidak dapat datang.” Seorang lagi berkata, “Aku telah membeli 10 ekor lembu dan hendak memeriksa lembu-lembu itu. Maaf, aku tidak dapat datang.” Ada juga yang berkata, “Aku baru sahaja berkahwin. Itulah sebabnya aku tidak dapat datang.”’—Lukas 14:16-20.
-
-
Siapakah yang Dijemput oleh Tuhan?Yesus—Jalan, Kebenaran, dan Kehidupan
-
-
Perumpamaan ini menggambarkan jemputan yang diberikan oleh Yehuwa agar orang dapat mewarisi Kerajaan di syurga. Orang Yahudi, terutamanya para pemimpin agama, ialah golongan pertama yang dijemput. Kebanyakan daripada mereka menolak jemputan itu. Maka Yesus menyatakan bahawa pada masa depan, jemputan yang sama akan diberikan kepada orang Yahudi yang lain dan para pemeluk agama Yahudi. Selepas itu, jemputan juga akan diberikan kepada orang yang dianggap najis oleh orang Yahudi.—Kisah 10:28-48.
-