-
Carilah Kekayaan SejatiMenara Pengawal (Pembelajaran)—2017 | Julai
-
-
4, 5. (a) Apakah yang berlaku kepada pengurus dalam perumpamaan Yesus? (b) Apakah nasihat yang diberikan Yesus kepada para pengikutnya?
4 Baca Lukas 16:1-9. Perumpamaan Yesus tentang pengurus rumah tangga itu amat menarik. Setelah dituduh membazirkan harta tuannya, pengurus itu “bertindak dengan bijaksana” untuk “mendapat sahabat” yang akan membantunya apabila dia dipecat nanti.a Sudah pasti, perumpamaan Yesus bukan untuk menggalakkan pengikutnya berbuat jahat demi mencari sesuap nasi, seperti yang dilakukan oleh “orang dalam sistem dunia ini.” Namun, Yesus ingin menegaskan suatu hal yang penting.
5 Seperti pengurus yang dilanda kesusahan itu, ramai orang Kristian perlu mencari nafkah di dunia yang tidak adil. Yesus tahu akan hal itu, maka dia menasihati mereka, “Gunakanlah kekayaan daripada dunia jahat ini untuk mendapat sahabat. Dengan demikian, apabila kekayaan kamu lenyap, sahabat-sahabat itu [Yehuwa dan Yesus] akan menyambut kamu ke dalam tempat kediaman yang abadi.” Apakah pengajarannya bagi kita?
6. Bagaimanakah kita tahu bahawa sistem perdagangan bukanlah tujuan asal Tuhan?
6 Yesus tidak menjelaskan sebabnya dia memanggil kekayaan itu “jahat.” Namun Bible menyatakan bahawa sistem perdagangan bukanlah tujuan asal Tuhan. Di Taman Eden, Yehuwa memuaskan segala keperluan Adam dan Hawa. (Kej. 2:15, 16) Pada abad pertama, orang Kristian yang menerima kuasa suci Tuhan tidak “menganggap apa yang dimilikinya kepunyaan sendiri. Mereka saling mengongsi segala milik mereka.” (Kis. 4:32) Nabi Yesaya juga menubuatkan bahawa semua orang akan menikmati hasil bumi dengan percuma. (Yes. 25:6-9; 65:21, 22) Namun, sebelum waktu itu tiba, para pengikut Yesus memerlukan kebijaksanaan agar dapat menyara kehidupan dengan kekayaan dunia jahat, dan menyenangkan hati Tuhan pada masa yang sama.
-
-
Carilah Kekayaan SejatiMenara Pengawal (Pembelajaran)—2017 | Julai
-
-
7. Apakah nasihat yang terkandung dalam Lukas 16:10-13?
7 Baca Lukas 16:10-13. Pengurus dalam perumpamaan Yesus mencari sahabat demi kepentingan sendiri. Namun, itu bukanlah tujuan kita mencari sahabat yang di syurga. Kata-kata Yesus yang seterusnya menunjukkan bahawa cara kita menggunakan kekayaan dunia ini dapat menyatakan sama ada kita setia kepada Tuhan atau tidak. Bagaimana?
-