-
Keadaan Lelaki Kaya dan Lazarus BerubahYesus—Jalan, Kebenaran, dan Kehidupan
-
-
“Hukum dan Ajaran Para Nabi telah dikhabarkan sehingga zaman Yohanes. Selepas itu, berita baik tentang Kerajaan Tuhan telah dikhabarkan, dan segala macam orang kini berusaha dengan gigih untuk memasuki kerajaan itu. Sesungguhnya, biarpun langit dan bumi lenyap, huruf yang terkecil atau satu titik pun dalam Hukum tidak akan lenyap sehingga semua yang tertulis berlaku.” (Lukas 3:18; 16:16, 17) Apakah yang dimaksudkan oleh Yesus?
-
-
Keadaan Lelaki Kaya dan Lazarus BerubahYesus—Jalan, Kebenaran, dan Kehidupan
-
-
Selepas tujuan Hukum Musa tercapai, umat Tuhan tidak lagi wajib untuk mematuhi hukum ini. Sebagai contoh, Hukum mengizinkan perceraian atas pelbagai alasan. Namun Yesus menjelaskan bahawa “sesiapa menceraikan isterinya lalu berkahwin dengan wanita lain, dia telah berzina. Sesiapa yang mengahwini seorang wanita yang diceraikan oleh suaminya juga telah berzina.” (Lukas 16:18) Kata-kata Yesus membuat orang Farisi sangat marah kerana mereka cenderung membuat peraturan dalam semua perkara!
-