-
Teguhkan Iman Anda terhadap Apa yang DiharapkanMenara Pengawal (Pembelajaran)—2016 | Oktober
-
-
10. Siapakah beberapa hamba Tuhan yang enggan menyangkal iman mereka? Mengapakah mereka berupaya berbuat demikian?
10 Dalam Ibrani bab 11, Paulus menyebut tentang cubaan yang dialami oleh ramai umat Tuhan. Contohnya, Paulus menyebut tentang anak beberapa orang wanita yang telah mati tetapi kemudiannya dibangkitkan. Kemudian, Paulus juga menjelaskan tentang orang yang “enggan menyangkal iman semata-mata untuk dibebaskan. Mereka sanggup diseksa kerana ingin meraih pembangkitan yang lebih baik.” (Ibr. 11:35) Walaupun kita tidak tahu dengan pasti siapa hamba-hamba Tuhan ini, sesetengah daripada mereka seperti Nabot dan Zakharia telah direjam sehingga mati kerana mentaati Tuhan. (1 Raj. 21:3, 15; 2 Taw. 24:20, 21) Daniel dan sahabatnya pula diberi peluang untuk “dibebaskan” jika mereka menyangkal iman mereka. Namun, mereka mempunyai iman yang kukuh terhadap kuasa Tuhan. Hasilnya, mereka diselamatkan daripada “mulut singa” dan “api yang berkobar-kobar.”—Ibr. 11:33, 34; Dan. 3:16-18, 20, 28; 6:14, 17, 22-24.
-
-
Teguhkan Iman Anda terhadap Apa yang DiharapkanMenara Pengawal (Pembelajaran)—2016 | Oktober
-
-
12. Siapakah yang merupakan teladan terbaik dalam menanggung penderitaan? Apakah yang membantunya untuk bertabah?
12 Selepas menyebut tentang para lelaki dan wanita yang beriman, Paulus menyebut tentang teladan yang terbaik, iaitu Yesus Kristus. Ibrani 12:2 berkata, “Disebabkan sukacita yang ada di hadapannya, dia tabah menanggung penderitaan pada tiang seksaan dan tidak peduli bahawa hal itu sesuatu yang memalukan. Sekarang, dia duduk di sebelah kanan takhta Tuhan.” Maka kita harus ‘perhatikan dia dengan cermat’ kerana dia menetapkan teladan yang baik semasa dicuba. (Baca Ibrani 12:3.) Seperti Yesus, ramai orang Kristian pada abad pertama telah mati kerana mengekalkan kesetiaan kepada Yehuwa. Antaranya ialah Antipas. (Why. 2:13) Orang Kristian sebegini sudah pun menerima ganjaran mereka di syurga, manakala penyembah Tuhan yang hidup sebelum zaman Kristian menantikan pembangkitan di bumi. (Ibr. 11:35) Selepas Kerajaan Tuhan ditubuhkan pada tahun 1914, orang Kristian terurap yang mati telah dibangkitkan ke syurga. Di sana, mereka mempunyai nyawa yang tidak dapat mati dan memerintah sebagai raja bersama Yesus.—Why. 20:4.
-