PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN Watchtower
PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN
Watchtower
Melayu
  • BIBLE
  • BAHAN BACAAN
  • PERJUMPAAN
  • Dia Membela Umat Tuhan
    Tirulah Iman Mereka
    • 22. Mengapakah Ester takut untuk menghadap suaminya? (Lihat juga nota kaki.)

      22 Ester pasti sangat risau setelah mendengar mesej Mordekhai. Inilah masanya iman Ester diuji. Dalam jawapannya kepada Mordekhai, Ester menunjukkan bahawa dia sangat takut. Dia mengingatkan Mordekhai tentang hukum raja yang menyatakan bahawa sesiapa yang menghadap raja tanpa dijemput akan dihukum mati, kecuali jika raja menghulurkan tongkat emasnya kepada orang itu. Tambahan lagi, Wasti telah dihukum setelah dia mengingkari perintah raja. Jadi adakah Ester mempunyai alasan untuk mengharap belas kasihan raja? Kemudian Ester juga memberitahu Mordekhai bahawa sudah 30 hari raja tidak memanggilnya. Adakah raja yang mudah berubah sikap itu mula tidak menyukainya?e​—Est. 4:9-11.

  • Dia Membela Umat Tuhan
    Tirulah Iman Mereka
    • e Xerxes I ialah raja yang panas baran. Menurut seorang sejarawan, semasa kempen perang Xerxes terhadap orang Yunani, raja itu mengarahkan agar jambatan terapung dibina dengan menderetkan kapal-kapal melintasi Selat Hellespont. Apabila jambatan itu rosak dipukul ribut, Xerxes mengarahkan agar juruteranya dipancung. Dia juga memerintahkan pegawainya untuk “menghukum” Hellespont dengan mencambuk air di selat itu sambil meneriakkan kata-kata hinaan. Selain itu, apabila seorang lelaki kaya merayu agar anaknya dikecualikan daripada khidmat tentera, Xerxes memerintahkan agar anak itu dibelah lalu mayatnya dipamerkan sebagai amaran kepada semua orang.

Bahan Bacaan Bahasa Melayu (2004-2023)
Log Keluar
Log Masuk
  • Melayu
  • Kongsi
  • Pilihan
  • Copyright © 2026 Watch Tower Bible and Tract Society of Pennsylvania
  • Syarat Penggunaan
  • Polisi Privasi
  • Tetapan Privasi
  • JW.ORG
  • Log Masuk
Kongsi