PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN Watchtower
PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN
Watchtower
Melayu
  • BIBLE
  • BAHAN BACAAN
  • PERJUMPAAN
  • ijwbq rencana 180
  • Di Manakah Saya Dapat Menemui Harapan?

Tiada video untuk bahagian ini.

Maaf, terdapat masalah memainkan video.

  • Di Manakah Saya Dapat Menemui Harapan?
  • Jawapan kepada Soalan Bible
  • Tajuk Kecil
  • Bahan yang Berkaitan
  • Jawapan Bible
  • Bagaimanakah Bible membantu kita memiliki pandangan yang positif?
  • Apakah harapan Bible bagi semua orang?
  • Pastikan Harapan Anda Tetap Teguh
    Menara Pengawal (Pembelajaran)—2022
  • Sinar Harapan bagi 2023—Apakah yang Bible Katakan?
    Topik-Topik Lain
  • Di Manakah Anda Dapat Menemui Harapan Sejati?
    Sedarlah!—2004
  • Bible Memberi Kita Harapan
    Nikmati Hidup Selama-Lamanya!—Kursus Perbincangan Bible
Lihat Selanjutnya
Jawapan kepada Soalan Bible
ijwbq rencana 180
Seorang wanita memandang ke depan dengan penuh harapan.

Di Manakah Saya Dapat Menemui Harapan?

Jawapan Bible

Bible berkata bahawa Tuhan ingin memberi kita “harapana dan masa depan.” (Yeremia 29:11) Sememangnya, salah satu sebab Tuhan memberi kita Bible adalah “supaya kita memiliki harapan kerana Ayat-Ayat Suci melegakan hati kita.” (Roma 15:4) Nasihat Bible yang bijak dapat membantu kita memiliki pandangan yang positif untuk menghadapi cabaran setiap hari. Janji-janji Bible pula memberi kita harapan masa depan yang indah.

Dalam rencana ini

  • Bagaimanakah Bible membantu kita memiliki pandangan yang positif?

  • Apakah harapan Bible bagi semua orang?

  • Ayat-ayat Bible tentang harapan

Bagaimanakah Bible membantu kita memiliki pandangan yang positif?

Dengan memberitahu kita langkah-langkah yang praktikal untuk meningkatkan mutu hidup kita, Bible dapat membantu kita untuk memiliki pandangan yang positif. Fikirkan contoh-contoh berikut.

  • Carilah bimbingan yang praktikal daripada Bible. Mazmur 119:105 menyatakan, “Firman-Mu bagaikan pelita yang membimbing langkahku, dan bagaikan cahaya yang menerangi jalanku.” Cahaya yang sangat terang dapat melakukan dua perkara, iaitu membantu kita melihat apa yang ada di depan kita dan juga menerangi jalan yang lebih jauh di hadapan kita. Begitu juga, nasihat Bible dapat membantu kita menangani masalah yang kita hadapi sekarang dan memiliki pandangan yang positif setiap hari. Ajaran Bible dapat memulihkan kekuatan kita dan “menggembirakan hati” kita. (Mazmur 19:7, 8) Pada masa yang sama, Bible dapat membantu kita melihat tujuan Tuhan bagi manusia dan bumi pada masa depan. Harapan ini dapat memberi kita sukacita dan kepuasan yang berkekalan.

  • Biarlah orang lain membantu anda. Apabila kita berada dalam situasi yang nampaknya tiada harapan, kita mungkin ingin menyisihkan diri daripada keluarga atau kawan-kawan. Bible memberitahu kita bahawa tindakan sebegitu tidak bijak, kerana hal itu boleh mengakibatkan kita membuat keputusan yang kurang bijak atau bertindak dengan bodoh. (Amsal 18:1) Orang yang kita kasihi dapat membantu kita tetap bersikap munasabah. Mereka juga mungkin mempunyai nasihat yang berguna tentang cara menangani situasi yang susah. (Amsal 11:14) Selain itu, mereka dapat melegakan dan menghiburkan hati kita. Dengan itu, kita akan mendapat kekuatan untuk bertabah sehinggalah situasi kita menjadi lebih baik.—Amsal 12:25.

  • Berdoalah kepada Tuhan. Bible berkata, “Serahkanlah bebanmu kepada Yehuwa, dan Dia akan memeliharamu. Dia tidak sekali-kali membiarkan orang yang baik jatuh.”b (Mazmur 55:22) Yehuwa dipanggil sebagai “Tuhan yang memberi kamu harapan.” (Roma 15:13) Jadi, anda dapat berdoa dengan yakin bahawa Dia mengambil berat tentang anda dan dapat memberitahu-Nya “segala kekhuatiran” anda. (1 Petrus 5:7) Bible berkata, “Dia akan meneguhkan kamu, Dia akan menguatkan kamu, dan Dia akan mengukuhkan kamu.”—1 Petrus 5:10.

  • Biarlah cabaran mengukuhkan harapan anda. Bible berjanji, “Orang yang mendengarkan [Tuhan] akan hidup sejahtera. Mereka tidak perlu takut akan malapetaka.” (Amsal 1:33) Apabila rumahnya musnah akibat ribut siklon, seorang wanita di Australia yang bernama Margaret telah kehilangan banyak harta miliknya. Namun, dia tidak berasa putus asa. Sebaliknya, dia telah belajar satu pengajaran yang penting, iaitu harta benda hanyalah bersifat sementara. Sejak itu, dia lebih bertekad untuk bertumpu pada perkara yang benar-benar penting, iaitu keluarga dan kawan-kawannya, hubungannya dengan Tuhan, dan harapan yang dijanjikan Bible.—Mazmur 37:34; Yakobus 4:8.

Apakah harapan Bible bagi semua orang?

Bible menjanjikan masa depan yang cerah bagi manusia dan bumi. Hal ini akan berlaku tidak lama lagi. Masalah yang kita hadapi dewasa ini menunjukkan bahawa kita sedang hidup pada “hari-hari terakhir” dunia ini. (2 Timotius 3:1-5) Tidak lama lagi, Tuhan akan menguasai bumi dan menghapuskan semua ketidakadilan dan penderitaan. Dia akan melakukannya menerusi sebuah pemerintahan yang dipanggil Kerajaan Tuhan. (Daniel 2:44; Wahyu 11:15) Yesus merujuk kepada kerajaan ini yang terletak di syurga semasa mengucapkan doa ini: “Datanglah Kerajaan-Mu. Semoga kehendak-Mu terlaksana di bumi.”—Matius 6:9, 10.

Kehendak Tuhan jelas dinyatakan dalam Bible. Perhatikan beberapa masalah yang akan dilenyapkan oleh Kerajaan Tuhan:

  • Kelaparan. “Bumi akan mengeluarkan hasilnya.”—Mazmur 67:6.

  • Penyakit. “Tiada sesiapa pun di negeri itu yang akan berkata, ‘Aku sakit.’”—Yesaya 33:24.

  • Kematian. Tuhan akan “menyapu semua air mata [manusia], dan kematian tidak akan ada lagi. Ratapan, tangisan, dan kesakitan pun tidak akan ada lagi. Perkara-perkara yang lama sudah lenyap.”—Wahyu 21:3, 4.

a Kita mengharapkan sesuatu apabila kita menginginkan sesuatu dan percaya bahawa kita akan mendapatnya. Harapan juga boleh menjadi sesuatu yang kita nanti-nantikan atau benda yang diharapkan.

b Yehuwa ialah nama Tuhan seperti yang tercatat dalam Bible.—Mazmur 83:18.

Ayat-ayat Bible tentang harapan

Ayub 5:16: “Orang yang hina mempunyai harapan.”

Maksud: Mereka yang berasa diabaikan dapat yakin bahawa Tuhan akan membantu mereka apabila mereka memohon bantuan daripada-Nya.

Mazmur 27:14: “Berharaplah kepada Yehuwa. Jadilah berani dan kentalkanlah hatimu. Ya, berharaplah kepada Yehuwa.”

Maksud: Apabila kita berharap kepada Tuhan Yehuwa, kita akan menjadi kuat dan berani. Dia tidak akan meninggalkan orang yang percaya kepada-Nya.

Mazmur 62:5: “Aku menantikan Tuhan dengan sabar; Dialah sumber harapanku.”

Maksud: Mereka yang bergantung pada Tuhan dan bertabah mengharungi cabaran dapat yakin bahawa Dia akan mengakhiri semua cabaran pada masa yang tepat.

Amsal 20:22: “Janganlah berkata, ‘Aku akan membalas dendam!’ Berharaplah kepada Yehuwa, dan Dia akan menyelamatkan kamu.”

Maksud: Apabila seseorang menyakiti hati kita atau membuat kita marah, kita dapat melawan keinginan untuk membalas dendam sekiranya kita berharap kepada Yehuwa. Dia ingin dan mempunyai kuasa untuk menyelamatkan kita dan menghilangkan penderitaan yang kita alami.

Ibrani 6:19: “Harapan kita yang teguh dan pasti bagaikan sauh bagi jiwa kita.”

Maksud: Sauh dapat menstabilkan kapal semasa ribut. Begitu juga, harapan yang pasti bahawa Tuhan akan memberkati kita dapat mengurangkan kekhuatiran kita dan membantu kita tetap stabil secara mental, emosi, dan rohani. Harapan juga dapat menguatkan kita untuk bertabah semasa menghadapi kesusahan.

    Bahan Bacaan Bahasa Melayu (2004-2023)
    Log Keluar
    Log Masuk
    • Melayu
    • Kongsi
    • Pilihan
    • Copyright © 2026 Watch Tower Bible and Tract Society of Pennsylvania
    • Syarat Penggunaan
    • Polisi Privasi
    • Tetapan Privasi
    • JW.ORG
    • Log Masuk
    Kongsi