-
Cara Membuat Keputusan yang BijakNikmati Hidup Selama-Lamanya!—Kursus Perbincangan Bible
-
-
5. Hormati hati nurani orang lain
Pilihan setiap orang mungkin berbeza. Bagaimanakah kita dapat menghormati hati nurani orang lain? Lihatlah dua contoh berikut:
Contoh 1: Seorang saudari baru berpindah ke sidang lain. Banyak saudari di sidang itu rasa terganggu apabila melihat dia suka bersolek.
Baca Roma 15:1 dan 1 Korintus 10:23, 24, kemudian bincang soalan berikut:
Apakah mungkin keputusan saudari itu jika dia ikut nasihat dalam ayat-ayat ini? Walaupun hati nurani anda membenarkan anda melakukan sesuatu, apakah yang akan anda lakukan jika hati nurani orang lain terganggu?
Contoh 2: Seorang saudara tahu Bible tidak melarang kita minum alkohol, tapi dia memilih untuk tidak minum. Semasa di sebuah parti, dia melihat saudara-saudara lain minum alkohol.
Baca Pengkhutbah 7:16 dan Roma 14:1, 10, kemudian bincang soalan berikut:
Apakah mungkin keputusan saudara itu jika dia ikut nasihat dalam ayat-ayat ini? Apakah reaksi anda jika orang lain melakukan sesuatu yang mengganggu hati nurani anda?
Langkah untuk membuat keputusan yang bijak
1. Minta Yehuwa membantu anda membuat keputusan yang baik.—Yakobus 1:5.
2. Kajilah Bible dan bahan bacaan Bible untuk cari prinsip yang sesuai. Anda boleh dapatkan nasihat orang Kristian yang matang.
3. Fikirkan kesan keputusan anda terhadap hati nurani anda dan orang lain.
-
-
Gunakan Kurniaan Bercakap untuk Muliakan YehuwaNikmati Hidup Selama-Lamanya!—Kursus Perbincangan Bible
-
-
5. Bercakap baik tentang orang lain
Bagaimanakah kita dapat elakkan kata-kata yang menghina atau menyakiti hati orang? Mainkan VIDEO, kemudian bincang soalan berikut:
Mengapakah saudara dalam video ini ingin mengubah cara dia bercakap tentang orang lain?
Apakah langkah yang diambilnya untuk berubah?
Baca Pengkhutbah 7:16, kemudian bincang soalan berikut:
Bagaimanakah nasihat dalam ayat ini membantu kita apabila kita terasa ingin memburuk-burukkan orang lain?
Baca Pengkhutbah 7:21, 22, kemudian bincang soalan berikut:
Bagaimanakah ayat ini membantu anda mengawal reaksi diri apabila mendengar orang lain bercakap buruk tentang anda?
-