PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN Watchtower
PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN
Watchtower
Melayu
  • BIBLE
  • BAHAN BACAAN
  • PERJUMPAAN
  • lff pelajaran 19
  • Adakah Saksi-Saksi Yehuwa Orang Kristian Sejati?

Tiada video untuk bahagian ini.

Maaf, terdapat masalah memainkan video.

  • Adakah Saksi-Saksi Yehuwa Orang Kristian Sejati?
  • Nikmati Hidup Selama-Lamanya!—Kursus Perbincangan Bible
  • Tajuk Kecil
  • Bahan yang Berkaitan
  • KETAHUILAH
  • RINGKASAN
  • JOM BELAJAR
  • Cara Mengenal Pasti Orang Kristian Sejati
    Nikmati Hidup Selama-Lamanya!—Kursus Perbincangan Bible
  • Siapakah Tuhan?
    Nikmati Hidup Selama-Lamanya!—Kursus Perbincangan Bible
  • Mengapakah Kami Digelar Saksi-Saksi Yehuwa?
    Siapakah yang Sedang Melakukan Kehendak Yehuwa?
  • Bagaimanakah Kerja Penyebaran Dijalankan?
    Nikmati Hidup Selama-Lamanya!—Kursus Perbincangan Bible
Lihat Selanjutnya
Nikmati Hidup Selama-Lamanya!—Kursus Perbincangan Bible
lff pelajaran 19
Pelajaran 19. Saksi-Saksi Yehuwa bercakap kepada satu sama lain di luar Dewan Perjumpaan.

PELAJARAN 19

Adakah Saksi-Saksi Yehuwa Orang Kristian Sejati?

Edisi Cetak
Edisi Cetak
Edisi Cetak

Sebagai Saksi-Saksi Yehuwa, kami percaya kami ialah orang Kristian sejati. Mengapa? Belajarlah tentang asas kepercayaan kami, nama kami, dan bagaimana kami menunjukkan kasih kepada satu sama lain.

1. Apakah asas kepercayaan Saksi-Saksi Yehuwa?

Yesus kata, “Firman [Tuhan] ialah kebenaran.” (Yohanes 17:17) Seperti Yesus, kepercayaan Saksi-Saksi Yehuwa adalah berdasarkan Bible. Pada hujung abad ke-19, Pelajar Bible (kini dikenali sebagai Saksi-Saksi Yehuwa) telah mengkaji Firman Tuhan dengan teliti untuk mengetahui kebenaran Bible. Mereka berpegang pada ajaran Bible walaupun hal itu bercanggah dengan ajaran gereja. Selepas itu, mereka mengongsi apa yang dipelajari dengan orang lain.a

2. Mengapakah kami dipanggil Saksi-Saksi Yehuwa?

Yehuwa memanggil penyembah-Nya sebagai saksi-saksi-Nya kerana mereka memberitahu orang kebenaran tentang-Nya. (Ibrani 11:4–12:1) Sebagai contoh, pada zaman dahulu, Tuhan memberitahu umat-Nya, “Kamu ialah saksi-saksi-Ku.” (Baca Yesaya 43:10.) Yesus juga dipanggil “Saksi yang Setia.” (Wahyu 1:5) Maka pada tahun 1931, kami mula menggunakan nama Saksi-Saksi Yehuwa. Kami bangga menyandang nama itu.

3. Bagaimanakah kami meniru kasih Yesus?

Yesus mengasihi pengikutnya dan menganggap mereka sebagai keluarganya. (Baca Markus 3:35.) Saksi-Saksi Yehuwa juga merupakan sebuah keluarga rohani yang besar. Oleh itu, kami memanggil rakan seiman sebagai “Saudara” dan “Saudari.” (Filemon 1, 2) Sebagai sebuah keluarga antarabangsa yang bersatu padu, kami saling membantu terutamanya pada masa yang susah. Itulah salah satu cara kami menunjukkan kami ‘mengasihi semua saudara seiman.’​—1 Petrus 2:17.

KETAHUILAH

Kajilah sejarah Saksi-Saksi Yehuwa. Lihatlah bukti yang menunjukkan bahawa kami ialah orang Kristian sejati.

Kolaj: Saksi-Saksi Yehuwa sedang menginjil. 1. Seorang saudari membaca dan membincangkan ayat Bible dengan seorang wanita. 2. Semasa kesaksian awam, seorang saudara mengongsi ajaran Bible kepada seorang lelaki.

Kepercayaan orang Kristian sejati adalah berdasarkan Bible dan mereka mengongsi kebenaran dengan orang lain

4. Ajaran kami berdasarkan Bible

Yehuwa menubuatkan bahawa kebenaran Bible akan diketahui orang. Baca Daniel 12:4 dan nota kaki, kemudian bincang soalan berikut:

  • Apakah yang “akan berlimpah-limpah” apabila umat Tuhan berusaha mengkaji Bible?

Lihat bagaimana Pelajar Bible, termasuk Charles Russell, berusaha mengkaji Firman Tuhan. Mainkan VIDEO, kemudian bincang soalan berikut:

VIDEO: Menemui Semula Kebenaran Bible (7:45)

  • Berdasarkan video, bagaimanakah Charles Russell dan Pelajar Bible mengkaji Bible?

Tahukah anda?

Sesetengah kepercayaan kami pernah dikemaskinikan. Mengapa? Sebagaimana matahari waktu pagi makin lama makin terang, Tuhan juga menyinarkan cahaya kebenaran secara beransur-ansur. (Baca Amsal 4:18.) Jadi biarpun Bible tidak berubah, kepercayaan kami mungkin perlu disesuaikan apabila pemahaman kami terhadap kebenaran Bible menjadi semakin jelas.

5. Kami hidup selaras dengan nama kami

Mengapakah kami menggunakan nama Saksi-Saksi Yehuwa? Mainkan VIDEO, kemudian bincang soalan berikut:

VIDEO: Nama untuk Umat Tuhan (2:40)

  • Mengapakah nama Saksi-Saksi Yehuwa sesuai untuk kami?

Sepanjang sejarah manusia, banyak dusta telah disebarkan tentang Tuhan. Maka, umat Tuhan dapat menjadi saksi-saksi-Nya dan memberitahu orang kebenaran tentang-Nya. Perhatikan dua dusta berikut:

Sesetengah agama mengajar bahawa Tuhan mahu kita menggunakan patung dan lambang untuk menyembah-Nya. Baca Imamat 26:1, kemudian bincang soalan berikut:

  • Apakah kebenaran tentang hal ini? Apakah perasaan Yehuwa terhadap berhala?

Sesetengah orang mengajar bahawa Yesus ialah Tuhan yang benar. Baca Yohanes 20:17, kemudian bincang soalan berikut:

  • Apakah kebenaran tentang hal ini? Adakah Tuhan dan Yesus sama?

  • Yehuwa mengutus para Saksi untuk mengajar anda kebenaran tentang diri-Nya dan Anak-Nya. Apakah perasaan anda tentang hal ini?

6. Kami saling mengasihi

Bible kata sidang Kristian adalah satu tubuh dengan banyak anggota. Baca 1 Korintus 12:25, 26, kemudian bincang soalan berikut:

  • Apakah perasaan orang Kristian sejati apabila rakan seiman mereka menderita?

  • Pernahkah anda melihat Saksi-Saksi Yehuwa menunjukkan kasih kepada rakan seiman? Apakah contoh yang dapat anda fikirkan?

Apabila Saksi-Saksi Yehuwa di satu negara mengalami kesusahan, rakan seiman di seluruh dunia akan segera memberikan bantuan. Mainkan VIDEO untuk lihat satu contoh. Kemudian bincang soalan berikut:

VIDEO: Haiti—Mengharungi Taufan Matthew dengan Tabah (5:30)

  • Bagaimanakah bantuan bencana yang diberikan membuktikan kasih mereka?

Dua orang Saksi membantu seorang ibu dan anaknya yang baru ditimpa bencana alam. Mereka memberikan selimut dan air kepada ibu dan anak itu.

Orang Kristian sejati menunjukkan kasih kepada orang yang susah

ADA ORANG KATA: “Saksi-Saksi Yehuwa ialah agama baharu.”

  • Sejak bilakah Yehuwa memanggil penyembah-Nya sebagai saksi-saksi-Nya?

RINGKASAN

Saksi-Saksi Yehuwa ialah orang Kristian sejati. Kami sebuah keluarga rohani antarabangsa. Kepercayaan kami adalah berdasarkan Bible dan kami memberitahu orang lain kebenaran tentang Yehuwa.

Ulang Kaji

  • Mengapakah kami dipanggil Saksi-Saksi Yehuwa?

  • Bagaimanakah kami melayan satu sama lain?

  • Pada pendapat anda, adakah Saksi-Saksi Yehuwa orang Kristian sejati?

Matlamat

JOM BELAJAR

Belajarlah tentang sejarah Saksi-Saksi Yehuwa.

Saksi-Saksi Yehuwa​—Mereka Menunjukkan Iman, Bahagian 1: Keluar daripada Kegelapan (1:00:53)

Lihatlah contoh ajaran palsu yang didedahkan oleh Saksi-Saksi Yehuwa.

Umat Tuhan Memuliakan Nama-Nya (7:08)

Dapatkan jawapan bagi soalan anda tentang Saksi-Saksi Yehuwa.

“Soalan Lazim tentang Saksi-Saksi Yehuwa” (halaman web)

Stephen membenci orang daripada bangsa lain dan bertindak ganas terhadap mereka. Lihatlah apa yang mendorongnya untuk berubah.

“Kehidupan Saya Makin Hari Makin Teruk” (Menara Pengawal, 1 Julai 2015)

a Majalah utama kami, iaitu Menara Pengawal, diterbitkan sejak tahun 1879 dan menjelaskan kebenaran Bible.

    Bahan Bacaan Bahasa Melayu (2004-2023)
    Log Keluar
    Log Masuk
    • Melayu
    • Kongsi
    • Pilihan
    • Copyright © 2026 Watch Tower Bible and Tract Society of Pennsylvania
    • Syarat Penggunaan
    • Polisi Privasi
    • Tetapan Privasi
    • JW.ORG
    • Log Masuk
    Kongsi