-
Pertanyaan PembacaMenara Pengawal (Pembelajaran)—2016 | Mac
-
-
Pertama, Yehezkiel nampak bahawa tulang-tulang itu “sangat kering.” (Yeh. 37:2, 11) Hal ini bererti bahawa mereka sudah lama mati. Kedua, Yehezkiel nampak bahawa orang mati itu hidup semula secara perlahan-lahan, bukannya tiba-tiba. Dia “mendengar bunyi berderak-derik, lalu tulang-tulang itu mula bersambung antara satu sama lain.” Kemudian, “tulang-tulang itu mula berurat dan berotot, lalu diliputi kulit.” Selepas itu, nafas dihembuskan “ke dalam tubuh-tubuh itu sehingga tubuh-tubuh itu hidup.” Akhirnya, selepas mereka hidup semula, Yehuwa memberi mereka tanah untuk didiami. Semua ini memerlukan masa.—Yeh. 37:7-10, 14.
-
-
Pertanyaan PembacaMenara Pengawal (Pembelajaran)—2016 | Mac
-
-
Kemudian sekitar 1870-an, tulang-tulang itu mula berurat dan berotot, lalu diliputi kulit. Charles Taze Russell dan sahabat-sahabatnya berusaha untuk mencari kebenaran Bible dan menyembah Yehuwa. Mereka juga membantu orang lain memahami kebenaran melalui majalah Zion’s Watch Tower dan bahan bacaan lain. Kemudian, “Drama-Foto Penciptaan” ditayangkan pada tahun 1914 dan buku The Finished Mystery diterbitkan pada tahun 1917. Semua ini menguatkan iman umat Tuhan. Pada tahun 1919, mereka seperti dihidupkan semula dan diberikan tanah untuk didiami. Sejak itu, orang yang mempunyai harapan untuk hidup selama-lamanya di bumi menyertai kaum terurap. Mereka semua menyembah Yehuwa dan menjadi “satu pasukan tentera yang besar.”—Yeh. 37:10; Za. 8:20-23.b
-