PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN Watchtower
PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN
Watchtower
Melayu
  • BIBLE
  • BAHAN BACAAN
  • PERJUMPAAN
  • jy bab 28 ms. 70-ms. 71 per. 6
  • Mengapakah Murid-Murid Yesus Tidak Berpuasa?

Tiada video untuk bahagian ini.

Maaf, terdapat masalah memainkan video.

  • Mengapakah Murid-Murid Yesus Tidak Berpuasa?
  • Yesus—Jalan, Kebenaran, dan Kehidupan
  • Bahan yang Berkaitan
  • Apakah Pandangan Bible tentang Berpuasa?
    Jawapan kepada Soalan Bible
Yesus—Jalan, Kebenaran, dan Kehidupan
jy bab 28 ms. 70-ms. 71 per. 6
Murid-murid Yohanes bertanya tentang amalan berpuasa

BAB 28

Mengapakah Murid-Murid Yesus Tidak Berpuasa?

MATIUS 9:14-17 MARKUS 2:18-22 LUKAS 5:33-39

  • MURID-MURID YOHANES BERTANYA TENTANG AMALAN BERPUASA

Yohanes Pembaptis dipenjarakan tidak lama selepas Perayaan Paska tahun 30 M. Dia mahu murid-muridnya mengikut Yesus, tetapi bukan semua muridnya mahu berbuat demikian selepas dia dipenjarakan.

Sekarang ialah musim Paska tahun 31 M. Beberapa orang murid Yohanes datang kepada Yesus dan bertanya, “Mengapakah kami dan orang Farisi sering berpuasa, tetapi murid-muridmu tidak berpuasa?” (Matius 9:14) Berpuasa merupakan sebahagian daripada ibadat orang Farisi. Pada kemudian hari, Yesus bahkan memberikan perumpamaan tentang seorang Farisi yang sombong. Orang Farisi itu berdoa, ‘Ya Tuhan, aku bersyukur kepada-Mu kerana aku tidak seperti orang lain. Aku berpuasa dua kali seminggu.’ (Lukas 18:11, 12) Murid-murid Yohanes juga sering berpuasa. Mereka mungkin berpuasa untuk menunjukkan bahawa mereka sangat sedih kerana Yohanes dipenjarakan. Jadi mereka hairan kerana murid-murid Yesus tidak turut berpuasa.

Yesus menjawab mereka dengan berkata, “Semasa pengantin lelaki masih bersama sahabat-sahabatnya, adakah mereka berdukacita? Tentu tidak! Tetapi masanya akan tiba apabila pengantin lelaki diambil daripada mereka. Pada waktu itulah mereka akan berpuasa.”​—Matius 9:15.

Sebelum ini, Yohanes memanggil Yesus seorang pengantin lelaki dalam perumpamaannya. (Yohanes 3:28, 29) Jadi pengantin lelaki yang dimaksudkan oleh Yesus ialah dirinya sendiri. Semasa dia masih hidup, murid-muridnya tidak akan berpuasa, tetapi selepas dia mati, murid-muridnya akan berpuasa kerana berasa sedih. Kemudian, selepas dia dibangkitkan, mereka tidak lagi bersedih dan mereka tidak perlu berpuasa.

Yesus juga memberikan dua perumpamaan berikut: “Tiada orang yang mengambil kain baharu untuk menampal pakaian yang lama, kerana kain baharu itu akan mengecut dan mengakibatkan koyakan yang lebih besar. Demikian juga, orang tidak akan menyimpan wain baharu dalam kirbat lama. Jika tidak, kirbat akan pecah, wain akan tumpah, dan kirbat itu pun rosak. Sebaliknya orang selalu menyimpan wain baharu dalam kirbat baharu.” (Matius 9:16, 17) Apakah maksud perumpamaan ini?

Yesus mahu membantu murid-murid Yohanes untuk memahami bahawa adat-adat agama Yahudi, seperti adat berpuasa, tidak lagi mendapat perkenan Tuhan dan akan dimansuhkan. Ibadat mereka itu sarat dengan adat istiadat manusia dan bagaikan pakaian lama yang sudah koyak. Sememangnya, Yesus tidak akan “mengambil kain baharu untuk menampal pakaian yang lama” atau “menyimpan wain baharu dalam kirbat lama” yang sudah keras.

PERUMPAMAAN YESUS

Kirbat

Yesus menggunakan perumpamaan yang senang difahami oleh pendengarnya. Dia bercakap tentang kain baharu yang ditampal pada pakaian yang lama. Kain baharu itu akan mengecut selepas dicuci dan mengakibatkan koyakan yang lebih besar.

Yesus juga bercakap tentang wain yang disimpan dalam kirbat, atau kantung, yang diperbuat daripada kulit binatang. Kirbat lama akan mengecut dan kehilangan kelenturannya. Jika wain baharu yang sedang menapai dimasukkan ke dalam kirbat sebegitu, kirbat itu akan pecah.

  • Pada zaman Yesus, siapakah yang sering berpuasa? Mengapa?

  • Mengapakah murid Yesus tidak berpuasa? Pada kemudian hari, mengapakah mereka berpuasa?

  • Apakah maksud perumpamaan-perumpamaan yang digunakan oleh Yesus?

    Bahan Bacaan Bahasa Melayu (2004-2023)
    Log Keluar
    Log Masuk
    • Melayu
    • Kongsi
    • Pilihan
    • Copyright © 2026 Watch Tower Bible and Tract Society of Pennsylvania
    • Syarat Penggunaan
    • Polisi Privasi
    • Tetapan Privasi
    • JW.ORG
    • Log Masuk
    Kongsi