-
“Kamu Mesti Menyembah Yehuwa, Tuhanmu”Ibadat Sejati kepada Yehuwa Akhirnya Dipulihkan!
-
-
3, 4. (a) Dua godaan Syaitan yang pertama bermula dengan kata-kata apa? Syaitan ingin Yesus meragui apa? (b) Apakah muslihat sama yang digunakan Syaitan pada hari ini?
3 Baca Matius 4:1-7. Dua godaan Syaitan yang pertama bermula dengan kata-kata licik ini: “Jika kamu anak Tuhan.” Adakah Syaitan meragui bahawa Yesus ialah Anak Tuhan? Pasti tidak. Si Pemberontak itu tahu bahawa Yesus ialah Anak sulung Tuhan. (Kol. 1:15) Syaitan juga pasti tahu bahawa semasa Yesus dibaptis, Yehuwa berfirman dari syurga, “Inilah Anak-Ku yang Aku kasihi. Aku berkenan kepadanya.” (Mat. 3:17) Syaitan mungkin ingin Yesus meragui sama ada Bapanya dapat dipercayai dan benar-benar prihatin terhadapnya atau tidak. Bagi godaan Syaitan yang pertama, iaitu untuk menukar batu menjadi roti, Syaitan sebenarnya sedang berkata, “Bukankah kamu Anak Tuhan? Jadi mengapa Bapamu tidak memberimu makanan di padang belantara ini?” Bagi godaan kedua, iaitu untuk terjun dari puncak tembok Rumah Tuhan, Syaitan sebenarnya bermaksud, “Bukankah kamu Anak Tuhan? Kamu betul-betul percayakah Bapamu akan melindungimu?”
-
-
“Kamu Mesti Menyembah Yehuwa, Tuhanmu”Ibadat Sejati kepada Yehuwa Akhirnya Dipulihkan!
-
-
5. Bagaimanakah Yesus menjawab dua godaan Syaitan yang pertama?
5 Semasa Yesus digoda, dia tetap yakin akan kasih Bapanya dan benar-benar percaya kepada Bapanya. Tanpa ragu-ragu, Yesus segera menolak godaan Syaitan dengan memetik Firman Tuhan. Ayat-ayat yang digunakan oleh Yesus juga mengandungi nama Tuhan, iaitu Yehuwa. (Ul. 6:16; 8:3) Nama Yehuwa ialah jaminan bahawa Dia akan menunaikan semua janji-Nya. Maka dengan menggunakan nama Bapanya, Yesus membuktikan bahawa dia mempercayai Bapanya.a
-