PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN Watchtower
PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN
Watchtower
Melayu
  • BIBLE
  • BAHAN BACAAN
  • PERJUMPAAN
  • Dua Perumpamaan tentang Ladang Anggur
    Yesus—Jalan, Kebenaran, dan Kehidupan
    • Kemudian Yesus menceritakan perumpamaan yang kedua untuk menunjukkan bahawa para pemimpin agama bukan sahaja tidak menyembah Tuhan, mereka bahkan juga jahat. Dia berkata bahawa seorang lelaki menanam anggur dan mendirikan pagar di sekeliling ladangnya. Kemudian dia menyewakan ladang itu kepada beberapa orang peladang lalu berangkat ke luar negeri. Apabila musim anggur tiba, dia berkali-kali mengutus hamba-hambanya kepada para peladang itu untuk menerima sebahagian daripada hasil ladang anggur. Tetapi hamba-hamba itu ditangkap, dipukul, dihina, dan ada yang dibunuh.​—Markus 12:1-5.

      Perumpamaan itu mungkin mengingatkan para pendengar Yesus tentang kata-kata Yesaya yang berbunyi, “Israel ialah ladang anggur Yehuwa, ketua angkatan syurga; orang Yehuda ialah pokok anggur yang disukai-Nya. Dia mengharapkan mereka berlaku adil, tetapi mereka berlaku tidak adil.” (Yesaya 5:7) Dalam perumpamaan Yesus, Yehuwa ialah pemilik ladang. Dia telah “mendirikan pagar,” iaitu memberikan Hukum-Nya, untuk melindungi “ladang-Nya,” iaitu bangsa Israel. Dia telah mengutus nabi-nabi-Nya untuk mengajar bangsa itu dan membantu mereka menghasilkan buah yang baik.

  • Dua Perumpamaan tentang Ladang Anggur
    Yesus—Jalan, Kebenaran, dan Kehidupan
    • Tanpa disedari, mereka menjatuhkan hukuman atas diri sendiri, kerana merekalah “para peladang” yang dimaksudkan itu. Mereka sepatutnya beriman kepada Anak Tuhan, iaitu Mesias, tetapi mereka tidak berbuat demikian. Maka Yesus berkata kepada mereka, “Belum pernahkah kamu membaca ayat suci ini yang menyatakan, ‘Batu yang dibuang oleh para pembina bangunan telah menjadi batu penjuru yang utama. Batu ini berasal daripada Yehuwa dan betapa indahnya batu ini di mata kita’?” (Markus 12:10, 11) Kemudian dia menyambung, “Inilah sebabnya aku berkata kepada kamu bahawa Kerajaan Tuhan akan diambil daripada kamu dan diserahkan kepada bangsa yang melakukan kehendak Tuhan.”​—Matius 21:43.

Bahan Bacaan Bahasa Melayu (2004-2023)
Log Keluar
Log Masuk
  • Melayu
  • Kongsi
  • Pilihan
  • Copyright © 2026 Watch Tower Bible and Tract Society of Pennsylvania
  • Syarat Penggunaan
  • Polisi Privasi
  • Tetapan Privasi
  • JW.ORG
  • Log Masuk
Kongsi