PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN Watchtower
PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN
Watchtower
Melayu
  • BIBLE
  • BAHAN BACAAN
  • PERJUMPAAN
  • Bilakah Kerajaan Tuhan Akan Memerintah Bumi?
    Menara Pengawal (Umum)—2020 | No. 2
    • Yesus berkata, “Satu bangsa akan menyerang bangsa yang lain, dan satu kerajaan akan menyerang kerajaan yang lain. Gempa bumi yang dahsyat akan berlaku. Selain itu, kebuluran dan wabak akan terjadi secara berturut-turut di merata tempat.” (Lukas 21:10, 11) Apabila semua peristiwa itu berlaku dengan serentak, itulah tandanya bahawa “Kerajaan Tuhan sudah dekat.” Adakah peristiwa-peristiwa itu berlaku pada waktu yang sama di serata dunia? Perhatikan buktinya.

  • Bilakah Kerajaan Tuhan Akan Memerintah Bumi?
    Menara Pengawal (Umum)—2020 | No. 2
    • 2. GEMPA BUMI

      Gempa bumi yang membuat bangunan retak.

      Menurut Britannica Academic, setiap tahun, terdapat kira-kira 100 gempa bumi yang cukup kuat untuk mengakibatkan “kerosakan besar.” Laporan United States Geological Survey menyatakan, “Berdasarkan laporan selama ini (dari sekitar tahun 1900), 16 gempa bumi yang besar dijangka akan berlaku setiap tahun.” Sesetengah orang berkata bahawa gempa bumi nampaknya semakin kerap berlaku kerana adanya alat pengesan gegaran yang lebih canggih. Namun, hakikatnya ialah gempa bumi di serata dunia telah mengakibatkan banyak penderitaan dan kematian.

      3. KEKURANGAN MAKANAN

      Graf yang menunjukkan hasil gandum yang berkurang.

      Masalah kekurangan makanan berlaku di serata dunia kerana peperangan, rasuah, keruntuhan ekonomi, atau kerana tanaman tidak mengeluarkan hasil yang mencukupi. Laporan Program Makanan Sedunia tahun 2018 menyatakan, “Di serata dunia, sebanyak 821 juta orang tidak mendapat makanan yang cukup, dan 124 juta orang kebuluran.” Setiap tahun, masalah kekurangan zat menyebabkan kematian kira-kira 3.1 juta orang kanak-kanak. Pada tahun 2011, masalah itu merupakan punca kira-kira 45 peratus kes kematian kanak-kanak di seluas dunia.

      4. WABAK PENYAKIT

      Simbol bakteria dan biokimia yang berbahaya.

      Sebuah bahan bacaan Pertubuhan Kesihatan Sedunia menyatakan, “Banyak wabak yang teruk telah berlaku pada abad ke-21. Penyakit lama seperti kolera (taun), wabak maut hitam, dan demam kuning, telah timbul semula, manakala penyakit baharu seperti SARS, wabak influenza, MERS, Ebola, dan Zika, telah muncul.” Baru-baru ini, terdapat juga pandemik COVID-19. Biarpun bidang perubatan semakin canggih, doktor dan ahli sains masih tidak dapat mencari penawar bagi semua wabak penyakit.

Bahan Bacaan Bahasa Melayu (2004-2023)
Log Keluar
Log Masuk
  • Melayu
  • Kongsi
  • Pilihan
  • Copyright © 2026 Watch Tower Bible and Tract Society of Pennsylvania
  • Syarat Penggunaan
  • Polisi Privasi
  • Tetapan Privasi
  • JW.ORG
  • Log Masuk
Kongsi