-
“Pembebasan Kamu Sudah Dekat”!Menara Pengawal—2015 | 15 Julai
-
-
2. Apakah yang harus dilakukan oleh orang Kristian pada tahun 66 M? Apakah peristiwa yang membolehkan mereka terselamat?
2 Bertahun-tahun sebelum itu, Yesus sudah memberikan arahan mengenai peristiwa ini. Dia berkata, “Apabila kamu nampak Yerusalem dikepung oleh tentera, ketahuilah bahawa kota itu akan dimusnahkan dengan segera. Pada masa itu, hendaklah mereka yang berada di Yudea melarikan diri ke kawasan pergunungan, dan hendaklah mereka yang berada di Yerusalem keluar dari sana. Mereka yang berada di kawasan pekan pula janganlah memasuki kota itu.” (Luk. 21:20, 21) Memandangkan askar Roma masih mengepung kota itu, bagaimanakah mereka dapat meninggalkan Yerusalem? Sebenarnya sesuatu yang menakjubkan telah berlaku. Tentera Roma tiba-tiba berundur dari Yerusalem! Seperti yang dikatakan Yesus, tempoh masa serangan mereka telah “dipendekkan.” (Mat. 24:22) Hal itu membuka peluang kepada orang Kristian yang setia untuk melarikan diri ke kawasan pergunungan.a Kemudian pada tahun 70 M, tentera Roma kembali dan memusnahkan kota Yerusalem. Namun semua yang mengikut arahan Yesus telah diselamatkan.
-
-
“Pembebasan Kamu Sudah Dekat”!Menara Pengawal—2015 | 15 Julai
-
-
MASA UNTUK DIUJI DAN DIHAKIMI
7, 8. Apakah yang harus kita lakukan selepas pembinasaan agama palsu? Apakah yang membezakan umat Tuhan daripada orang lain pada masa itu?
7 Apakah yang akan berlaku selepas pembinasaan agama palsu? Pada masa itu, hati kita akan diuji. Ramai manusia akan mencari perlindungan daripada organisasi manusia yang dianggap sebagai “batu di kawasan pergunungan.” (Why. 6:15-17) Namun, umat Yehuwa akan mencari perlindungan daripada-Nya. Pada abad pertama, tempoh serangan telah “dipendekkan.” Namun itu bukan masanya bagi semua orang Yahudi untuk memeluk agama Kristian secara tiba-tiba. Sebaliknya, itulah masanya bagi orang yang sudah memeluk agama Kristian untuk melarikan diri dari Yerusalem seperti yang diarahkan oleh Yesus. Begitu juga pada masa depan, apabila tempoh serangan terhadap Babilon Besar “dipendekkan,” kita tidak harus menjangka bahawa ramai orang akan tiba-tiba menjadi orang Kristian sejati. Sebaliknya, itulah masanya bagi semua penyembah sejati untuk membuktikan kasih mereka kepada Yehuwa dan menyokong kaum terurap.—Mat. 25:34-40.
8 Kita tidak tahu apa sebenarnya yang akan berlaku pada masa itu. Namun, kita tahu bahawa masa itu sangat susah dan kita mungkin perlu membuat pengorbanan. Pada abad pertama, orang Kristian terpaksa meninggalkan rumah mereka dan mengharungi pelbagai cabaran agar terselamat. (Mrk. 13:15-18) Maka kita boleh menanya diri: “Adakah saya rela mengorbankan harta benda saya? Adakah saya rela melakukan apa sahaja supaya dapat tetap setia kepada Yehuwa?” Pada masa itu, kita berbeza daripada orang lain. Seperti nabi Daniel, hanya kitalah yang menyembah Yehuwa tidak kira apa yang berlaku.—Dan. 6:11, 12.
-