-
Apakah Itu Pembaptisan?Jawapan kepada Soalan Bible
-
-
Dibaptis dengan kuasa suci Tuhan. Yohanes Pembaptis dan Yesus Kristus pernah menyebut tentang pembaptisan yang dilakukan dengan kuasa suci Tuhan. (Matius 3:11; Lukas 3:16; Kisah 1:1-5) Pembaptisan itu berbeza daripada pembaptisan yang dilakukan atas nama kuasa suci Tuhan. (Matius 28:19) Mengapa?
Hanya segelintir pengikut Yesus yang dibaptis dengan kuasa suci Tuhan. Mereka diurapi kuasa suci Tuhan dan dipanggil untuk menjadi raja dan imam bersama Yesus di syurga.f (1 Petrus 1:3, 4; Wahyu 5:9, 10) Bersama Yesus, mereka akan memerintah berjuta-juta pengikut Yesus yang akan hidup selama-lamanya di bumi firdaus.—Matius 5:5; Lukas 23:43.
-
-
Apakah Itu Pembaptisan?Jawapan kepada Soalan Bible
-
-
Dibaptis dengan api. Yohanes Pembaptis memberitahu para pendengarnya, “[Yesus] akan membaptis kamu dengan kuasa suci Tuhan dan api. . . . Tangannya memegang nyiru untuk menampi. Dia akan membersihkan tempat mengirik gandum dan mengumpulkan gandum yang bersih di dalam jelapang, tetapi dia akan membakar sekam di dalam api yang tidak dapat dipadamkan.” (Matius 3:11, 12) Perhatikan bahawa pembaptisan dengan api berbeza daripada pembaptisan dengan kuasa suci Tuhan. Apakah perbezaannya?
Gandum melambangkan orang yang sudi mendengar ajaran Yesus dan mematuhinya. Mereka berpeluang dibaptis dengan kuasa suci Tuhan. Sekam pula melambangkan orang yang enggan mendengar Yesus. Mereka akan dibaptis dengan api, iaitu dibinasakan buat selama-lamanya.—Matius 3:7-12; Lukas 3:16, 17.
-