PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN Watchtower
PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN
Watchtower
Melayu
  • BIBLE
  • BAHAN BACAAN
  • PERJUMPAAN
  • “Kamu Akan Menjadi Saksi-Saksiku”
    ‘Berikan Kesaksian yang Menyeluruh tentang Kerajaan Tuhan’
    • 14, 15. (a) Apakah yang dikatakan dua malaikat sejurus selepas Yesus diangkat ke langit, dan apakah maksudnya? (Lihat juga nota kaki.) (b) Mengapakah kita yakin bahawa Yesus kembali “dengan cara yang sama” seperti dia meninggalkan bumi?

      14 Seperti yang dibincangkan di awal bab ini, apabila Yesus diangkat ke langit, dia hilang daripada pandangan orang. Namun, 11 orang rasul Yesus terus berdiri di sana dan memandang ke langit. Kemudian, dua malaikat muncul dan berkata kepada mereka, “Orang Galilea, mengapakah kamu berdiri sambil memandang ke langit? Yesus, yang telah diangkat ke langit, akan datang dengan cara yang sama seperti yang kamu lihat semasa dia naik ke langit.” (Kis. 1:11) Adakah para malaikat bermaksud bahawa Yesus akan kembali dalam tubuh yang sama, seperti yang diajarkan oleh sesetengah agama? Tidak. Bagaimanakah kita tahu?

      15 Malaikat kata bahawa Yesus akan kembali, bukan dalam tubuh yang sama, tetapi “dengan cara yang sama.”b Apakah caranya Yesus meninggalkan bumi? Apabila malaikat sedang bercakap, Yesus tidak lagi kelihatan. Hanya beberapa orang, iaitu para rasul, yang memahami bahawa Yesus telah meninggalkan bumi dan sedang menuju kepada Bapanya di syurga. Cara Yesus kembali juga adalah sama. Hari ini, hanya orang yang memiliki pemahaman rohani memahami bahawa Yesus sudah hadir sebagai Raja yang berkuasa. (Luk. 17:20) Kita perlu memahami bukti kehadiran Yesus dan mengongsikannya kepada orang lain supaya mereka faham betapa mendesaknya zaman kita ini.

  • “Kamu Akan Menjadi Saksi-Saksiku”
    ‘Berikan Kesaksian yang Menyeluruh tentang Kerajaan Tuhan’
    • b Di ayat ini, Bible menggunakan perkataan Yunani troʹpos, yang bermaksud “cara,” dan bukannya mor·pheʹ, yang bermaksud “bentuk.”

Bahan Bacaan Bahasa Melayu (2004-2023)
Log Keluar
Log Masuk
  • Melayu
  • Kongsi
  • Pilihan
  • Copyright © 2026 Watch Tower Bible and Tract Society of Pennsylvania
  • Syarat Penggunaan
  • Polisi Privasi
  • Tetapan Privasi
  • JW.ORG
  • Log Masuk
Kongsi