-
“Tuhan Tidak Berat Sebelah”‘Berikan Kesaksian yang Menyeluruh tentang Kerajaan Tuhan’
-
-
1-3. Apakah penglihatan yang diterima oleh Petrus? Mengapakah kita perlu memahami maksudnya?
PADA musim luruh tahun 36 M, Petrus sedang berada di atas bumbung sebuah rumah untuk berdoa. Rumah itu terletak di kota pelabuhan di Yope. Dia telah menjadi tetamu di rumah itu untuk beberapa hari. Sebenarnya, kesudiannya untuk tinggal di situ sedikit sebanyak mencerminkan sikapnya yang tidak berprasangka. Pemilik rumah itu yang bernama Simon ialah seorang penyamak kulit, dan bukan semua orang Yahudi akan sudi tinggal dengan orang yang melakukan kerja seperti itu.a Meskipun demikian, Petrus akan belajar satu pengajaran penting berkenaan sikap Yehuwa yang tidak berat sebelah.
-
-
“Tuhan Tidak Berat Sebelah”‘Berikan Kesaksian yang Menyeluruh tentang Kerajaan Tuhan’
-
-
a Sesetengah orang Yahudi memandang rendah kepada penyamak kulit. Hal ini kerana pekerjaan sebegitu menyebabkan mereka sering menyentuh kulit dan bangkai binatang, atau benda-benda najis lain yang diperlukan untuk kerjanya. Penyamak kulit juga dianggap tidak layak untuk masuk ke Rumah Tuhan. Selain itu, jarak tempat perniagaan mereka tidak boleh kurang daripada 50 hasta, atau kira-kira 22 m, dari sebuah pekan. Hal ini menjelaskan mengapa rumah Simon “terletak di tepi laut.”—Kis. 10:6.
-