PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN Watchtower
PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN
Watchtower
Melayu
  • BIBLE
  • BAHAN BACAAN
  • PERJUMPAAN
  • Hargai Kurniaan Nyawa
    Nikmati Hidup Selama-Lamanya!—Kursus Perbincangan Bible
    • 3. Jaga kesihatan anda

      Apabila kita membaktikan diri kepada Yehuwa, kita berjanji untuk menggunakan kehidupan, nyawa, dan tubuh kita untuk berkhidmat kepada-Nya. Baca Roma 12:1, 2, kemudian bincang soalan berikut:

      • Mengapakah anda patut menjaga kesihatan anda?

      • Bagaimanakah anda dapat berbuat demikian?

      Seorang wanita yang hamil bercakap dengan doktornya.
  • Adakah Anda Bersedia untuk Dibaptis?
    Nikmati Hidup Selama-Lamanya!—Kursus Perbincangan Bible
    • Pelajaran 47. Seorang pelajar Bible fikir sama ada dia patut dibaptis semasa melihat orang lain dibaptis di perhimpunan.

      PELAJARAN 47

      Adakah Anda Bersedia untuk Dibaptis?

      Setakat ini, anda sudah belajar banyak tentang Yehuwa dan anda mungkin telah membuat banyak perubahan dalam hidup anda. Namun, bagaimana jika ada sesuatu yang menghalang anda daripada membaktikan diri kepada Yehuwa dan dibaptis? Pelajaran ini akan membincangkan sesetengah cabaran dan cara untuk mengatasinya.

      1. Berapa banyak pengetahuan yang perlu anda miliki sebelum dibaptis?

      Bible kata kita perlu ada “pengetahuan yang tepat tentang kebenaran.” (1 Timotius 2:4) Maka yang penting bukanlah kita mengetahui segala-galanya dalam Bible, tetapi kita mesti ada pengetahuan yang asas tentang ajarannya. Para penatua dapat membantu anda mengetahui sama ada anda mempunyai cukup pengetahuan atau tidak untuk dibaptis. Sebenarnya, orang yang sudah dibaptis selama bertahun-tahun pun perlu terus mengkaji Bible.—Kolose 1:9, 10.

      2. Apakah langkah lain yang perlu diambil sebelum dibaptis?

      Bible kata, “Bertaubatlah, dan berpalinglah kepada Tuhan.” (Baca Kisah 3:19.) Maksudnya anda berasa susah hati atas kesalahan yang telah anda lakukan dan meminta ampun daripada Tuhan. Anda juga bertekad untuk menolak hal-hal yang dibenci Tuhan dan hidup dalam cara yang menyenangkan hati-Nya. Selain itu, anda menyertai aktiviti sidang seperti menghadiri perjumpaan secara tetap dan menginjil bersama sidang sebagai penyiar yang belum dibaptis.

      3. Mengapakah perasaan takut tidak patut menghalang anda daripada dibaptis?

      Ada orang yang takut mereka akan mengecewakan Yehuwa atau buat salah selepas dibaptis. Sebenarnya, hamba-hamba Tuhan pada zaman dulu pernah buat silap, tetapi Yehuwa masih sayang mereka. Dia tidak menuntut kesempurnaan daripada kita. (Baca Mazmur 103:13, 14.) Dia sangat gembira apabila melihat kita berusaha memberi-Nya yang terbaik dan Dia berjanji untuk membantu kita. Bible kata tidak ada apa-apa yang “dapat memisahkan kita daripada kasih Tuhan.”​—Baca Roma 8:38, 39.

      KETAHUILAH

      Lihat bagaimana bantuan Yehuwa dan pengetahuan tentang-Nya dapat menolong anda mengatasi apa saja cabaran untuk dibaptis.

      Kolaj: Seorang wanita muda dibaptis walaupun menghadapi cabaran dan tentangan. Gambarnya ditunjukkan beberapa kali dalam pelajaran ini.

      4. Kenali Yehuwa dengan lebih baik

      Wanita itu mengadakan pembelajaran Bible dengan Saksi-Saksi Yehuwa.

      Berapa banyak pengetahuan yang perlu anda ada tentang Yehuwa sebelum dibaptis? Anda perlu ada cukup pengetahuan agar dapat memupuk kasih kepada-Nya dan keinginan untuk menggembirakan hati-Nya. Mainkan VIDEO untuk lihat bagaimana orang lain yang belajar Bible berusaha berbuat demikian. Kemudian bincang soalan berikut:

      VIDEO: Langkah yang Menuju ke Pembaptisan (3:56)

      • Apakah yang membantu mereka dalam video ini agar bersedia untuk dibaptis?

      Baca Roma 12:2, kemudian bincang soalan berikut:

      • Adakah anda ragu-ragu tentang ajaran Bible atau sama ada Saksi-Saksi Yehuwa mengajarkan kebenaran?

      • Jika ya, apakah yang patut anda buat?

      5. Atasi halangan untuk dibaptis

      Wanita itu menyimpan Bible dalam beg walaupun ibunya menentangnya.

      Orang yang mahu membaktikan diri kepada Yehuwa dan dibaptis akan menghadapi cabaran. Mainkan VIDEO untuk lihat satu contoh, kemudian bincang soalan berikut:

      VIDEO: Kasih kepada Yehuwa Mengharungi Segala Rintangan (5:22)

      • Apakah halangan yang perlu Narangerel atasi untuk menyembah Yehuwa?

      • Bagaimanakah kasih kepada Yehuwa membantunya berjaya?

      Baca Amsal 29:25 dan 2 Timotius 1:7, kemudian bincang soalan berikut:

      • Apakah yang memberi kita keberanian untuk mengatasi cabaran?

      6. Yakin akan bantuan Yehuwa

      Wanita itu dan guru Biblenya menginjil kepada seorang wanita yang tua.

      Yehuwa akan membantu anda hidup mengikut kehendak-Nya. Mainkan VIDEO, kemudian bincang soalan berikut:

      VIDEO: Tuhan Yehuwa Akan Membantu Kamu (2:50)

      • Apakah yang menghalang pelajar Bible dalam video ini untuk dibaptis?

      • Apakah yang menguatkan keyakinannya kepada Yehuwa?

      Baca Yesaya 41:10, 13, kemudian bincang soalan berikut:

      • Mengapakah anda dapat yakin bahawa anda akan berjaya menunaikan janji pembaktian anda?

      7. Kuatkan kasih kepada Yehuwa

      Wanita itu berdoa seorang diri.

      Apabila anda merenungkan betapa dalam kasih Yehuwa kepada anda, anda akan dipenuhi rasa syukur dan ingin menyembah-Nya selama-lamanya. Baca Mazmur 40:5, kemudian bincang soalan berikut:

      • Apakah berkat daripada Yehuwa yang anda sangat hargai?

      Nabi Yeremia sangat mengasihi Yehuwa dan Firman-Nya. Dia gembira kerana dapat mewakili Yehuwa. Dia berkata, “Firman-Mu membuat hatiku gembira dan bersukacita, kerana aku menyandang nama-Mu, ya Tuhan Yehuwa.” (Yeremia 15:16) Bincang soalan berikut:

      • Mengapakah menjadi seorang Saksi-Saksi Yehuwa ialah sesuatu yang sangat istimewa?

      • Adakah anda mahu dibaptis sebagai Saksi-Saksi Yehuwa?

      • Adakah apa-apa yang menghalang anda daripada berbuat demikian?

      • Pada pendapat anda, apakah yang perlu anda lakukan agar dapat dibaptis?

      Wanita itu dibaptis.

      ADA ORANG KATA: “Saya takut saya tidak dapat jadi orang Kristian yang baik dan akan kecewakan Yehuwa selepas dibaptis.”

      • Adakah anda pun rasa begitu?

      RINGKASAN

      Dengan bantuan Yehuwa, anda dapat mengatasi apa saja cabaran dan dibaptis.

      Ulang Kaji

      • Berapa banyak pengetahuan Bible yang perlu anda miliki sebelum dibaptis?

      • Apakah perubahan yang mungkin anda perlu buat sebelum dibaptis?

      • Mengapakah perasaan takut tidak patut menghalang anda daripada dibaptis?

      Matlamat

      JOM BELAJAR

      Lihatlah sebab utama yang patut mendorong anda untuk dibaptis.

      “Sudahkah Anda Bersedia untuk Dibaptis?” (Menara Pengawal, Mac 2020)

      Belajar cara mengatasi halangan-halangan untuk dibaptis.

      “Apakah yang Menghalang Saya daripada Dibaptis?” (Menara Pengawal, Mac 2019)

      Tonton bagaimana seorang lelaki berjaya mengatasi cabaran besar lalu dibaptis.

      ‘Mengapakah Anda Menangguhkan Pembaptisan Anda?’ (1:10)

      Lihat bagaimana Ataa yang dahulunya teragak-agak untuk dibaptis akhirnya mengambil langkah yang penting itu.

      Adakah Saya Layak Menerima Semua Ini? (7:21)

Bahan Bacaan Bahasa Melayu (2004-2023)
Log Keluar
Log Masuk
  • Melayu
  • Kongsi
  • Pilihan
  • Copyright © 2026 Watch Tower Bible and Tract Society of Pennsylvania
  • Syarat Penggunaan
  • Polisi Privasi
  • Tetapan Privasi
  • JW.ORG
  • Log Masuk
Kongsi