PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN Watchtower
PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN
Watchtower
Melayu
  • BIBLE
  • BAHAN BACAAN
  • PERJUMPAAN
  • Cara Membuat Keputusan yang Bijak
    Nikmati Hidup Selama-Lamanya!—Kursus Perbincangan Bible
    • 5. Hormati hati nurani orang lain

      Pilihan setiap orang mungkin berbeza. Bagaimanakah kita dapat menghormati hati nurani orang lain? Lihatlah dua contoh berikut:

      Contoh 1: Seorang saudari baru berpindah ke sidang lain. Banyak saudari di sidang itu rasa terganggu apabila melihat dia suka bersolek.

      Baca Roma 15:1 dan 1 Korintus 10:23, 24, kemudian bincang soalan berikut:

      • Apakah mungkin keputusan saudari itu jika dia ikut nasihat dalam ayat-ayat ini? Walaupun hati nurani anda membenarkan anda melakukan sesuatu, apakah yang akan anda lakukan jika hati nurani orang lain terganggu?

      Contoh 2: Seorang saudara tahu Bible tidak melarang kita minum alkohol, tapi dia memilih untuk tidak minum. Semasa di sebuah parti, dia melihat saudara-saudara lain minum alkohol.

      Baca Pengkhutbah 7:16 dan Roma 14:1, 10, kemudian bincang soalan berikut:

      • Apakah mungkin keputusan saudara itu jika dia ikut nasihat dalam ayat-ayat ini? Apakah reaksi anda jika orang lain melakukan sesuatu yang mengganggu hati nurani anda?

      Langkah untuk membuat keputusan yang bijak

      Seorang wanita berdoa.

      1. Minta Yehuwa membantu anda membuat keputusan yang baik.​—Yakobus 1:5.

      Seorang wanita membuat kajian menggunakan Bible, bahan bacaan Bible, dan komputer.

      2. Kajilah Bible dan bahan bacaan Bible untuk cari prinsip yang sesuai. Anda boleh dapatkan nasihat orang Kristian yang matang.

      Seorang wanita sedang berfikir.

      3. Fikirkan kesan keputusan anda terhadap hati nurani anda dan orang lain.

  • Rahsia Kebahagiaan Keluarga—Bahagian 1
    Nikmati Hidup Selama-Lamanya!—Kursus Perbincangan Bible
    • 6. Anda dapat mengatasi masalah perkahwinan

      Perkahwinan yang sempurna tidak wujud. Pasangan suami isteri harus bekerja keras untuk mengatasi masalah mereka. Mainkan VIDEO, kemudian bincang soalan berikut:

      VIDEO: Cara untuk Menguatkan Ikatan Perkahwinan (5:44)

      • Apakah yang menunjukkan bahawa hubungan pasangan dalam video ini mula menjadi renggang?

      • Apakah yang mereka lakukan untuk menguatkan ikatan perkahwinan mereka?

      Baca 1 Korintus 10:24 dan Kolose 3:13. Selepas membaca setiap ayat, bincang soalan berikut:

      • Bagaimanakah nasihat dalam ayat ini dapat menguatkan perkahwinan?

      Bible kata kita harus menghormati dan melayan satu sama lain dengan baik. Baca Roma 12:10, kemudian bincang soalan berikut:

      • Patutkah suami atau isteri menunggu sehingga pasangannya menunjukkan hormat kepadanya? Mengapa?

  • Mengapakah Pakaian dan Dandanan Kita Penting?
    Nikmati Hidup Selama-Lamanya!—Kursus Perbincangan Bible
    • Dalam soal pemakaian dan dandanan, kita semua ada cita rasa dan gaya sendiri. Tapi Bible ada beberapa nasihat yang dapat membantu kita membuat pilihan yang menyenangkan hati Yehuwa. Mari kita kaji beberapa prinsip berikut.

      1. Apakah prinsip-prinsip yang dapat membantu kita membuat pilihan?

      Bible kata bahawa pakaian kita haruslah ‘sopan, sederhana, mencerminkan fikiran yang sihat,’ dan sesuai bagi orang yang mengaku diri “sebagai penyembah Tuhan.” (1 Timotius 2:9, 10) Mari kita lihat empat prinsip daripada ayat ini. (1) Seperti yang anda perhatikan di perjumpaan, kita masing-masing mempunyai cita rasa yang berbeza. Tetapi kita memastikan pakaian dan gaya rambut kita adalah “sopan” dan menunjukkan hormat kepada Tuhan Yehuwa. (2) Penampilan yang “sederhana” bererti kita mengelakkan cara pemakaian atau gaya rambut yang keterlaluan, menjolok mata, atau yang sangat menarik perhatian kepada diri sendiri. (3) Jika kita mempunyai “fikiran yang sihat,” kita tidak akan terikut-ikut dengan setiap gaya atau fesyen yang popular. (4) “Sebagai penyembah Tuhan,” kita mahu memastikan penampilan kita sentiasa memuliakan-Nya. Dengan demikian, orang akan melihat bahawa kita menyembah satu-satunya Tuhan yang benar.​—1 Korintus 10:31.

      2. Mengapakah penting untuk memikirkan perasaan rakan seiman?

      Walaupun kita bebas memilih pakaian dan dandanan, kita mahu mempertimbangkan perasaan orang lain dan tidak menyebabkan mereka tersinggung. Kita ingin berusaha “menyenangkan hati orang lain demi kebaikan mereka, supaya mereka dikuatkan.”​—Baca Roma 15:1, 2.

      3. Apakah manfaat penampilan yang baik terhadap mesej Bible?

      Kita menyebarkan berita baik daripada Bible kepada orang. Jadi cara kita berpakaian dapat mempengaruhi pandangan orang terhadap mesej kita. Terutamanya semasa menjalankan aktiviti rohani seperti menghadiri perjumpaan atau pergi menginjil, kita harus memastikan penampilan kita tidak menyebabkan orang tersimpang daripada mesej Bible. Sebaliknya, kita mahu penampilan kita “menghiasi ajaran Tuhan, Penyelamat kita” agar mereka tertarik kepada haluan kebenaran.​—Titus 2:10.

      KETAHUILAH

      Belajar cara untuk memastikan penampilan kita sesuai bagi orang Kristian sejati.

      Dua lelaki di hadapan seorang hakim. Salah seorangnya pakai kot dan seluar panjang, seorang lagi memakai topi besbol dan pakaian yang selekeh dan koyak.

      Penampilan kita dapat menunjukkan hormat kepada orang yang berkuasa. Biarpun Yehuwa dapat membaca isi hati kita, Dia mahu penampilan kita menunjukkan hormat terhadap-Nya

      4. Penampilan yang baik menunjukkan hormat kepada Yehuwa

      Apakah sebab terpenting kita menjaga penampilan kita? Baca Mazmur 47:2, kemudian bincang soalan berikut:

      • Memandangkan kita mewakili Yehuwa, bagaimanakah hal itu mempengaruhi cara kita berpakaian?

      • Bagi anda, adakah penting untuk memastikan penampilan kita sesuai semasa menghadiri perjumpaan dan menginjil? Mengapa?

      5. Cara memilih pakaian dan dandanan

      Mainkan VIDEO.

      VIDEO: “Lakukanlah Semuanya untuk Memuliakan Tuhan” (10:18)

      Pakaian kita tidak perlu mahal tetapi haruslah kemas, bersih, dan sesuai mengikut keadaan. Baca 1 Korintus 10:24 dan 1 Timotius 2:9, 10. Kemudian bincang mengapa kita harus menghindari pakaian yang . . .

      • selekeh atau terlalu kasual.

      • sangat ketat, seksi, atau menjolok mata.

      Hari ini, kita tidak perlu mengikut Hukum Musa. Tetapi kita dapat belajar tentang fikiran Tuhan dengan mengkaji hukum itu. Baca Ulangan 22:5, kemudian bincang soalan berikut:

      • Mengapakah kita harus mengelakkan pakaian yang membuat lelaki kelihatan seperti wanita dan wanita seperti lelaki?

      Baca 1 Korintus 10:32, 33 dan 1 Yohanes 2:15, 16, kemudian bincang soalan berikut:

      • Mengapakah penting untuk memastikan penampilan kita tidak menyinggung perasaan orang di sidang atau di kawasan kita?

      • Apakah gaya rambut dan pakaian yang popular di kawasan anda?

      • Adakah sesetengah gaya atau fesyen itu tidak sesuai bagi orang Kristian? Mengapa?

      Kita dapat memilih beraneka jenis pakaian dan dandanan yang menyenangkan hati Yehuwa

      Orang daripada pelbagai latar belakang dan umur memakai pakaian yang berbeza-beza dan mempunyai gaya rambut yang berlainan. Semuanya sesuai bagi orang Kristian.

      ADA ORANG KATA: “Suka hati sayalah mahu pakai apa.”

      • Adakah anda setuju dengan pandangan itu? Mengapa?

      RINGKASAN

      Jika kita memilih pakaian dan dandanan dengan bijak, kita menunjukkan bahawa kita menghormati Yehuwa dan orang lain.

      Ulang Kaji

      • Mengapakah Yehuwa mahu kita memilih pakaian dan dandanan dengan bijak?

      • Apakah prinsip-prinsip Bible yang dapat membantu kita memilih pakaian dan dandanan yang sesuai?

      • Bagaimanakah penampilan kita mempengaruhi pandangan orang terhadap mesej Bible?

      Matlamat

      JOM BELAJAR

      Apakah yang orang fikir tentang anda selepas melihat penampilan anda?

      “Bagaimana Penampilan Saya?” (Rencana di laman web)

      Fikirlah dahulu sebelum bertatu.

      “Apakah Pandangan Bible tentang Tatu?” (Rencana di laman web)

      Perhatikan prinsip Bible yang dapat membantu anda memiliki pandangan seimbang terhadap penampilan sendiri.

      Mengapakah Saya Asyik Berfikir tentang Penampilan Saya? (4:29)

      Bagaimanakah seorang wanita memupuk pandangan yang seimbang tentang penampilan orang lain?

      “Pakaian dan Dandanan Halangan Terbesar Saya” (Sedarlah!, 22 Disember 2003)

Bahan Bacaan Bahasa Melayu (2004-2023)
Log Keluar
Log Masuk
  • Melayu
  • Kongsi
  • Pilihan
  • Copyright © 2026 Watch Tower Bible and Tract Society of Pennsylvania
  • Syarat Penggunaan
  • Polisi Privasi
  • Tetapan Privasi
  • JW.ORG
  • Log Masuk
Kongsi