PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN Watchtower
PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN
Watchtower
Melayu
  • BIBLE
  • BAHAN BACAAN
  • PERJUMPAAN
  • Apakah Itu Kerajaan Tuhan?
    Nikmati Hidup Selama-Lamanya!—Kursus Perbincangan Bible
    • 7. Undang-undang Kerajaan Tuhan jauh lebih unggul

      Kerajaan manusia membuat undang-undang supaya dapat membawa manfaat dan melindungi rakyat. Kerajaan Tuhan juga mempunyai undang-undang yang harus dipatuhi. Baca 1 Korintus 6:9-11, kemudian bincang soalan berikut:

      • Bagi anda, bagaimanakah keadaan di bumi jika semua orang mengikut peraturan yang ditetapkan oleh Tuhan?a

      • Adakah munasabah bagi Yehuwa untuk mengharapkan rakyat-Nya mematuhi peraturan-peraturan ini? Mengapa?

      • Dapatkah orang yang dahulunya tidak hidup mengikut peraturan Tuhan berubah, dan apakah buktinya?​—Lihat ayat 11.

      Seorang polis menghentikan kenderaan agar orang dapat melintas jalan. Orang tua dan muda menyeberangi jalan.

      Kerajaan menetapkan undang-undang untuk kebaikan rakyatnya. Kerajaan Tuhan mempunyai undang-undang yang jauh lebih baik dan dapat melindungi rakyatnya

  • Pandangan Bible tentang Seks
    Nikmati Hidup Selama-Lamanya!—Kursus Perbincangan Bible
    • Yehuwa tahu apa yang terbaik bagi kita. Dia mengajar kita cara untuk mengekalkan kebersihan moral dan menunjukkan manfaat berbuat demikian. Baca Amsal 7:7-27 atau mainkan VIDEO, kemudian bincang soalan berikut:

      VIDEO: Sikap yang Bodoh (9:31)

      • Bagaimanakah pemuda dalam ayat ini menunjukkan bahawa dia tidak menolak godaan?​—Lihat Amsal 7:8, 9.

      • Menurut Amsal 7:23, 26, perbuatan seks yang tidak bermoral membawa akibat yang buruk. Apakah masalah yang akan kita elakkan jika kita bersih secara moral?

      • Bagaimanakah kebersihan moral membantu kita menikmati kehidupan sekarang dan untuk selama-lamanya?

      Adakah ajaran Tuhan tentang hubungan sejenis munasabah? Ya. Yehuwa ialah Tuhan yang pengasih dan Dia mahu semua orang hidup selama-lamanya. Tetapi, untuk menikmati berkat-Nya, kita harus hidup mengikut syarat-Nya. Baca 1 Korintus 6:9-11, kemudian bincang soalan berikut:

      • Adakah hubungan sejenis satu-satunya hal yang dianggap salah oleh Yehuwa?

      Kita semua perlu membuat perubahan untuk menggembirakan hati Tuhan. Adakah usaha kita berbaloi? Baca Mazmur 19:8, 11, kemudian bincang soalan berikut:

      • Bagi anda, adakah piawaian moral Yehuwa munasabah atau tidak? Mengapa?

      Kolaj: 1. Seorang wanita yang sedih duduk di sebelah teman lelakinya. Dia minum alkohol dan merokok bersama kawan-kawannya di kelab malam. 2. Wanita yang sama bercakap kepada para saudari di Dewan Perjumpaan.

      Yehuwa telah membantu ramai orang hidup mengikut piawaian moral-Nya. Dia pasti membantu anda juga

  • Pandangan Orang Kristian tentang Alkohol
    Nikmati Hidup Selama-Lamanya!—Kursus Perbincangan Bible
    • 6. Mengatasi masalah peminuman

      Lihatlah apa yang membantu seorang lelaki berhenti menyalahgunakan alkohol. Mainkan VIDEO, kemudian bincang soalan berikut:

      VIDEO: ‘Saya Jemu dengan Gaya Hidup Sendiri’ (6:32)

      Kolaj: Adegan daripada video ‘Saya Jemu dengan Gaya Hidup Sendiri.’ 1. Dmitry memandang minuman keras. 2. Dmitry, isterinya, dan anak perempuan mereka belajar Bible bersama.
      • Apakah kesan alkohol terhadap kelakuan Dmitry?

      • Dapatkah dia berhenti minum dengan serta-merta?

      • Bagaimanakah dia berjaya mengatasi ketagihannya?

      Baca 1 Korintus 6:10, 11, kemudian bincang soalan berikut:

      • Betapa seriuskah kemabukan di mata Tuhan?

      • Apakah yang menunjukkan bahawa seorang pemabuk dapat berubah?

      Baca Matius 5:30, kemudian bincang soalan berikut:

      • Apabila Yesus kata kita perlu memotong tangan, hal itu bermaksud bahawa kita perlu buat pengorbanan untuk menyenangkan hati Yehuwa. Apakah yang dapat anda lakukan jika anda ketagihan alkohol?a

      Baca 1 Korintus 15:33, kemudian bincang soalan berikut:

      • Apakah kesannya jika anda bergaul dengan orang yang suka minum banyak alkohol?

Bahan Bacaan Bahasa Melayu (2004-2023)
Log Keluar
Log Masuk
  • Melayu
  • Kongsi
  • Pilihan
  • Copyright © 2026 Watch Tower Bible and Tract Society of Pennsylvania
  • Syarat Penggunaan
  • Polisi Privasi
  • Tetapan Privasi
  • JW.ORG
  • Log Masuk
Kongsi