PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN Watchtower
PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN
Watchtower
Melayu
  • BIBLE
  • BAHAN BACAAN
  • PERJUMPAAN
  • 4 | Singkirkan Kebencian dengan Bantuan Tuhan
    Menara Pengawal (Umum)—2022 | No. 1
    • Ajaran Bible:

      “Buah kuasa suci Tuhan ialah kasih, sukacita, kedamaian, kesabaran, kebaikan hati, kebaikan, iman, kelemahlembutan, dan kawalan diri.”​—GALATIA 5:22, 23.

      Maksudnya:

      Untuk memutuskan kitaran kebencian, kita memerlukan sifat-sifat yang disebut di atas. Kita tidak dapat memupuk sifat-sifat sedemikian dengan kekuatan kita sendiri, tetapi kuasa suci Tuhan dapat membantu kita. Jadi, daripada bergantung pada diri sendiri, kita mahu bergantung pada Tuhan. Setelah merasai bagaimana Tuhan telah membantunya, Paulus menulis, “Melalui Dia yang memberikan kuasa kepadaku, aku berdaya menghadapi segala keadaan.” (Filipi 4:13) Apabila kita merasai bantuan Tuhan, kita juga dapat berkata, “Pertolonganku datang daripada Yehuwa.”​—Mazmur 121:2.

  • 4 | Singkirkan Kebencian dengan Bantuan Tuhan
    Menara Pengawal (Umum)—2022 | No. 1
    • Semasa isterinya mula belajar Bible dengan Saksi-Saksi Yehuwa, Waldo tidak gembira. Dia berkata, “Saya membenci para Saksi. Banyak kali, saya memaki hamun mereka, tetapi mereka selalu menjawab dengan tenang.”

      Pada kemudian hari, Waldo juga mula belajar Bible. Dia berkata, “Memang tidak mudah untuk ikut apa yang saya pelajari. Saya ini panas baran. Jadi, tidak mungkin saya dapat mengawal kemarahan saya.” Namun, pandangannya berubah setelah dia mempelajari sesuatu daripada Bible.

      Dia berkata, “Pada suatu hari, Alejandro, iaitu guru Bible saya, menyuruh saya membaca Galatia 5:22, 23. . . . Alejandro menjelaskan bahawa untuk memupuk sifat-sifat itu, saya seharusnya bergantung pada kuasa suci Tuhan, dan bukannya pada kekuatan saya sendiri. Kebenaran itu telah mengubah pandangan saya!”

      Dengan bergantung pada bantuan Tuhan, Waldo berjaya menyingkirkan kebencian daripada kehidupannya. Dia berkata, “Saudara-mara dan kawan-kawan lama saya tidak percaya bahawa saya telah membuat perubahan yang begitu besar.” Dia menambah, “Yehuwa telah mengubah saya daripada seorang yang ganas kepada seorang yang mencintai kedamaian.”

Bahan Bacaan Bahasa Melayu (2004-2023)
Log Keluar
Log Masuk
  • Melayu
  • Kongsi
  • Pilihan
  • Copyright © 2026 Watch Tower Bible and Tract Society of Pennsylvania
  • Syarat Penggunaan
  • Polisi Privasi
  • Tetapan Privasi
  • JW.ORG
  • Log Masuk
Kongsi