PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN Watchtower
PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN
Watchtower
Melayu
  • BIBLE
  • BAHAN BACAAN
  • PERJUMPAAN
  • “Berlaku Adil” Di Hadapan Tuhan
    Hampirilah Yehuwa
    • 4. Bagaimanakah kita tahu bahawa Yehuwa menghendaki kita untuk hidup selaras dengan piawaian-Nya?

      4 Yehuwa menghendaki kita untuk hidup selaras dengan piawaian-Nya yang adil dan benar. Yesaya 1:17 menyatakan, “Belajarlah berbuat baik dan lakukanlah apa yang adil.” Ya, kita digalakkan agar ‘berusaha untuk melakukan apa yang benar.’ (Zefanya 2:3) Kita juga digalakkan untuk “mengenakan keperibadian baharu yang diciptakan menurut kehendak Tuhan, dan yang selaras dengan apa yang benar.” (Efesus 4:24) Jika kita mencintai keadilan dan kebaikan, kita akan menjauhi keganasan, perbuatan yang najis, dan kelakuan yang tidak bermoral.​—Mazmur 11:5; Efesus 5:3-5.

  • “Berlaku Adil” Di Hadapan Tuhan
    Hampirilah Yehuwa
    • 6 Manusia yang tidak sempurna perlu bergelut untuk melakukan apa yang baik. Bible menyatakan bahawa kita mesti menanggalkan keperibadian lama dan mengenakan keperibadian baharu. Perubahan ini dibuat berdasarkan pengetahuan yang tepat dan merupakan suatu proses yang berterusan. (Kolose 3:9, 10) Sebagai manusia yang tidak sempurna, kita akan berdosa dari segi kata-kata, kelakuan, dan fikiran dari masa ke masa. (Roma 7:14-20; Yakobus 3:2) Maka untuk mengenakan keperibadian baharu, usaha yang berterusan diperlukan.

Bahan Bacaan Bahasa Melayu (2004-2023)
Log Keluar
Log Masuk
  • Melayu
  • Kongsi
  • Pilihan
  • Copyright © 2026 Watch Tower Bible and Tract Society of Pennsylvania
  • Syarat Penggunaan
  • Polisi Privasi
  • Tetapan Privasi
  • JW.ORG
  • Log Masuk
Kongsi