PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN Watchtower
PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN
Watchtower
Melayu
  • BIBLE
  • BAHAN BACAAN
  • PERJUMPAAN
  • Filipi 4:6, 7—“Janganlah Khuatir akan Apa Pun”
    Ayat Bible Dijelaskan
    • “Janganlah khuatir akan apa-apa pun. Dalam segala hal, nyatakanlah permohonan kamu kepada Tuhan melalui doa dan rayuan yang disertai ucapan syukur. Dengan demikian kesejahteraan daripada Tuhan, yang jauh lebih unggul daripada apa yang dapat difahami oleh manusia, akan menjaga hati dan fikiran kamu melalui Kristus Yesus.”—Filipi 4:6, 7, Terjemahan Dunia Baharu.

      ‘Janganlah khuatir akan apa pun. Dalam segala hal, berdoalah dan mintalah kepada Tuhan apa yang kamu perlukan. Apabila berdoa kepada Tuhan, hendaklah kamu selalu mengucap syukur. Kesejahteraan daripada Tuhan yang tidak mungkin difahami oleh manusia, akan menjaga hati dan fikiran kamu, kerana kamu sudah bersatu dengan Kristus Yesus.’—Filipi 4:6, 7, Alkitab Berita Baik.

  • Filipi 4:6, 7—“Janganlah Khuatir akan Apa Pun”
    Ayat Bible Dijelaskan
    • Tuhan menjawab doa sedemikian dengan memberikan ketenangan. “Kesejahteraan daripada Tuhan” merujuk kepada ketenteraman yang kita nikmati kerana kita mempunyai hubungan yang akrab dengan Tuhan. (Roma 15:13; Filipi 4:9) Kesejahteraan ini “jauh lebih unggul daripada apa yang dapat difahami oleh manusia” kerana kesejahteraan ini berasal daripada Tuhan dan dapat membantu kita dalam cara yang tidak disangka.

      Ayat Bible ini berkata bahawa kesejahteraan daripada Tuhan dapat menjaga hati kita. Dalam bahasa Yunani, perkataan yang diterjemahkan sebagai “menjaga” merupakan istilah tentera, yang merujuk kepada pasukan askar yang menjaga kota berkubu. Begitu juga, kesejahteraan daripada Tuhan melindungi seseorang secara emosi dan mental dan membantunya agar tidak terlalu khuatir semasa menghadapi masalah.

      Kesejahteraan daripada Tuhan melindungi kita “melalui Kristus Yesus” kerana melalui Yesus, kita boleh mempunyai hubungan dengan Tuhan. Yesus mengorbankan nyawanya untuk menebus dosa kita. Jika kita beriman kepadanya, kita boleh menikmati berkat Tuhan. (Ibrani 11:6) Kita hanya dapat menghampiri Tuhan melalui Yesus. Yesus berkata, “Tiada seorang pun yang dapat datang kepada Bapa kecuali melalui aku.”—Yohanes 14:6; 16:23.

Bahan Bacaan Bahasa Melayu (2004-2023)
Log Keluar
Log Masuk
  • Melayu
  • Kongsi
  • Pilihan
  • Copyright © 2026 Watch Tower Bible and Tract Society of Pennsylvania
  • Syarat Penggunaan
  • Polisi Privasi
  • Tetapan Privasi
  • JW.ORG
  • Log Masuk
Kongsi