-
Lihatlah PerbezaannyaMenara Pengawal (Pembelajaran)—2018 | Januari
-
-
9. Apakah yang dapat membantu anak muda mentaati ibu bapa?
9 Untuk melindungi diri daripada dijangkiti sikap ingkar, anak-anak perlu merenungkan jasa ibu bapa kerana hal itu akan melahirkan rasa penghargaan. Mereka juga perlu ingat bahawa Tuhan, Bapa semua manusia, menghendaki anak-anak mentaati ibu bapa. Apabila anak-anak muda bercakap baik tentang ibu bapa sendiri, mereka dapat membantu orang muda lain untuk memiliki pandangan yang sama terhadap ibu bapa mereka. Sudah pasti, jika ibu bapa tidak memiliki kasih sayang, anak-anak akan berasa susah untuk bersikap taat. Sebaliknya, anak yang merasai kasih sayang ibu bapa akan terdorong untuk menggembirakan hati mereka meskipun dia digoda untuk ingkar. Austin berkata, “Sering kali, saya ingin melanggar peraturan mak dan ayah. Tetapi mereka memberikan bimbingan yang munasabah, menjelaskan sebab di sebalik peraturan, dan menggalakkan saya untuk berkomunikasi, dan hal itu bantu saya jadi taat. Saya dapat rasa keprihatinan mereka, dan itulah yang mendorong saya untuk membuat mereka gembira.”
10, 11. (a) Apakah sifat-sifat buruk yang menunjukkan bahawa orang tidak mengasihi satu sama lain? (b) Sedalam manakah kasih orang Kristian sejati terhadap orang lain?
10 Paulus menyebut sifat-sifat buruk lain yang terhasil kerana kurangnya kasih. Selepas menyebut tentang sikap “tidak mematuhi ibu bapa,” dia menyebut satu sifat yang berkaitan, iaitu tidak tahu berterima kasih, atau tidak menghargai kebaikan hati orang lain. Kemudian dia menyebut tentang orang yang tidak setia dan orang yang tidak mahu dibawa berbincang, iaitu orang yang enggan berdamai dengan orang lain. Selain itu, orang akan menghina Tuhan dan suka berkhianat. Mereka juga suka memfitnah, iaitu menyebarkan cerita palsu untuk merosakkan nama baik orang lain.a
-
-
Lihatlah PerbezaannyaMenara Pengawal (Pembelajaran)—2018 | Januari
-
-
a Perkataan Yunani untuk “pemfitnah” atau “penuduh” ialah di·aʹbo·los. Bible menggunakan gelaran itu untuk Syaitan, makhluk jahat yang memfitnah Tuhan.
-