-
Siapakah yang Naik ke Syurga?Jawapan kepada Soalan Bible
-
-
Berapakah jumlah orang yang akan dibangkitkan ke syurga?
Bible menyatakan bahawa sebanyak 144,000 orang akan dibangkitkan ke syurga. (Wahyu 7:4) Di buku Wahyu 14:1-3, rasul Yohanes mendapat penglihatan tentang ‘Anak Bebiri berdiri di atas Gunung Sion, bersamanya ada 144,000 orang.’ “Anak Bebiri” itu merujuk kepada Yesus yang telah dibangkitkan. (Yohanes 1:29; 1 Petrus 1:19) “Gunung Sion” pula merujuk kepada kedudukan tinggi yang dimiliki Yesus dan 144,000 orang yang memerintah bersamanya di syurga.—Mazmur 2:6; Ibrani 12:22.
Mereka “yang dipanggil dan dipilih” untuk memerintah bersama Yesus merujuk kepada “kawanan kecil.” (Wahyu 17:14; Lukas 12:32) Hal ini menunjukkan bahawa jumlah orang yang dipilih untuk naik ke syurga hanya sedikit berbanding dengan biri-biri Yesus yang lain.—Yohanes 10:16.
-
-
Siapakah yang Naik ke Syurga?Jawapan kepada Soalan Bible
-
-
Tanggapan yang salah: Angka 144,000 yang dinyatakan dalam buku Wahyu dianggap simbolik, bukannya harfiah.
Kebenaran: Meskipun buku Wahyu mengandungi angka-angka simbolik, sesetengah angka dalam buku itu membawa maksud harfiah. Contohnya, buku Wahyu menyebut tentang “12 nama, iaitu nama 12 orang rasul Anak Bebiri.” (Wahyu 21:14) Perhatikan bukti-bukti yang menunjukkan bahawa angka 144,000 patut dianggap secara harfiah.
Di Wahyu 7:4 menyatakan,“mereka yang dimeterai itu [atau yang mendapat kehidupan di syurga] berjumlah 144,000 orang.” Namun, dalam bab yang sama juga ada menyebut tentang kumpulan kedua, iaitu “kumpulan besar manusia yang jumlahnya tidak dapat dihitung oleh sesiapa pun.” Mereka yang tergolong dalam “kumpulan besar” juga akan diselamatkan oleh Tuhan. (Wahyu 7:9, 10) Jika angka 144,000 bukan angka yang harfiah dan merujuk kepada suatu kumpulan yang tiada jumlah tertentu, maka perbandingan antara jumlah dua kumpulan ini tidak lagi masuk akal.a
Selain itu, Bible menyatakan bahawa 144,000 orang “dibeli daripada kalangan umat manusia sebagai hasil pertama.” (Wahyu 14:4) Ungkapan “hasil pertama” merujuk kepada sejumlah kecil orang yang dipilih. Hal ini tepat menggambarkan bahawa mereka yang menyertai Yesus di syurga akan memerintah manusia yang tidak terhitung banyaknya di bumi.—Wahyu 5:10.
a Tambahan pula, Profesor Robert L. Thomas menulis mengenai angka 144,000 yang dicatatkan di Wahyu 7:4, “Suatu angka yang spesifik telah dicatatkan dalam ayat ini, manakala tiada angka yang disebutkan bagi kumpulan yang tercatat di Wahyu 7:9. Jika angka 144,000 ini dianggap secara simbolik, tiada angka dalam buku Wahyu yang dapat dianggap secara harfiah.”—Wahyu 1-7: An Exegetical Commentary, muka surat 474.
-