PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN Watchtower
PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN
Watchtower
Melayu
  • BIBLE
  • BAHAN BACAAN
  • PERJUMPAAN
  • wp17 No. 5 ms. 5
  • Adakah Anda Mempunyai Malaikat Pelindung?

Tiada video untuk bahagian ini.

Maaf, terdapat masalah memainkan video.

  • Adakah Anda Mempunyai Malaikat Pelindung?
  • Menara Pengawal (Umum)—2017
  • Bahan yang Berkaitan
  • Siapakah atau Apakah Itu Malaikat?
    Jawapan kepada Soalan Bible
  • Cara Malaikat Membantu Anda
    Menara Pengawal (Umum)—2017
  • Tirulah Teladan Para Malaikat yang Setia
    Menara Pengawal (Pembelajaran)—2025
Menara Pengawal (Umum)—2017
wp17 No. 5 ms. 5

TOPIK UTAMA | MALAIKAT​—ADAKAH MEREKA WUJUD? DAPATKAH MEREKA MEMPENGARUHI ANDA?

Adakah Anda Mempunyai Malaikat Pelindung?

Bible tidak mengajarkan bahawa setiap orang mempunyai malaikat pelindung sendiri. Memang benar bahawa Yesus pernah berkata, “Jangan sekali-kali memandang rendah pada muridku yang bagaikan anak kecil, kerana malaikat-malaikat mereka di syurga sentiasa menghadap muka Bapaku yang di syurga.” (Matius 18:10) Yesus tidak bermaksud bahawa setiap muridnya mempunyai malaikat pelindung. Sebaliknya, apa yang dimaksudkannya ialah para malaikat sangat mengambil berat terhadap mereka. Oleh itu, penyembah Tuhan tidak akan membahayakan diri atau mengambil risiko dengan sesuka hati kerana menyangka malaikat akan melindungi mereka.

Jadi adakah malaikat langsung tidak membantu manusia? Tidak. (Mazmur 91:11) Sesetengah orang berasa bahawa Tuhan telah mengutus malaikat untuk melindungi dan membimbing mereka. Kenneth, yang disebut pada permulaan rencana ini, juga berasa sedemikian. Kita tidak pasti sejauh mana Tuhan menggunakan malaikat untuk membantu manusia, kerana malaikat tidak dapat dilihat. Namun, apa yang dipercayai Kenneth mungkin benar. Saksi-Saksi Yehuwa sering melihat bukti akan bantuan malaikat semasa mereka menginjil. Tidak kira apa bantuan yang kita terima, wajarlah kita bersyukur kepada Tuhan Yang Maha Kuasa.​—Kolose 3:15; Yakobus 1:17, 18.

    Bahan Bacaan Bahasa Melayu (2004-2023)
    Log Keluar
    Log Masuk
    • Melayu
    • Kongsi
    • Pilihan
    • Copyright © 2026 Watch Tower Bible and Tract Society of Pennsylvania
    • Syarat Penggunaan
    • Polisi Privasi
    • Tetapan Privasi
    • JW.ORG
    • Log Masuk
    Kongsi