Dua Tawarikh
27 Yotam+ berusia 25 tahun semasa dia menjadi raja, dan dia memerintah di Yerusalem selama 16 tahun. Ibunya ialah Yerusah, anak perempuan Zadok.+ 2 Yotam terus melakukan apa yang benar di mata Yehuwa seperti bapanya+ dan dia tidak menceroboh ke dalam Rumah Yehuwa.+ Tetapi rakyatnya terus berdosa. 3 Dia membina Pintu Gerbang Atas di Rumah Yehuwa+ dan melakukan banyak kerja pembinaan di tembok Ofel.+ 4 Dia juga membina kota-kota+ di kawasan pergunungan Yehuda+ dan mendirikan kubu+ dan menara+ di kawasan hutan. 5 Yotam berperang dengan raja Ammon+ dan mengalahkan mereka. Maka pada tahun itu, orang Ammon membayar ufti kepadanya, iaitu sebanyak 3,420 kilogram* perak, 10,000 bekas* gandum, dan 10,000 bekas barli. Mereka juga membayar ufti yang sama kepadanya pada tahun kedua dan ketiga.+ 6 Yotam bertambah kuat kerana dia bertekad untuk berjalan mengikut haluan Yehuwa, Tuhannya.
7 Berkenaan kisah hidup Yotam yang lain, iaitu kisah tentang apa yang dilakukannya dan bagaimana dia berperang, semuanya tertulis dalam Buku Raja-Raja Israel dan Yehuda.+ 8 Dia berusia 25 tahun semasa dia menjadi raja, dan dia memerintah di Yerusalem selama 16 tahun.+ 9 Yotam meninggal lalu dikebumikan di Kota Daud.+ Ahas, anak lelakinya, menggantikannya sebagai raja.+