PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN Watchtower
Watchtower
PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN
Melayu
  • BIBLE
  • BAHAN BACAAN
  • PERJUMPAAN
  • 2 Tawarikh 36
  • Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu

Tiada video untuk bahagian ini.

Maaf, terdapat masalah memainkan video.

Rangka 2 Tawarikh

      • Yehoahas, raja Yehuda (1-3)

      • Yehoyakim, raja Yehuda (4-8)

      • Yehoyakhin, raja Yehuda (9, 10)

      • Zedekia, raja Yehuda (11-14)

      • Yerusalem dimusnahkan (15-21)

      • Perintah Kores untuk membina semula Rumah Tuhan (22, 23)

2 Tawarikh 36:1

Rujukan Silang

  • +1 Taw 3:15; Yer 22:11
  • +2 Raj 23:30, 31

2 Tawarikh 36:3

Nota kaki

  • *

    Harfiah, “100 talenta perak dan 1 talenta emas.” Lihat Lampiran B14.

Rujukan Silang

  • +2 Raj 18:14; 23:33

2 Tawarikh 36:4

Rujukan Silang

  • +2 Raj 23:29; Yer 46:2
  • +2 Raj 23:34; Yer 22:11, 12

2 Tawarikh 36:5

Rujukan Silang

  • +Yer 26:20, 21; 36:32
  • +2 Raj 23:36, 37

2 Tawarikh 36:6

Rujukan Silang

  • +2 Raj 24:1; 25:1; Yer 25:1
  • +2 Raj 24:16; Da 1:1

2 Tawarikh 36:7

Rujukan Silang

  • +Ezr 1:7; Yer 27:16; Da 1:2; 5:2

2 Tawarikh 36:8

Rujukan Silang

  • +2 Raj 24:5, 6

2 Tawarikh 36:9

Rujukan Silang

  • +Yer 22:24; Mt 1:12
  • +2 Raj 24:8, 9

2 Tawarikh 36:10

Nota kaki

  • *

    Mungkin, pada musim bunga.

Rujukan Silang

  • +2 Raj 24:10; Yer 29:1, 2; Yeh 1:2
  • +2 Raj 24:13; Yer 27:17, 18
  • +2 Raj 24:17

2 Tawarikh 36:11

Rujukan Silang

  • +Yer 37:1
  • +2 Raj 24:18-20; Yer 52:1-3

2 Tawarikh 36:12

Rujukan Silang

  • +Yer 21:1, 2; 34:2; 38:14, 24

2 Tawarikh 36:13

Rujukan Silang

  • +2 Raj 24:20; Yeh 17:12-15

2 Tawarikh 36:14

Rujukan Silang

  • +2 Raj 16:11; Yeh 8:10, 11

2 Tawarikh 36:15

Nota kaki

  • *

    Harfiah, “tempat kediaman-Nya.”

2 Tawarikh 36:16

Nota kaki

  • *

    Harfiah, “disembuhkan.”

Rujukan Silang

  • +2 Taw 30:1, 10
  • +Yer 5:12
  • +Yer 20:7
  • +Mz 74:1

2 Tawarikh 36:17

Rujukan Silang

  • +2 Raj 24:2
  • +Im 26:31; Ul 28:25; Mz 79:2
  • +Yeh 9:7
  • +Rat 2:21
  • +Ul 28:49-51

2 Tawarikh 36:18

Rujukan Silang

  • +2 Raj 20:16, 17; Yes 39:6; Yer 27:19-22; 52:17

2 Tawarikh 36:19

Rujukan Silang

  • +Mz 74:4-7
  • +Yer 52:14
  • +1 Raj 9:7; 2 Raj 25:9, 10; Mz 79:1

2 Tawarikh 36:20

Rujukan Silang

  • +2 Raj 25:21; Mz 137:1
  • +Yer 27:6, 7
  • +Ezr 1:1-3

2 Tawarikh 36:21

Rujukan Silang

  • +Im 26:34
  • +Yer 25:12; Za 1:12
  • +Yer 25:9

2 Tawarikh 36:22

Rujukan Silang

  • +Yes 44:28; 45:1
  • +Yer 29:14; 32:42; 33:10, 11
  • +Ezr 1:1-4

2 Tawarikh 36:23

Rujukan Silang

  • +Da 5:18
  • +Yes 44:28
  • +Ezr 7:12, 13

Lain

2 Taw. 36:11 Taw 3:15; Yer 22:11
2 Taw. 36:12 Raj 23:30, 31
2 Taw. 36:32 Raj 18:14; 23:33
2 Taw. 36:42 Raj 23:29; Yer 46:2
2 Taw. 36:42 Raj 23:34; Yer 22:11, 12
2 Taw. 36:5Yer 26:20, 21; 36:32
2 Taw. 36:52 Raj 23:36, 37
2 Taw. 36:62 Raj 24:1; 25:1; Yer 25:1
2 Taw. 36:62 Raj 24:16; Da 1:1
2 Taw. 36:7Ezr 1:7; Yer 27:16; Da 1:2; 5:2
2 Taw. 36:82 Raj 24:5, 6
2 Taw. 36:9Yer 22:24; Mt 1:12
2 Taw. 36:92 Raj 24:8, 9
2 Taw. 36:102 Raj 24:10; Yer 29:1, 2; Yeh 1:2
2 Taw. 36:102 Raj 24:13; Yer 27:17, 18
2 Taw. 36:102 Raj 24:17
2 Taw. 36:11Yer 37:1
2 Taw. 36:112 Raj 24:18-20; Yer 52:1-3
2 Taw. 36:12Yer 21:1, 2; 34:2; 38:14, 24
2 Taw. 36:132 Raj 24:20; Yeh 17:12-15
2 Taw. 36:142 Raj 16:11; Yeh 8:10, 11
2 Taw. 36:162 Taw 30:1, 10
2 Taw. 36:16Yer 5:12
2 Taw. 36:16Yer 20:7
2 Taw. 36:16Mz 74:1
2 Taw. 36:172 Raj 24:2
2 Taw. 36:17Im 26:31; Ul 28:25; Mz 79:2
2 Taw. 36:17Yeh 9:7
2 Taw. 36:17Rat 2:21
2 Taw. 36:17Ul 28:49-51
2 Taw. 36:182 Raj 20:16, 17; Yes 39:6; Yer 27:19-22; 52:17
2 Taw. 36:19Mz 74:4-7
2 Taw. 36:19Yer 52:14
2 Taw. 36:191 Raj 9:7; 2 Raj 25:9, 10; Mz 79:1
2 Taw. 36:202 Raj 25:21; Mz 137:1
2 Taw. 36:20Yer 27:6, 7
2 Taw. 36:20Ezr 1:1-3
2 Taw. 36:21Im 26:34
2 Taw. 36:21Yer 25:12; Za 1:12
2 Taw. 36:21Yer 25:9
2 Taw. 36:22Yes 44:28; 45:1
2 Taw. 36:22Yer 29:14; 32:42; 33:10, 11
2 Taw. 36:22Ezr 1:1-4
2 Taw. 36:23Da 5:18
2 Taw. 36:23Yes 44:28
2 Taw. 36:23Ezr 7:12, 13
  • Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
  • 1
  • 2
  • 3
  • 4
  • 5
  • 6
  • 7
  • 8
  • 9
  • 10
  • 11
  • 12
  • 13
  • 14
  • 15
  • 16
  • 17
  • 18
  • 19
  • 20
  • 21
  • 22
  • 23
Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
2 Tawarikh 36:1-23

Dua Tawarikh

36 Kemudian rakyat memilih anak Yosia, iaitu Yehoahas,+ dan menjadikannya raja di Yerusalem untuk menggantikan bapanya.+ 2 Yehoahas berusia 23 tahun semasa dia menjadi raja, dan dia memerintah di Yerusalem selama tiga bulan. 3 Tetapi raja Mesir menyingkirkan Yehoahas daripada kedudukannya sebagai raja di Yerusalem, lalu memaksa penduduk negeri itu membayar ufti sebanyak 3,420 kilogram perak dan 34.2 kilogram emas.*+ 4 Selain itu, raja Mesir menjadikan abang Yehoahas, iaitu Elyakim, sebagai raja Yehuda dan Yerusalem. Dia juga menukar nama Elyakim kepada Yehoyakim. Kemudian Nekho+ membawa Yehoahas ke Mesir.+

5 Yehoyakim+ berusia 25 tahun semasa dia menjadi raja, dan dia memerintah selama 11 tahun di Yerusalem. Dia terus melakukan apa yang jahat di mata Yehuwa, Tuhannya.+ 6 Raja Nebukadnezar+ dari Babilon datang menyerang Yehoyakim dan mengikatnya dengan dua utas rantai tembaga lalu membawanya ke Babilon.+ 7 Nebukadnezar juga mengambil sebahagian daripada perkakas di dalam Rumah Yehuwa lalu membawanya ke Babilon untuk disimpan di dalam istananya.+ 8 Berkenaan kisah hidup Yehoyakim yang lain, perkara-perkara jijik yang telah dilakukannya, dan hal-hal buruk tentangnya, semuanya tertulis dalam Buku Raja-Raja Israel dan Yehuda. Anaknya Yehoyakhin menggantikannya sebagai raja.+

9 Yehoyakhin+ berusia 18 tahun apabila dia menjadi raja, dan dia memerintah di Yerusalem selama tiga bulan dan 10 hari. Dia terus melakukan apa yang jahat di mata Yehuwa.+ 10 Pada awal tahun,* Raja Nebukadnezar menghantar utusan untuk membawa Yehoyakhin ke Babilon,+ bersama dengan benda-benda berharga dari Rumah Yehuwa.+ Kemudian Nebukadnezar menjadikan bapa saudara Yehoyakhin, iaitu Zedekia, sebagai raja Yehuda dan Yerusalem.+

11 Zedekia+ berusia 21 tahun semasa dia menjadi raja, dan dia memerintah di Yerusalem selama 11 tahun.+ 12 Dia terus melakukan apa yang jahat di mata Yehuwa, Tuhannya. Dia tidak merendahkan diri di hadapan Nabi Yeremia,+ yang telah menyampaikan firman Yehuwa. 13 Dia juga memberontak terhadap Raja Nebukadnezar,+ yang telah memaksanya bersumpah atas nama Tuhan. Zedekia terus berdegil dan berkeras hati. Dia enggan kembali kepada Yehuwa, Tuhan orang Israel. 14 Semua ketua imam dan segenap rakyat sama sekali tidak setia kepada Tuhan. Mereka terus melakukan segala perbuatan jijik seperti bangsa-bangsa lain. Mereka juga menajiskan Rumah Yehuwa+ di Yerusalem, ya, mereka menajiskan rumah yang telah disucikan oleh Tuhan.

15 Yehuwa, Tuhan nenek moyang mereka, terus-menerus menghantar utusan-Nya untuk memberikan amaran kepada mereka, kerana Dia mengasihani umat-Nya dan tempat suci-Nya.* 16 Tetapi mereka tidak henti-henti mentertawakan utusan Tuhan yang benar.+ Mereka memandang remeh firman-Nya+ dan menghina nabi-nabi-Nya.+ Oleh itu, Yehuwa murka terhadap mereka+ sehingga mereka tidak dapat diselamatkan* lagi.

17 Jadi Tuhan menghantar raja orang Kasdim+ untuk menyerang mereka dan membunuh pemuda mereka dengan pedang+ di tempat suci.+ Raja itu tidak mengasihani orang yang tua dan yang uzur serta pemuda atau gadis.+ Tuhan menyerahkan semuanya ke dalam tangan raja itu.+ 18 Semua perkakas di rumah Tuhan yang benar, baik yang kecil mahupun yang besar, dibawa ke Babilon. Selain itu, benda-benda berharga di dalam Rumah Yehuwa dan harta milik raja dan milik para pemimpinnya juga dibawa ke sana.+ 19 Raja itu membakar rumah Tuhan yang benar,+ merobohkan tembok Yerusalem,+ membakar semua menara yang kukuh, dan menghancurkan segala sesuatu yang berharga.+ 20 Dia juga membawa semua orang yang tidak dibunuh dengan pedang+ ke Babilon sebagai tawanan. Di sana, mereka dipaksa menjadi hamba kepada dia+ dan anak-anaknya sehingga kerajaan Persia mula memerintah.+ 21 Hal ini akan berlanjutan sehingga negeri itu telah membayar balik tahun-tahun Sabatnya.+ Negeri itu akan dibiarkan tandus selama 70 tahun untuk memenuhi Sabat.+ Demikianlah firman Yehuwa yang disampaikan oleh Yeremia+ menjadi kenyataan.

22 Pada tahun pertama pemerintahan Raja Kores+ dari Persia, Yehuwa memastikan apa yang difirmankan oleh-Nya melalui Yeremia+ menjadi kenyataan. Yehuwa menggerakkan hati Raja Kores dari Persia untuk mengeluarkan satu perintah yang akan dicatat lalu diumumkan di seluruh kerajaannya.+ Perintah itu berbunyi: 23 “Inilah kata-kata Raja Kores dari Persia: ‘Yehuwa, Tuhan yang berkuasa atas syurga, telah menyerahkan semua kerajaan di bumi kepada beta.+ Dia juga memberikan tugas kepada beta untuk membina sebuah rumah untuk-Nya di Yehuda, iaitu di Yerusalem.+ Siapakah dalam kalangan kamu yang merupakan umat-Nya? Biarlah orang itu pulang ke Yerusalem, dan semoga Yehuwa, Tuhannya, menyertainya.’”+

Bahan Bacaan Bahasa Melayu (2004-2021)
Log Keluar
Log Masuk
  • Melayu
  • Kongsi
  • Pilihan
  • Copyright © 2021 Watch Tower Bible and Tract Society of Pennsylvania
  • Syarat Penggunaan
  • Polisi Privasi
  • JW.ORG
  • Log Masuk
Kongsi