Mazmur
104 Pujilah Yehuwa, hai jiwaku.+
Ya Yehuwa, Tuhanku, Engkau sangat agung.+
Engkau berpakaian kemegahan dan kemuliaan.+
2 Engkau menyelubungi diri-Mu dengan cahaya+ seperti pakaian;
Engkau membentangkan langit seperti membentangkan kain khemah.+
3 Dia meletakkan tiang-tiang bilik-Nya di atas air di langit.+
Dia menjadikan awan-awan sebagai kereta kuda-Nya,+
Dan Dia berjalan di atas angin.+
4 Dia menjadikan malaikat-Nya makhluk roh,
Dan menjadikan hamba-hamba-Nya api yang berkobar-kobar.+
5 Dia telah mendirikan bumi kukuh pada asasnya;+
Bumi tidak akan bergerak dari tempatnya buat selama-lamanya.+
6 Engkau menyelubungi bumi dengan lautan seperti menyelubunginya dengan sehelai pakaian.+
Air menutupi puncak gunung.
7 Air itu surut apabila Engkau menegurnya;+
Air itu mengalir dengan deras apabila mendengar suara-Mu yang gemuruh.
8 Naiklah gunung-ganang!+ Turunlah lembah-lembah!
Semuanya pergi ke tempat yang telah Engkau tetapkan.
9 Engkau menetapkan sempadan dan air tidak boleh melintasi sempadan itu,+
Supaya air tidak menutupi bumi lagi.
10 Dia membuka mata air di lembah-lembah,*
Dan air mengalir di antara gunung-ganang.
11 Air itu menjadi sumber minuman kepada semua binatang liar di padang;
Keldai-keldai yang liar tidak lagi dahaga.
12 Berhampiran mata air itu, burung-burung membuat sarang,
Dan berkicauan di antara pokok-pokok yang rimbun.
13 Dia mengairi pergunungan dari bilik-bilik-Nya.+
Bumi puas hati dengan hasil kerja tangan-Nya.+
14 Dia membuat rumput bertumbuh untuk lembu,
Dan tumbuh-tumbuhan untuk kegunaan manusia,+
Supaya tanah menghasilkan makanan,
15 Wain yang membuat hati manusia gembira,+
Minyak yang menyerikan wajah mereka,
Dan roti yang menguatkan manusia.+
16 Pokok-pokok Yehuwa telah dipuaskan.
Ya, pokok-pokok sedar di Lebanon yang ditanam oleh-Nya telah dipuaskan.
17 Di sanalah burung-burung membuat sarang.
Burung bangau+ membuat rumahnya di pokok juniper.
18 Kambing gunung tinggal di gunung yang tinggi;+
19 Dia telah menciptakan bulan untuk menandakan waktu;
Matahari pun tahu waktunya untuk terbenam.+
20 Engkau membawa kegelapan lalu hari menjadi malam,+
Dan semua binatang liar di dalam hutan mula berkeliaran.
22 Apabila matahari terbit,
Singa-singa itu pulang dan berehat di sarang mereka.
23 Manusia keluar bekerja,
Dan terus bekerja sehingga petang.
24 Betapa banyaknya perbuatan-Mu, ya Yehuwa!+
Engkau telah menciptakan semuanya dengan bijaksana.+
Bumi penuh dengan hasil karya-Mu.
25 Lihatlah laut yang luas terbentang,
Sarat dengan makhluk hidup yang tidak terkira, baik kecil mahupun besar.+
27 Semuanya menantikan Engkau
Untuk memberikan makanan pada waktunya.+
28 Engkau memberikan makanan, dan mereka mengumpulkannya.+
Engkau membuka tangan-Mu, dan mereka dipuaskan dengan perkara-perkara yang baik.+
29 Apabila Engkau berpaling daripada mereka, mereka berasa gelisah.
Jika Engkau mengambil nafas mereka, mereka mati dan kembali ke tanah.+
30 Jika Engkau mencurahkan kuasa suci-Mu, mereka diciptakan,+
Dan Engkau memberikan kehidupan baharu kepada bumi.
31 Kemuliaan Yehuwa kekal selama-lamanya.
Yehuwa bergembira kerana semua perbuatan-Nya.+
32 Dia memandang bumi, bumi pun bergegar;
Dia menyentuh gunung, gunung pun berasap.+
33 Aku akan bernyanyi kepada Yehuwa+ seumur hidupku;
Aku akan menyanyikan lagu pujian kepada* Tuhanku selagi aku hidup.+
34 Semoga fikiranku* menyenangkan hati-Nya.
Aku akan bersukacita kerana Yehuwa.
35 Orang yang berdosa akan lenyap dari muka bumi,
Dan orang jahat tidak akan wujud lagi.+
Pujilah Yehuwa, hai jiwaku! Pujilah Yah!*