Mazmur
Mazmur yang digubah oleh Daud.
א [Alef]
25 Ya Yehuwa, aku berpaling kepada-Mu.
ב [Bet]
Janganlah biarkan musuh-musuhku bersukacita atas kesusahanku.+
ג [Gimel]
3 Sememangnya orang yang berharap kepada-Mu tidak akan dimalukan,+
Tetapi orang yang suka berkhianat akan mendapat malu.+
ד [Dalet]
ה [He]
5 Ajarlah aku dan bantulah aku untuk menempuh haluan-Mu yang benar,+
Kerana Engkaulah Tuhan yang menyelamatkan aku.
ו [Waw]
Aku berharap kepada-Mu sepanjang waktu.
ז [Zayin]
ח [Het]
7 Janganlah ingat akan kesalahanku dan dosa yang aku lakukan pada masa muda.
Ya Yehuwa, ingatlah aku kerana kasih setia-Mu,
Dan kerana kebaikan-Mu.+
ט [Tet]
8 Ya Yehuwa, Engkau baik dan adil.+
Itulah sebabnya Engkau mengajar orang yang berdosa jalan yang harus diikuti.+
י [Yod]
9 Engkau membimbing orang yang rendah hati ke jalan yang benar,+
Dan Engkau mengajar mereka untuk mengikut haluan-Mu.+
כ [Kap]
10 Ya Yehuwa, Engkau sentiasa mengasihi* orang yang mematuhi perintah-Mu;+
Engkau tetap setia terhadap orang yang berpegang pada perjanjian-Mu.+
ל [Lamed]
11 Ya Yehuwa, walaupun dosaku besar,
Ampunilah aku demi nama-Mu.+
מ [Mem]
12 Siapakah yang takut akan-Mu, ya Yehuwa?+
Engkau akan mengajarnya jalan yang harus dipilih olehnya.+
נ [Nun]
ס [Samek]
14 Ya Yehuwa, Engkau sahabat akrab orang yang takut terhadap-Mu,+
Dan Engkau menyatakan perjanjian-Mu kepada mereka.+
ע [Ayin]
15 Aku sentiasa berlindung kepada-Mu, ya Yehuwa,+
Kerana Engkau akan melepaskan kakiku daripada jerat.+
פ [Pe]
16 Berpalinglah kepadaku dan tunjukkanlah kebaikan kepadaku,
Kerana aku keseorangan dan tidak berdaya.
צ [Tsade]
17 Kebimbangan dalam hatiku semakin bertambah;+
Selamatkanlah aku daripada penderitaanku.
ר [Res]
19 Lihatlah betapa banyaknya musuhku!
Mereka sangat membenci aku dan ingin melakukan keganasan terhadapku.
ש [Syin]
20 Peliharalah nyawaku dan selamatkanlah aku.+
Janganlah biarkan aku dimalukan, kerana aku berlindung kepada-Mu.
ת [Taw]
22 Ya Tuhan, selamatkanlah Israel daripada segala penderitaannya.