Amsal
Anak yang bijak membuat bapanya gembira,+
Tetapi anak yang bodoh menyebabkan ibunya sedih.
2 Harta yang diperoleh dengan tipu muslihat tidak membawa manfaat,
Tetapi kebaikan menyelamatkan orang daripada kematian.+
3 Yehuwa tidak akan membiarkan orang baik kelaparan,+
Dan Dia tidak akan memuaskan keinginan orang jahat.
5 Anak yang mengumpulkan hasil tanaman pada musim panas, bertindak dengan pengertian,
Tetapi anak yang tidur nyenyak semasa musim menuai, memalukan diri sendiri.+
6 Orang baik akan mendapat perkenan orang lain;+
Orang jahat menyembunyikan kekejaman di sebalik kata-kata mereka.
9 Orang jujur akan berjalan dengan selamat,+
Tetapi orang yang suka memperdaya akhirnya akan ketahuan.+
10 Orang licik yang suka menipu menyebabkan orang menderita.+
Orang yang mengucapkan kata-kata yang bodoh akan menerima akibatnya.+
11 Kata-kata orang baik ialah sumber kesegaran,*+
Tetapi di sebalik kata-kata orang jahat tersembunyi kekejaman.+
13 Orang yang berpengertian akan mengucapkan kata-kata yang bijak;+
14 Orang bijak menghargai pengetahuan,+
Tetapi orang bodoh mengakibatkan kebinasaan dengan kata-katanya.+
15 Kekayaan merupakan kota yang bertembok bagi orang kaya,
Tetapi kemiskinan ialah kemusnahan bagi orang miskin.+
16 Perbuatan baik mendatangkan kehidupan,
Tetapi perbuatan jahat mengakibatkan dosa.+
17 Orang yang menerima disiplin membantu orang lain menuju ke jalan kehidupan,*
Tetapi orang yang menolak teguran menyebabkan orang lain menyimpang daripada haluan yang benar.
18 Orang yang menyembunyikan kebenciannya ialah pendusta,+
Dan orang yang memfitnah* ialah orang bodoh.
19 Orang yang bercakap banyak pasti akan berdosa,+
Tetapi orang yang mengawal bibirnya bertindak dengan bijak.+
20 Lidah orang baik bagaikan perak yang murni,+
Tetapi hati orang jahat sedikit nilainya.
21 Orang baik membimbing banyak orang dengan kata-katanya,+
Tetapi orang bodoh mati kerana kurang pengertian.+
23 Orang bodoh menganggap perbuatan yang memalukan seperti permainan,
Tetapi orang yang berpengertian akan mengejar kebijaksanaan.+
24 Orang jahat akan ditimpa perkara yang ditakutinya,
Tetapi orang baik akan mendapat perkara yang diinginkannya.+
25 Apabila ribut melanda, orang jahat akan lenyap,+
Tetapi orang baik bagaikan asas yang tetap kukuh selamanya.+
26 Seperti cuka pada gigi dan asap pada mata,
Demikianlah orang yang malas bagi majikannya.
28 Harapan orang baik kelak mendatangkan sukacita,+
Tetapi harapan orang jahat akhirnya akan musnah.+
29 Haluan Yehuwa bagaikan perlindungan bagi orang yang tidak bercela+
Tetapi mendatangkan kehancuran bagi orang yang berbuat jahat.+
30 Orang baik akan tetap hidup aman sentosa,+
Tetapi orang jahat tidak akan dibiarkan hidup di bumi.+
31 Mulut orang baik akan mengucapkan kata-kata yang bijak,
Tetapi mulut orang keji akan dibungkam selama-lamanya.
32 Orang baik mengucapkan kata-kata yang menyenangkan,
Tetapi orang jahat mengucapkan kata-kata yang keji.