PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN Watchtower
Watchtower
PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN
Melayu
  • BIBLE
  • BAHAN BACAAN
  • PERJUMPAAN
  • Yeremia 17
  • Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu

Tiada video untuk bahagian ini.

Maaf, terdapat masalah memainkan video.

Rangka Yeremia

      • Dosa Yehuda tidak akan dilupakan (1-4)

      • Berkat kerana berharap kepada Yehuwa (5-8)

      • Hati manusia yang licik (9-11)

      • Yehuwa, harapan Israel (12, 13)

      • Doa Yeremia (14-18)

      • Pastikan agar hari Sabat tetap suci (19-27)

Yeremia 17:2

Nota kaki

  • *

    Lihat Kamus.

Rujukan Silang

  • +Hak 3:7; 2 Taw 24:18; 33:1, 3
  • +Yes 1:29; Yeh 6:13

Yeremia 17:3

Rujukan Silang

  • +2 Raj 24:11, 13; Yer 15:13
  • +Im 26:30; Yeh 6:3

Yeremia 17:4

Nota kaki

  • *

    Atau mungkin, “Kerana kamu seperti api yang telah membuat kemarahan-Ku membara.”

Rujukan Silang

  • +Rat 5:2
  • +Ul 28:48; Yer 16:13
  • +Yes 5:25; Yer 15:14

Yeremia 17:5

Rujukan Silang

  • +Yes 30:1, 2
  • +2 Raj 16:7

Yeremia 17:7

Rujukan Silang

  • +Mz 34:8; 146:5; Yes 26:3

Yeremia 17:8

Nota kaki

  • *

    Harfiah, “tahun.”

Rujukan Silang

  • +Mz 1:3; 92:12, 13

Yeremia 17:9

Nota kaki

  • *

    Atau mungkin, “tidak dapat disembuhkan.”

  • *

    Atau “lebih suka menipu.”

Rujukan Silang

  • +Kej 6:5; 8:21; Ams 28:26

Yeremia 17:10

Nota kaki

  • *

    Atau “perasaan manusia yang terdalam.” Harfiah, “ginjal.”

Rujukan Silang

  • +1Sa 16:7; 1 Taw 28:9; Ams 17:3; 21:2
  • +Rm 2:6; Ga 6:7; Why 2:23; 22:12

Indeks-Indeks

  • Panduan Penyelidikan

    Menara Pengawal,

    15/3/2013, ms. 9

Yeremia 17:11

Rujukan Silang

  • +Ams 28:20; Yes 1:23; Yak 5:4

Yeremia 17:12

Rujukan Silang

  • +2 Taw 2:5; Yes 6:1

Yeremia 17:13

Nota kaki

  • *

    Harfiah, “daripada-Ku,” nampaknya merujuk kepada Yehuwa.

Rujukan Silang

  • +Mz 73:27; Yes 1:28
  • +Yer 2:13; Why 22:1

Yeremia 17:14

Rujukan Silang

  • +Yer 15:20

Yeremia 17:15

Rujukan Silang

  • +Yes 5:19; 2 Ptr 3:4

Yeremia 17:18

Rujukan Silang

  • +Yer 15:15; 20:11
  • +Yer 18:23

Yeremia 17:19

Nota kaki

  • *

    Harfiah, “pintu gerbang anak-anak lelaki rakyat.”

Rujukan Silang

  • +Yer 7:2

Yeremia 17:21

Rujukan Silang

  • +Neh 13:19

Yeremia 17:22

Rujukan Silang

  • +Kel 20:9, 10; Im 23:3
  • +Kel 31:13

Yeremia 17:23

Rujukan Silang

  • +Yes 48:4; Yeh 20:13

Yeremia 17:24

Rujukan Silang

  • +Ul 5:12-14

Yeremia 17:25

Rujukan Silang

  • +Mz 132:11
  • +Yer 22:4

Yeremia 17:26

Nota kaki

  • *

    Atau “dari selatan.”

Rujukan Silang

  • +Yer 32:44
  • +Yer 33:13
  • +Im 1:3
  • +Ezr 3:3
  • +Im 2:1, 2
  • +Mz 107:22; 116:17; Yer 33:10, 11

Yeremia 17:27

Rujukan Silang

  • +2 Raj 25:9, 10; Yer 39:8
  • +2 Raj 22:16, 17; Rat 4:11

Lain

Yer. 17:2Hak 3:7; 2 Taw 24:18; 33:1, 3
Yer. 17:2Yes 1:29; Yeh 6:13
Yer. 17:32 Raj 24:11, 13; Yer 15:13
Yer. 17:3Im 26:30; Yeh 6:3
Yer. 17:4Rat 5:2
Yer. 17:4Ul 28:48; Yer 16:13
Yer. 17:4Yes 5:25; Yer 15:14
Yer. 17:5Yes 30:1, 2
Yer. 17:52 Raj 16:7
Yer. 17:7Mz 34:8; 146:5; Yes 26:3
Yer. 17:8Mz 1:3; 92:12, 13
Yer. 17:9Kej 6:5; 8:21; Ams 28:26
Yer. 17:101Sa 16:7; 1 Taw 28:9; Ams 17:3; 21:2
Yer. 17:10Rm 2:6; Ga 6:7; Why 2:23; 22:12
Yer. 17:11Ams 28:20; Yes 1:23; Yak 5:4
Yer. 17:122 Taw 2:5; Yes 6:1
Yer. 17:13Mz 73:27; Yes 1:28
Yer. 17:13Yer 2:13; Why 22:1
Yer. 17:14Yer 15:20
Yer. 17:15Yes 5:19; 2 Ptr 3:4
Yer. 17:18Yer 15:15; 20:11
Yer. 17:18Yer 18:23
Yer. 17:19Yer 7:2
Yer. 17:21Neh 13:19
Yer. 17:22Kel 20:9, 10; Im 23:3
Yer. 17:22Kel 31:13
Yer. 17:23Yes 48:4; Yeh 20:13
Yer. 17:24Ul 5:12-14
Yer. 17:25Mz 132:11
Yer. 17:25Yer 22:4
Yer. 17:26Yer 32:44
Yer. 17:26Yer 33:13
Yer. 17:26Im 1:3
Yer. 17:26Ezr 3:3
Yer. 17:26Im 2:1, 2
Yer. 17:26Mz 107:22; 116:17; Yer 33:10, 11
Yer. 17:272 Raj 25:9, 10; Yer 39:8
Yer. 17:272 Raj 22:16, 17; Rat 4:11
  • Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
  • 1
  • 2
  • 3
  • 4
  • 5
  • 6
  • 7
  • 8
  • 9
  • 10
  • 11
  • 12
  • 13
  • 14
  • 15
  • 16
  • 17
  • 18
  • 19
  • 20
  • 21
  • 22
  • 23
  • 24
  • 25
  • 26
  • 27
Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
Yeremia 17:1-27

Yeremia

17 “Dosa Yehuda ditulis dengan pena besi.

Dengan mata pena berlian, dosa mereka diukir pada hati mereka,

Dan pada tanduk-tanduk mazbah mereka.

 2 Anak-anak lelaki mereka terkenang akan mazbah dan tiang-tiang suci* mereka yang telah didirikan+

Di sebelah setiap pokok yang subur, di bukit-bukit yang tinggi,+

 3 Dan di gunung-ganang yang terletak di kawasan padang yang lapang.

Maka Aku akan membiarkan kekayaan dan harta kamu dijarah.+

Aku juga akan membiarkan tempat-tempat ibadat kamu dijarah kerana kamu telah melakukan banyak dosa di seluruh negeri ini.+

 4 Kamu akan kehilangan warisan yang telah Aku berikan kepada kamu kerana perbuatan kamu sendiri.+

Aku akan membiarkan kamu menjadi hamba musuh-musuh kamu di negeri yang tidak kamu kenal,+

Kerana kamu telah membangkitkan api kemarahan-Ku.*+

Ya, kemarahan-Ku akan membara buat selama-lamanya.”

 5 Inilah firman Yehuwa:

“Terkutuklah orang yang berharap kepada manusia fana,+

Yang bergantung pada kekuatan manusia,+

Dan yang hatinya meninggalkan Yehuwa.

 6 Orang itu akan menjadi seperti sebatang pokok di padang gurun yang luas.

Dia tidak akan mengalami apa-apa yang baik.

Dia akan terus tinggal di tanah yang kering di padang belantara,

Di tanah masin yang tidak dapat dihuni oleh sesiapa pun.

 7 Terpujilah orang yang berharap kepada Yehuwa,

Yang bergantung pada Yehuwa.+

 8 Orang itu akan menjadi seperti sebatang pokok yang ditanam di tepi air,

Yang akarnya bertumbuh ke arah sungai.

Meskipun matahari panas terik, dia tidak akan merasainya.

Daun-daunnya sentiasa lebat.+

Pada musim* kemarau, dia tidak risau,

Atau berhenti menghasilkan buah.

 9 Hati manusia nekad* dan lebih licik* daripada segala-galanya.+

Siapakah yang dapat memahami hati manusia?

10 Aku, Yehuwa, memeriksa hati manusia,+

Dan menyelidiki fikiran manusia yang tersembunyi,*

Agar Aku dapat memperlakukan setiap orang menurut tingkah lakunya,

Dan setimpal dengan perbuatannya.+

11 Seperti burung yang menetaskan telur yang bukan miliknya,

Begitulah orang yang memperoleh kekayaan dengan cara yang tidak jujur.+

Pada pertengahan umurnya, dia akan kehilangan kekayaannya,

Dan pada akhir hidupnya akan terbukti bahawa dia orang yang bodoh sekali.”

12 Takhta Tuhan yang agung telah dimuliakan sejak mula lagi.

Takhta itu ialah tempat suci kita.+

13 Ya Yehuwa, Engkaulah harapan Israel.

Semua orang yang meninggalkan-Mu akan dimalukan.

Nama-nama orang yang murtad dan yang berpaling daripada-Mu* akan ditulis di atas tanah,+

Kerana mereka telah meninggalkan Engkau, ya Yehuwa, sumber air yang hidup.+

14 Ya Yehuwa, jika Engkau menyembuhkan aku, aku akan sihat.

Jika Engkau menyelamatkan aku, aku akan selamat.+

Engkau sahajalah yang aku puji.

15 Lihatlah! Ada orang yang berkata kepadaku,

“Mengapakah firman Yehuwa belum terjadi?+

Biarlah firman-Nya menjadi kenyataan!”

16 Tetapi aku tidak melarikan diri. Aku terus menjadi gembala yang mengikuti-Mu.

Aku juga tidak menanti-nantikan kedatangan hari malapetaka.

Engkau tahu benar segala kata-kata yang bibirku ucapkan.

Semuanya berlaku di hadapan-Mu!

17 Janganlah menyebabkan aku menjadi takut.

Engkaulah tempat naunganku pada hari malapetaka melanda.

18 Biarlah orang yang menganiayaku dimalukan,+

Tetapi janganlah biarkan aku dimalukan.

Biarlah mereka menjadi gentar,

Tetapi janganlah buat aku menjadi gentar.

Datangkanlah malapetaka atas mereka,+

Hancurkanlah mereka dan binasakanlah mereka sama sekali.

19 Yehuwa berfirman kepadaku, “Pergilah dan berdirilah di pintu gerbang utama* yang dilalui raja-raja Yehuda apabila mereka keluar masuk kota. Kemudian berdirilah di pintu-pintu gerbang yang lain di Yerusalem.+ 20 Katakanlah kepada mereka, ‘Dengarlah firman Yehuwa, wahai raja-raja Yehuda, semua orang Yehuda, dan semua penduduk Yerusalem, yang masuk melalui pintu-pintu gerbang ini. 21 Inilah firman Yehuwa: “Berjaga-jagalah! Janganlah angkat barang pada hari Sabat atau membawanya masuk melalui pintu-pintu gerbang Yerusalem.+ 22 Janganlah bekerja atau mengangkat barang keluar dari rumah kamu pada hari Sabat.+ Pastikanlah agar hari Sabat tetap suci, seperti yang telah Aku perintahkan kepada nenek moyang kamu.+ 23 Tetapi mereka menutup telinga dan tidak mahu mendengar. Mereka berdegil dan enggan mematuhi-Ku atau menerima disiplin daripada-Ku.”’+

24 “‘“Namun, jika kamu mematuhi-Ku dengan sepenuhnya,” firman Yehuwa, “dan tidak mengangkat barang melalui pintu-pintu gerbang kota ini pada hari Sabat, dan jika kamu memastikan agar hari Sabat tetap suci dengan tidak bekerja,+ 25 raja-raja dan para pemerintah yang duduk di atas takhta Daud+ akan masuk melalui pintu-pintu gerbang kota ini dengan mengenderai kereta kuda dan menunggang kuda. Raja-raja, para pemerintah, orang Yehuda, dan penduduk Yerusalem,+ akan masuk ke kota ini bersama-sama. Kota ini akan dihuni buat selama-lamanya. 26 Orang akan datang dari kota-kota Yehuda, dari kawasan sekitar Yerusalem, dari negeri Benyamin,+ dari kawasan tanah rendah,+ dari kawasan pergunungan, dan dari Negeb.* Mereka akan membawa korban bakar,+ korban-korban binatang,+ korban bijirin,+ kemenyan putih, dan korban-korban kesyukuran ke Rumah Yehuwa.+

27 “‘“Tetapi, jika kamu tidak mematuhi Aku dan tidak memastikan agar hari Sabat tetap suci, dan jika kamu mengangkat barang melalui pintu-pintu gerbang Yerusalem pada hari Sabat, Aku akan membakar pintu-pintu gerbang kota ini. Api itu akan membakar menara-menara kukuh di Yerusalem,+ dan api itu tidak akan dipadamkan.”’”+

Bahan Bacaan Bahasa Melayu (2004-2021)
Log Keluar
Log Masuk
  • Melayu
  • Kongsi
  • Pilihan
  • Copyright © 2021 Watch Tower Bible and Tract Society of Pennsylvania
  • Syarat Penggunaan
  • Polisi Privasi
  • JW.ORG
  • Log Masuk
Kongsi