-
Matius 25:35, 36Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
-
-
35 Semasa aku lapar, kamu memberi aku makanan; aku dahaga dan kamu memberi aku minuman. Kamu tidak mengenal aku, tetapi kamu menyambut aku ke dalam rumahmu.+ 36 Aku tidak berpakaian* tetapi kamu memberi aku pakaian.+ Aku jatuh sakit dan kamu menjaga aku. Aku dipenjarakan dan kamu datang melawat aku.’+
-
-
Lukas 3:11Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
-
-
11 Dia berkata kepada mereka, “Hendaklah orang yang mempunyai dua helai pakaian memberikan sehelai kepada orang yang tidak mempunyai pakaian, dan hendaklah orang yang mempunyai makanan mengongsi makanannya.”+
-
-
1 Yohanes 3:17Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
-
-
17 Jika ada sesiapa yang mampu menyara kehidupan sendiri dan melihat saudaranya memerlukan bantuan tetapi enggan berbelas kasihan terhadapnya, dapatkah kita mengatakan bahawa orang itu mengasihi Tuhan?+
-