Amsal
2 Orang bijak berkata-kata berdasarkan pengetahuan,+
Tetapi orang bebal mengucapkan kata-kata yang bodoh.
4 Kata-kata yang menenangkan bagaikan pokok kehidupan,+
Tetapi kata-kata yang berputar belit mematahkan semangat.
6 Rumah orang baik mengandungi banyak harta,
Tetapi apa yang diperoleh orang jahat mendatangkan kesusahan kepada dirinya sendiri.+
9 Yehuwa sangat membenci orang jahat dan haluan mereka,+
Tetapi Dia mengasihi orang yang berusaha melakukan apa yang benar.+
10 Disiplin nampaknya buruk* bagi orang yang meninggalkan haluan yang benar,+
Dan orang yang membenci teguran akan mati.+
11 Kuburan* dan jurang kemusnahan* terbentang di depan mata Yehuwa,+
Apatah lagi hati manusia!+
12 Orang yang angkuh* tidak mengasihi orang yang menegurnya;*+
Dia tidak akan meminta nasihat daripada orang bijak.+
13 Hati yang gembira membuat wajah berseri-seri,
Tetapi kepedihan hati mematahkan semangat.+
14 Orang yang mempunyai hati yang berpengertian mencari pengetahuan,+
Tetapi orang yang bodoh mengejar kebodohan.+
15 Bagi orang yang menderita,* kehidupan sentiasa dipenuhi kesengsaraan,+
Tetapi bagi orang yang ceria, kehidupan sentiasa dipenuhi kegembiraan.*+
17 Lebih baik makan sayur tetapi disertai kasih,+
Daripada makan daging lembu yang gemuk tetapi disertai kebencian.+
18 Orang yang panas baran menimbulkan persengketaan,+
Tetapi orang yang lambat marah meredakan pertengkaran.+
19 Jalan orang malas seperti semak berduri,+
Tetapi haluan orang yang tulus hati seperti jalan yang rata.+
21 Orang yang kurang pengertian suka akan kebodohan,+
Tetapi orang yang mempunyai daya penilaian mengikut haluan yang betul.+
22 Rancangan gagal jika tiada perbincangan,
Tetapi rancangan berjaya jika disertai banyak penasihat.+
23 Seseorang bersukacita kerana mengucapkan kata-kata yang baik;+
Alangkah baiknya kata-kata yang diucapkan tepat pada waktunya!+
24 Orang yang berpengertian mengambil jalan mendaki yang menuju kehidupan,+
25 Yehuwa akan merobohkan rumah orang yang angkuh,+
Tetapi Dia akan melindungi sempadan tanah seorang balu.+
27 Orang yang mengaut keuntungan secara tidak jujur membawa padah* kepada rumah tangganya,+
Tetapi orang yang membenci rasuah akan terus hidup.+
28 Orang baik berfikir secara mendalam sebelum menjawab,*+
Tetapi orang jahat mengucapkan kata-kata yang keji.
29 Yehuwa jauh daripada orang yang berbuat jahat,
Tetapi Dia mendengar doa orang yang berbuat benar.+
30 Wajah yang berseri-seri menggembirakan hati;
Berita yang baik memberikan semangat.+
31 Orang yang mendengarkan teguran yang membawa kehidupan,
Tergolong bersama orang yang bijak.+