Berita Baik yang Disampaikan oleh Matius
5 Ketika melihat orang ramai itu, dia naik ke atas gunung lalu duduk. Kemudian murid-muridnya datang kepadanya, 2 dan dia mula mengajar mereka. Dia berkata,
3 “Berbahagialah orang yang sedar akan keperluan rohani mereka,+ kerana Kerajaan di syurga milik mereka.
4 “Berbahagialah orang yang berdukacita, kerana hati mereka akan dilegakan.+
5 “Berbahagialah orang yang lemah lembut,*+ kerana mereka akan mewarisi bumi.+
6 “Berbahagialah orang yang lapar dan haus+ akan keadilan,* kerana mereka akan dipuaskan.+
7 “Berbahagialah orang yang berbelas kasihan,+ kerana mereka akan mendapat belas kasihan.
8 “Berbahagialah orang yang berhati murni,+ kerana mereka akan melihat Tuhan.
9 “Berbahagialah orang yang berusaha mewujudkan kedamaian,*+ kerana mereka akan disebut anak-anak* Tuhan.
10 “Berbahagialah orang yang dianiaya kerana melakukan apa yang benar,+ kerana Kerajaan di syurga milik mereka.
11 “Berbahagialah kamu apabila orang menghina,+ menganiaya,+ dan mengatakan segala macam perkara yang keji untuk memfitnah kamu kerana kamu pengikutku.+ 12 Hendaklah kamu bergembira dan melimpah dengan sukacita,+ kerana ganjaran+ kamu besar di syurga. Ingatlah bahawa nabi-nabi sebelum kamu juga dianiaya dalam cara yang sama.+
13 “Kamu ialah garam+ dunia. Jika garam hilang rasa masinnya, dapatkah garam itu menjadi masin semula? Garam seperti itu tidak berguna untuk apa-apa pun, selain dibuang ke luar+ untuk dipijak-pijak orang.
14 “Kamu ialah cahaya dunia.+ Sebuah kota yang terletak di atas gunung tidak dapat disembunyikan. 15 Orang yang menyalakan pelita tidak akan meletakkan pelita di bawah bakul,* tetapi di atas kaki pelita supaya menerangi semua orang di dalam rumah.+ 16 Demikian juga, biarlah cahaya kamu bersinar di hadapan orang lain+ supaya mereka melihat perbuatan baik+ kamu dan memuji Bapa kamu yang di syurga.+
17 “Jangan berfikir bahawa aku datang untuk menghapuskan Hukum atau Ajaran Para Nabi. Aku datang bukan untuk menghapuskannya tetapi aku datang supaya semua ajaran itu berlaku.+ 18 Dengan sungguh-sungguh aku berkata kepada kamu: Biarpun langit dan bumi lenyap, satu titik atau huruf yang terkecil pun dalam Hukum tidak akan lenyap sehingga semua yang tertulis berlaku.+ 19 Maka, jika sesiapa melanggar salah satu perintah yang paling kecil dan mengajar orang lain berbuat demikian, dia tidak layak memasuki* Kerajaan di syurga. Tetapi sesiapa yang mentaati perintah itu dan mengajarkannya kepada orang lain, dia layak memasuki* Kerajaan di syurga. 20 Oleh itu, aku berkata kepada kamu: Jika kelakuan kamu tidak lebih baik daripada kelakuan jurutulis hukum dan orang Farisi,+ kamu pasti tidak akan memasuki Kerajaan di syurga.+
21 “Kamu sudah mendengar apa yang dikatakan kepada orang dahulukala: ‘Jangan membunuh,+ kerana sesiapa yang membunuh akan diadili di mahkamah.’+ 22 Namun aku berkata kepada kamu bahawa sesiapa yang terus marah+ terhadap saudaranya akan diadili di mahkamah. Sesiapa yang memaki hamun saudaranya akan dihadapkan ke Mahkamah Agung,* manakala sesiapa yang berkata, ‘Kau orang bodoh yang tidak berguna!’ akan dibuang dalam api Gehena.*+
23 “Oleh itu, semasa kamu membawa pemberianmu ke mazbah,+ dan kamu teringat bahawa saudaramu tidak senang hati terhadapmu, 24 tinggalkanlah pemberianmu itu di hadapan mazbah. Pergilah dan berdamailah dahulu dengan saudaramu, kemudian barulah kamu kembali untuk mempersembahkan pemberianmu.+
25 “Jika seseorang hendak mendakwa kamu, cepatlah menyelesaikan masalah kamu berdua semasa dalam perjalanan ke mahkamah, supaya dia tidak menyerahkan kamu kepada hakim, lalu hakim menyerahkan kamu kepada pengawal untuk dipenjarakan.+ 26 Ketahuilah, kamu akan terus meringkuk di dalam penjara selagi kamu tidak membayar hutang kamu sampai duit syiling kecil yang terakhir.*
27 “Kamu sudah mendengar ajaran ini: ‘Jangan berzina.’+ 28 Tetapi aku berkata kepada kamu bahawa sesiapa yang terus memandang seorang wanita+ dengan perasaan berahi sudah berzina dengannya dalam hati.+ 29 Jika mata kanan kamu membuat kamu tersandung, cungkillah dan buanglah mata itu.+ Lebih baik kamu kehilangan salah satu anggota tubuh kamu daripada seluruh tubuh kamu dibuang dalam Gehena.*+ 30 Jika tangan kanan kamu membuat kamu tersandung, potonglah dan buanglah tangan itu.+ Lebih baik kamu kehilangan salah satu anggota tubuh kamu daripada seluruh tubuh kamu dilemparkan dalam Gehena.*+
31 “Lagipun, ada ajaran yang berbunyi: ‘Sesiapa yang menceraikan isterinya harus memberinya surat cerai.’+ 32 Namun, aku berkata kepada kamu bahawa sesiapa yang menceraikan isterinya padahal isterinya tidak melakukan perbuatan seks yang tidak bermoral,* dia mungkin menyebabkan isterinya berzina jika isterinya berkahwin lagi. Sesiapa yang berkahwin dengan wanita yang diceraikan itu juga berzina.+
33 “Kamu juga sudah mendengar apa yang dikatakan kepada orang dahulukala: ‘Jangan berjanji* tanpa melakukannya.+ Lakukanlah apa yang telah kamu ikrarkan kepada Yehuwa.’*+ 34 Tetapi sekarang aku berkata kepada kamu: Jangan sekali-kali bersumpah+ sama ada demi syurga, kerana syurga ialah takhta Tuhan, 35 atau demi bumi, kerana bumi ialah alas kaki-Nya,+ atau demi Yerusalem, kerana kota itu ialah kota Raja yang agung.+ 36 Jangan bersumpah demi kepalamu, kerana kamu tidak dapat mengubah sehelai rambut pun menjadi hitam atau putih. 37 Katakan ‘Ya’ semasa kamu bermaksud ya, dan katakan ‘Tidak’ semasa kamu bermaksud tidak,+ kerana kata-kata yang selebihnya berasal daripada Si Jahat.+
38 “Kamu sudah mendengar ajaran ini: ‘Mata ganti mata dan gigi ganti gigi.’+ 39 Namun aku memberitahu kamu: Jangan melawan orang yang jahat. Jika seseorang menampar pipi kananmu, biarlah dia menampar pipi kirimu juga.+ 40 Jika seseorang ingin mendakwa kamu di mahkamah untuk menuntut jubah dalam kamu, biarlah dia mengambil jubah luar kamu juga.+ 41 Jika seorang penguasa mewajibkan kamu mengangkat barangnya sejauh satu kilometer,* angkatlah barangnya sejauh dua kilometer. 42 Jika orang meminta sesuatu daripada kamu, berikanlah kepadanya. Janganlah menolak permintaan seseorang yang ingin meminjam* daripadamu.+
43 “Kamu sudah mendengar ajaran ini: ‘Kamu mesti mengasihi orang lain+ dan membenci musuhmu.’ 44 Namun aku berkata kepada kamu: Teruslah mengasihi musuhmu+ dan berdoalah bagi orang yang menganiaya kamu.+ 45 Dengan demikian kamu dapat menjadi anak-anak* Bapa kamu yang di syurga,+ kerana Dia membuat matahari terbit untuk orang jahat dan orang baik, dan membuat hujan turun untuk orang baik dan orang jahat.+ 46 Jika kamu hanya mengasihi orang yang mengasihi kamu, apakah ganjaran kamu?+ Bukankah pemungut cukai juga berbuat demikian? 47 Dan jika kamu bertegur sapa dengan saudara kamu sahaja, apakah perkara luar biasa yang kamu lakukan? Bukankah orang daripada bangsa-bangsa lain juga berbuat demikian? 48 Oleh itu, kamu harus sempurna* sebagaimana Bapa kamu yang di syurga sempurna.+