Satu Yohanes
3 Lihatlah betapa besarnya kasih Bapa kepada kita!+ Dia mengizinkan kita disebut sebagai anak-anak Tuhan.+ Sesungguhnya kita ialah anak-anak Tuhan. Dunia tidak mengenal kita,+ kerana dunia tidak mengenal-Nya.+ 2 Saudara-saudara yang dikasihi, sekarang kita ialah anak-anak Tuhan,+ tetapi apa yang akan berlaku kepada kita kelak masih belum menjadi nyata.+ Kita tahu bahawa apabila Tuhan menunjukkan diri-Nya, kita akan menjadi seperti-Nya kerana kita akan melihat Dia dalam keadaan-Nya yang sebenar. 3 Semua orang yang menaruh harapan ini kepada Kristus* menyucikan diri sendiri,+ sebagaimana Yesus Kristus juga suci.
4 Setiap orang yang mengamalkan perbuatan berdosa juga mengamalkan perbuatan yang melanggar hukum, maka dosa ialah pelanggaran hukum. 5 Kamu juga tahu bahawa Yesus Kristus telah menampakkan diri untuk menghapuskan dosa kita,+ dan tidak ada dosa pada dirinya. 6 Setiap orang yang tetap bersatu dengannya tidak akan mengamalkan perbuatan berdosa.+ Orang yang mengamalkan perbuatan berdosa tidak pernah melihat atau mengenal dia. 7 Anak-anak yang dikasihi, janganlah biarkan sesiapa pun menyesatkan kamu. Yesus diperkenankan Tuhan, dan orang yang mengamalkan apa yang benar juga diperkenankan Tuhan. 8 Orang yang mengamalkan perbuatan berdosa berasal daripada Iblis, kerana Iblis telah berbuat dosa sejak permulaan.+ Tujuan Anak Tuhan menampakkan diri adalah untuk menghancurkan perbuatan Iblis.+
9 Setiap orang yang merupakan anak Tuhan tidak mengamalkan perbuatan berdosa,+ kerana kuasa suci Tuhan* tetap ada pada orang itu, dan dia tidak dapat mengamalkan perbuatan berdosa kerana dia ialah anak Tuhan.+ 10 Anak-anak Tuhan dan anak-anak Iblis dapat diketahui dengan jelas melalui fakta ini: Sesiapa yang tidak mengamalkan apa yang benar tidak berasal daripada Tuhan, begitu juga dengan sesiapa yang tidak mengasihi saudaranya.+ 11 Hal ini demikian kerana inilah perkhabaran yang kamu dengar sejak permulaan: Kita harus saling mengasihi.+ 12 Janganlah kita menjadi seperti Kain yang berasal daripada Si Jahat dan yang membunuh adiknya.+ Mengapakah dia membunuh adiknya? Dia membunuh adiknya kerana perbuatannya sendiri jahat,+ tetapi perbuatan adiknya baik.+
13 Saudara-saudara, janganlah kamu hairan bahawa dunia membenci kamu.+ 14 Kita tahu bahawa kita sudah mati, tetapi sekarang kita hidup semula+ kerana kita mengasihi saudara-saudara kita.+ Orang yang tidak mengasihi saudara-saudaranya tetap berada dalam kematian.+ 15 Setiap orang yang membenci saudaranya merupakan pembunuh,+ dan kamu tahu bahawa seorang pembunuh tidak akan menerima kehidupan abadi.+ 16 Kita mengenal kasih kerana Kristus menyerahkan nyawanya untuk kita.+ Maka kita juga mesti menyerahkan nyawa kita untuk saudara-saudara kita.+ 17 Jika ada sesiapa yang mampu menyara kehidupan sendiri dan melihat saudaranya memerlukan bantuan tetapi enggan berbelas kasihan terhadapnya, dapatkah kita mengatakan bahawa orang itu mengasihi Tuhan?+ 18 Anak-anak yang dikasihi, pastikanlah bahawa kasih kamu bukan sekadar ucapan di bibir,+ sebaliknya hendaklah kasih kamu tulus dan dibuktikan melalui perbuatan.+
19 Demikianlah caranya kita mengetahui bahawa kita berasal daripada kebenaran. Kita memiliki keyakinan dalam hati* bahawa Tuhan mengasihi kita 20 meskipun hati kita mungkin menyalahkan kita. Hal ini demikian kerana Tuhan lebih besar daripada hati kita dan mengetahui segala sesuatu.+ 21 Saudara-saudara yang dikasihi, jika hati kita tidak menyalahkan kita, kita dapat menghadap Tuhan dengan berani.*+ 22 Kita akan menerima apa sahaja yang kita minta daripada-Nya,+ kerana kita mematuhi perintah-perintah-Nya dan melakukan perkara-perkara yang menyenangkan hati-Nya. 23 Sesungguhnya, inilah perintah-Nya: Kita harus beriman kepada nama Anak-Nya, Yesus Kristus,+ dan kita harus saling mengasihi+ sebagaimana yang telah diperintahkan kepada kita. 24 Orang yang mematuhi perintah-Nya akan tetap bersatu dengan-Nya, dan Dia akan bersatu dengan orang sedemikian.+ Melalui kuasa suci yang diberikan-Nya kepada kita, kita tahu bahawa Dia tetap bersatu dengan kita.+