Amsal
12 Orang yang mencintai didikan,* mencintai pengetahuan,+
Tetapi orang yang membenci teguran tidak berakal.+
2 Orang baik diperkenankan oleh Yehuwa,
Tetapi orang yang merancang kejahatan dikutuk oleh-Nya.+
3 Orang yang mengamalkan kejahatan tidak akan berasa selamat,+
Tetapi orang baik seperti akar yang tidak dapat dicabut.
4 Isteri yang cekap ibarat mahkota bagi suaminya,+
Tetapi isteri yang memalukan suaminya bagaikan penyakit yang mereputkan tulang suaminya.+
5 Orang baik memikirkan perkara yang adil,
Tetapi orang jahat memberikan nasihat yang penuh tipu muslihat.
6 Kata-kata orang jahat seperti jerat yang membawa maut,+
Tetapi kata-kata orang baik mendatangkan penyelamatan.+
7 Apabila orang jahat dibinasakan, mereka tidak wujud lagi,
Tetapi rumah orang baik tidak akan runtuh.+
9 Lebih baik menjadi orang biasa yang memiliki seorang hamba,
Daripada meninggikan diri tetapi kelaparan.+
10 Orang baik menjaga binatang peliharaannya,+
Tetapi belas kasihan orang jahat itu kejam.
11 Orang yang rajin mengusahakan tanahnya mendapat banyak makanan,+
Tetapi orang yang kurang pengertian mengejar perkara yang sia-sia.
12 Orang jahat menginginkan barang jarahan orang keji,
Tetapi orang baik bagaikan pokok yang menghasilkan buah.
13 Orang jahat terjerat oleh kata-kata mereka yang berdosa,+
Tetapi orang baik akan terlepas daripada kesusahan.
14 Seseorang menikmati hasil yang baik kerana kata-katanya,+
Dan dia akan diberkati kerana hasil usahanya.
16 Orang bodoh lekas menunjukkan kemarahannya,+
Tetapi orang bijak tidak menghiraukan hinaan.
17 Saksi yang setia mengatakan apa yang benar,
Tetapi saksi yang palsu mengucapkan dusta.
18 Kata-kata yang melulu ibarat tikaman pedang,
Tetapi kata-kata orang yang bijak dapat menyembuhkan orang lain.+
20 Orang yang merancang kejahatan mempunyai hati yang penuh dengan tipu daya,
Tetapi orang yang berusaha mewujudkan kedamaian memperoleh sukacita.+
22 Yehuwa membenci orang yang berbohong,+
Tetapi Dia menyukai orang yang setia.
23 Orang bijak tidak menunjukkan* pengetahuan mereka,
Tetapi orang bebal mengumumkan kebodohan mereka.+
26 Orang baik memeriksa padang rumput mereka sendiri,
Tetapi orang jahat menyebabkan diri mereka sendiri menjadi sesat.
27 Kemalasan membuat seseorang tidak mahu keluar memburu,+
Tetapi kerajinan merupakan harta yang berharga bagi seseorang.
28 Haluan yang benar menuju kehidupan,+
Dan orang yang mengikut haluan itu tidak akan menemui maut.