Mazmur
Lagu yang digubah oleh Daud untuk dijadikan peringatan.
38 Ya Yehuwa, janganlah menegur aku sewaktu Engkau murka,
Dan janganlah membetulkan aku ketika Engkau marah.+
2 Anak panah-Mu telah menusuk ke dalam batinku,
Dan tangan-Mu telah meremukkan jiwaku.+
3 Seluruh tubuhku sakit kerana kemurkaan-Mu.
Hatiku tidak tenteram sama sekali akibat dosaku.+
4 Aku lemas dalam banjir dosaku;+
Dosaku bagaikan beban yang sangat berat, dan aku tidak lagi mampu menanggungnya.
5 Kerana perbuatanku yang bodoh,
Luka-lukaku bernanah dan berbau busuk.
6 Aku sungguh menderita dan berasa sangat muram;
Dukacita menyelubungi aku sepanjang hari.
7 Batinku terasa seperti api yang membara;
Seluruh tubuhku penuh dengan kesakitan.+
8 Aku remuk-redam dan perasaanku menjadi kaku;
Aku mengerang kerana hatiku amat terseksa.
9 Ya Yehuwa, Engkau mengetahui segala keinginan hatiku,
Dan Engkau mendengar semua keluhan jiwaku.
10 Jantungku berdebar-debar, dan tenagaku lesap.
Penglihatanku juga telah menjadi kabur.+
11 Sahabatku dan teman rapatku menjauhi aku kerana penyakitku,*
Dan orang yang akrab denganku pun enggan menghampiriku.
12 Orang yang ingin membunuh aku memasang jerat untukku;
Orang yang ingin mencelakakan aku mengancam aku;+
Sepanjang hari, mereka berkomplot untuk memperdayakan aku.
13 Tetapi seperti orang yang pekak, aku tidak mahu mendengarkan semua itu;+
Seperti orang yang bisu, aku enggan membuka mulutku.+
14 Aku menjadi seperti orang yang tidak dapat mendengar;
Aku tidak mengucapkan apa-apa untuk membela diriku,
16 Aku berkata, “Janganlah biarkan mereka bergembira atas kesusahanku
Atau bermegah-megah kerana kejatuhanku.”
17 Aku hampir jatuh,
Dan aku sentiasa berada dalam kesakitan.+
19 Musuh-musuhku sungguh kuat dan bertenaga;*
Orang yang membenci aku tanpa sebab semakin bertambah.
20 Mereka telah membalas kebaikanku dengan kejahatan;
Mereka menentang aku kerana aku berusaha melakukan apa yang baik.
21 Ya Yehuwa, janganlah tinggalkan aku.
Ya Tuhan, janganlah jauhkan diri-Mu daripadaku.+
22 Ya Yehuwa, Engkaulah Penyelamatku;+
Cepatlah datang untuk menolong aku.