Amsal
18 Orang yang mengasingkan diri, mementingkan keinginannya sendiri;
Orang sedemikian menolak* semua kebijaksanaan.
2 Orang bodoh tidak suka akan pengertian;
Dia hanya ingin mengatakan pendapatnya sendiri.+
3 Di mana ada orang jahat, di situ ada kebencian,
Dan di mana ada perbuatan yang memalukan, di situ ada kehinaan.+
4 Kata-kata seseorang bagaikan air yang dalam;+
Kebijaksanaan seseorang seperti anak sungai yang mengalir.
6 Pertuturan orang bodoh mengakibatkan pertengkaran,+
Dan kata-katanya menyebabkan orang lain ingin memukulnya.+
7 Mulut orang yang tidak berakal membinasakannya,+
Dan bibirnya menjadi seperti jerat bagi nyawanya.
10 Nama Yehuwa bagaikan menara yang kukuh;+
Ke sanalah orang yang baik* berlari dan mendapat perlindungan.+
11 Bagi orang yang kaya, kemewahannya bagaikan kota yang berkubu;
Dia menyangka bahawa* kekayaannya ialah tembok perlindungannya.+
12 Hati yang angkuh akan menyebabkan seseorang celaka,+
Tetapi kerendahan hati akan mendatangkan kemuliaan.+
13 Orang yang menjawab sebelum mendengar,
Bukan sahaja bodoh malah memalukan diri sendiri.+
14 Semangat dapat membantu seseorang menanggung derita penyakit,+
Tetapi jika seseorang patah semangat, dapatkah dia bertahan?+
15 Orang* yang berpengertian berusaha memperoleh pengetahuan,+
Dan orang* yang bijaksana berupaya mencari pengetahuan.
16 Hadiah membuka jalan bagi seseorang;+
Dengan hadiah itu, seseorang berpeluang berjumpa dengan orang yang ternama.
17 Orang yang pertama mengemukakan suatu perkara selalu nampaknya benar,+
Tetapi kebenaran akan diketahui setelah pihak yang lain datang dan memeriksa perkaranya.+
18 Membuang undi dapat mengakhiri pertikaian,+
Dan dapat menyelesaikan perbalahan antara orang yang berkuasa.
19 Lebih mudah menawan kota yang bertembok daripada mencuba menyenangkan hati saudara yang tersinggung;+
Ada pertengkaran yang susah dileraikan, sebagaimana pintu gerbang yang berpalang susah dibuka.+
20 Kata-kata yang diucapkan membawa kesan yang harus dirasakan;
Seseorang akan menuai akibat daripada apa yang diucapkannya.*+
21 Lidah boleh membawa kematian atau kehidupan;+
Sesiapa yang suka bercakap pasti merasakan kesan kata-katanya.+
22 Orang yang mendapat isteri yang baik,+
Mendapat sesuatu yang berharga dan memperoleh perkenan Yehuwa.+
23 Orang miskin memohon dengan sopan,
Tetapi orang kaya menjawab dengan kasar.