PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN Watchtower
PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN
Watchtower
Melayu
  • BIBLE
  • BAHAN BACAAN
  • PERJUMPAAN
  • od bab 15 ms. 157-161
  • Meraih Manfaat daripada Aturan Kekepalaan yang Ditetapkan Yehuwa

Tiada video untuk bahagian ini.

Maaf, terdapat masalah memainkan video.

  • Meraih Manfaat daripada Aturan Kekepalaan yang Ditetapkan Yehuwa
  • Diorganisasikan untuk Melakukan Kehendak Yehuwa
  • Tajuk Kecil
  • Bahan yang Berkaitan
  • CARA-CARA KITA MENUNJUKKAN KETUNDUKAN
  • Mengapakah Wanita Harus Tunduk kepada Lelaki?
    Menara Pengawal—2010
Diorganisasikan untuk Melakukan Kehendak Yehuwa
od bab 15 ms. 157-161

BAB 15

Meraih Manfaat daripada Aturan Kekepalaan yang Ditetapkan Yehuwa

TUHAN ialah Pemerintah Alam Semesta Yang Berdaulat. Jika kita ingin diorganisasikan untuk melakukan kehendak Yehuwa, kita mesti tunduk kepada-Nya. Kita mengakui Anak-Nya sebagai kepala sidang Kristian dan mematuhi aturan kekepalaan dalam pelbagai aspek kehidupan. Apabila kita tunduk kepada aturan kekepalaan yang ditetapkan Tuhan, semua orang akan meraih manfaat.

2 Konsep ketundukan kepada pihak yang diberi kuasa telah diperkenalkan kepada manusia di Taman Eden. Perintah Tuhan di Kejadian 1:28 dan 2:16, 17 menunjukkan bahawa semua makhluk di bumi harus tunduk kepada manusia, manakala Adam dan Hawa harus tunduk kepada kehendak dan kuasa Tuhan. Ketundukan itu akan membawa kedamaian dan ketertiban. Berabad-abad kemudian, Rasul Paulus telah menyebut tentang prinsip kekepalaan di 1 Korintus 11:3. Dia menulis, “Aku mahu kamu tahu bahawa Kristus ialah kepala setiap lelaki; lelaki ialah kepala wanita; dan Tuhan ialah kepala Kristus.” Jelaslah, kecuali Yehuwa, semua manusia dan makhluk roh harus menunjukkan ketundukan.

3 Kebanyakan orang hari ini tidak mengakui atau mematuhi prinsip kekepalaan. Mengapa? Masalahnya bermula di Taman Eden, ketika pasangan manusia yang pertama sengaja tidak mahu tunduk kepada kekepalaan Tuhan. (Kej. 3:4, 5) Namun, perbuatan mereka tidak membawa kebebasan yang lebih besar. Sebaliknya, mereka dikuasai makhluk roh yang jahat, iaitu Syaitan Si Iblis. Pemberontakan yang pertama itu telah menyebabkan manusia terasing daripada Tuhan. (Kol. 1:21) Akibatnya, kebanyakan orang hari ini masih dikuasai Si Jahat.​—1 Yoh. 5:19.

4 Setelah mempelajari kebenaran dalam Firman Tuhan dan menerapkannya dalam kehidupan, kita tidak lagi dipengaruhi oleh Syaitan. Sebagai Saksi yang telah membaktikan diri dan dibaptis, kita mengakui Yehuwa sebagai pemerintah yang tertinggi dalam kehidupan kita. Kita setuju dengan Raja Daud yang berkata bahawa Yehuwa ialah “penguasa atas segala-galanya.” (1 Taw. 29:11) Dengan rendah hati, kita mengakui “bahawa Yehuwa ialah Tuhan. Dialah yang menciptakan kita, dan kita merupakan milik-Nya. Kita umat-Nya, dan kita seperti biri-biri di padang rumput-Nya.” (Mzm. 100:3) Kita sedar bahawa Yehuwa agung dan merupakan pencipta segala sesuatu, maka kita patut tunduk kepada-Nya dengan sepenuhnya. (Why. 4:11) Yesus telah menunjukkan ketundukan yang sempurna kepada Tuhan. Sebagai hamba-hamba Tuhan, kita ingin meniru teladan Yesus.

5 Apakah yang dipelajari Yesus daripada penderitaannya di bumi? Ibrani 5:8 menyatakan, “Walaupun dia Anak Tuhan, dia mempelajari kepatuhan melalui penderitaan yang dialaminya.” Yesus tetap tunduk dan setia kepada Bapanya, walaupun semasa menghadapi kesusahan. Selain itu, Yesus tidak pernah melakukan apa-apa menurut kehendaknya sendiri. Dia tidak bercakap menurut pandangan sendiri dan tidak memuliakan diri sendiri. (Yoh. 5:19, 30; 6:38; 7:16-18) Semasa menginjil di bumi, dia suka melakukan kehendak Bapanya, walaupun hal itu menyebabkannya ditentang dan dianiaya. (Yoh. 15:20) Yesus “merendahkan diri” dan tetap tunduk kepada Tuhan “sehingga dia mati pada tiang seksaan.” Ketundukan Yesus yang sempurna mendatangkan banyak manfaat, seperti membawa penyelamatan yang kekal bagi manusia, kedudukan yang lebih tinggi bagi dirinya, dan kemuliaan bagi Bapanya.​—Flp. 2:5-11; Ibr. 5:9.

CARA-CARA KITA MENUNJUKKAN KETUNDUKAN

6 Apabila kita tunduk kepada Tuhan dan melakukan kehendak-Nya, kita dilindungi daripada banyak kekhuatiran dan kerunsingan yang sering dialami oleh orang yang enggan tunduk kepada kedaulatan Yehuwa. Musuh kita, Si Iblis, sentiasa mencari peluang untuk membaham kita. Namun, kita akan selamat jika kita merendahkan diri, tunduk kepada Yehuwa dengan rela, dan menentang Iblis.​—Mat. 6:10, 13; 1 Ptr. 5:6-9.

7 Dalam sidang Kristian, kita mengakui Kristus sebagai kepala sidang dan mengakui kuasa yang diberikannya kepada “hamba yang setia dan bijaksana.” Hal ini mempengaruhi sikap dan kelakuan kita terhadap satu sama lain. Oleh sebab kita tunduk kepada aturan Tuhan bagi sidang, kita akan mentaati Firman Tuhan dalam semua aspek ibadat kita, termasuk kerja penyebaran, perjumpaan, hubungan kita dengan para penatua, dan aturan-aturan organisasi.​—Mat. 24:45-47; 28:19, 20; Ibr. 10:24, 25; 13:7, 17.

8 Apabila kita tunduk kepada Yehuwa, kita akan mencerminkan sifat-sifat-Nya, dan hal ini akan menyumbang kepada kedamaian, keselamatan, dan ketertiban sidang Kristian. (1 Kor. 14:33, 40) Setelah Raja Daud menyaksikan perbezaan antara hamba-hamba Yehuwa dengan orang jahat, dia berkata dengan sukacita, “Berbahagialah umat yang mengakui Yehuwa sebagai Tuhan mereka!” (Mzm. 144:15) Sebagai ahli dalam organisasi Yehuwa, kita tentu mempunyai perasaan yang sama.

9 Dalam perkahwinan dan keluarga, “lelaki ialah kepala wanita.” Kristus ialah kepala lelaki, manakala Tuhan ialah kepala Kristus. (1 Kor. 11:3) Isteri harus tunduk kepada suami, dan anak-anak harus tunduk kepada ibu bapa. (Ef. 5:22-24; 6:1) Jika setiap ahli keluarga mematuhi prinsip kekepalaan, seluruh keluarga akan damai.

10 Seorang suami harus meniru Kristus dengan menunjukkan kasih semasa menggunakan kuasanya. (Ef. 5:25-29) Jika dia tidak menyalahgunakan kuasanya dan tidak mengabaikan tanggungjawabnya, isteri dan anak-anaknya akan tunduk kepadanya dengan rela hati. Seorang isteri merupakan penolong kepada suaminya. (Kej. 2:18) Apabila dia menghormati dan menyokong suaminya dengan sabar, dia akan disayangi suaminya dan membawa pujian kepada Tuhan. (1 Ptr. 3:1-4) Apabila suami dan isteri mengikut nasihat Bible tentang aturan kekepalaan, anak-anak akan mengikut teladan baik mereka dan tunduk kepada Tuhan.

Aturan kekepalaan mempengaruhi seluruh kehidupan kita

11 Ketundukan kita kepada Tuhan juga mempengaruhi pandangan kita terhadap “pihak berkuasa,” yang “diberi kedudukan masing-masing menurut aturan Tuhan.” (Rm. 13:1-7) Orang Kristian mematuhi undang-undang dan ‘memberikan milik Kaisar kepada Kaisar.’ Oleh itu, kita akan membayar cukai. Pada masa yang sama, kita ‘memberikan milik Tuhan kepada Tuhan.’ (Mat. 22:21) Selain itu, kita mematuhi undang-undang perlindungan data peribadi semasa membuat aturan untuk meliputi kawasan penyebaran. Kita taat dan patuh kepada pihak berkuasa selagi hal itu tidak bertentangan dengan hukum Yehuwa yang adil. Dengan berbuat demikian, kita dapat berfokus kepada kerja penyebaran tanpa diganggu.​—Mrk. 13:10; Kis. 5:29.

12 Aturan kekepalaan mempengaruhi seluruh kehidupan kita. Kita beriman bahawa suatu hari nanti, semua manusia akan tunduk kepada Tuhan Yehuwa. (1 Kor. 15:27, 28) Semua orang yang rela mengakui kedaulatan Yehuwa dan tunduk kepada-Nya buat selama-lamanya pasti diberkati dan hidup bahagia!

    Bahan Bacaan Bahasa Melayu (2004-2023)
    Log Keluar
    Log Masuk
    • Melayu
    • Kongsi
    • Pilihan
    • Copyright © 2026 Watch Tower Bible and Tract Society of Pennsylvania
    • Syarat Penggunaan
    • Polisi Privasi
    • Tetapan Privasi
    • JW.ORG
    • Log Masuk
    Kongsi