PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN Watchtower
PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN
Watchtower
Melayu
  • BIBLE
  • BAHAN BACAAN
  • PERJUMPAAN
  • lfb cerita 9 ms. 28-ms. 29 per. 1
  • Seorang Anak Lelaki Dilahirkan!

Tiada video untuk bahagian ini.

Maaf, terdapat masalah memainkan video.

  • Seorang Anak Lelaki Dilahirkan!
  • Belajar daripada Cerita-Cerita Bible
  • Bahan yang Berkaitan
  • Tuhan Memanggilnya “Puteri”
    Menara Pengawal (Umum)—2017
  • “Engkau Perempuan Cantik”
    Menara Pengawal (Umum)—2017
  • Dia Enggan Menoleh Ke Belakang
    Sembahlah Tuhan dengan Berani
  • Kepercayaan Abraham Diuji
    Buku Cerita Bible Saya
Lihat Selanjutnya
Belajar daripada Cerita-Cerita Bible
lfb cerita 9 ms. 28-ms. 29 per. 1
Sara sedang mendengar di pintu khemah semasa malaikat Tuhan bercakap kepada Abraham

CERITA 9

Seorang Anak Lelaki Dilahirkan!

Abraham dan Sara sudah lama berkahwin. Mereka meninggalkan kehidupan yang selesa di kota Ur dan hidup di dalam khemah. Tetapi, Sara tidak pernah merungut. Sebaliknya, dia percaya kepada Yehuwa.

Sara ingin sekali mempunyai anak sehingga dia berkata kepada Abraham, “Jika hamba perempuan saya, Hagar, mendapat seorang anak, anaknya bagaikan anak saya juga.” Tidak lama kemudian, Hagar melahirkan seorang anak lelaki yang dinamakan Ismael.

Sara mengandung

Beberapa tahun sudah berlalu. Pada suatu hari, tiga pelawat datang untuk mengunjungi Abraham dan Sara. Pada masa itu, Abraham berumur 99 tahun, dan Sara berumur 89 tahun. Abraham menjemput tiga pelawat itu untuk makan dan berehat di bawah pokok. Tahukah adik siapa mereka? Mereka ialah malaikat! Mereka memberitahu Abraham, “Tahun depan pada waktu yang sama, kamu dan Sara akan mendapat seorang anak lelaki.” Sara terdengar perbualan mereka lalu tertawa dalam hati dan berkata, “Dapatkah saya melahirkan anak sedangkan saya sudah tua?”

Seperti yang dijanjikan malaikat Yehuwa, Sara melahirkan seorang anak lelaki pada tahun berikutnya. Abraham menamakan anaknya Ishak, yang bermaksud “Gelak Ketawa.”

Semasa Ishak berumur kira-kira lima tahun, Sara melihat dia diejek oleh Ismael. Sara ingin melindungi Ishak. Jadi, dia berjumpa dengan Abraham dan menyuruhnya untuk mengusir Hagar dan Ismael. Pada mulanya, Abraham tidak mahu berbuat demikian. Tetapi, Yehuwa juga ingin melindungi Ishak. Maka, Dia berkata kepada Abraham, “Dengarlah cakap Sara kerana keturunanmu akan datang daripada Ishak. Aku akan menjaga Ismael.”

Sara memegang Ishak semasa Hagar dan Ismael diusir

“Kerana beriman, Sara dapat mengandungkan anak . . . kerana Sara menganggap Dia yang telah berjanji itu dapat dipercayai.”​—Ibrani 11:11

Soalan: Apakah yang didengari oleh Sara semasa malaikat Tuhan bercakap kepada Abraham? Bagaimanakah Yehuwa melindungi Ishak?

Kejadian 16:1-4, 15, 16; 17:25-27; 18:1-15; 21:1-14; Ibrani 11:11

    Bahan Bacaan Bahasa Melayu (2004-2023)
    Log Keluar
    Log Masuk
    • Melayu
    • Kongsi
    • Pilihan
    • Copyright © 2026 Watch Tower Bible and Tract Society of Pennsylvania
    • Syarat Penggunaan
    • Polisi Privasi
    • Tetapan Privasi
    • JW.ORG
    • Log Masuk
    Kongsi